Sunday, 27 January 2013

Sambutan bersama....UPDATED 12 02 2013

Alhamdulillah tahun ini hajat nak belanja mak tok tercapai dan juga hajat nak 'sambut bersama2' dengan Anis Umariah dan Nurhazwani tercapai.....

Pada 2 Jan lepas...kami sekeluarga belanja maktok di SR.....ada 3 potong kek berlainan jenis dan pelbagai juadah mengikut selera masing2...masyaallah ....

Dan semalam, 26 Januari 2013 selepas tertangguh beberapa hari,  kami semua makan tengahari beramai2 di Restoran Qasar Hadramawt di Bandar Perda meraikan hari lahir wanie dan sepupu2nya, kak syakirah(12.01.2001, tahun ni dia genap 12 tahun..) dan kak anis umairah(birthday anis memang sama tarikh lahir dgn wanie...22.01..tapi tentunya lain tahun...) anis genap 6 tahun..dan wanie genap 2 tahun....

Dan mama4hz juga bersyukur sangat sebab dapat juga belanja sepupu wanie yang perolehi 5A dalam UPSR 2012 yang lalu..kak sakinah yang suatu ketika dahulu merupakan anak saudara kesayangan mama4hz, yang kebetulan pulang ke rumah maktok pagi semalam.....jadi semua sekali 5 keluarga anak2 maktok(keluarga kami, keluarga mak uda, kelurga mak ndak, keluarga pak teh dan juga keluarga mak ngah...), cucu2 maktok saja dah ada dalam 20 orang..tu tak termasuk abg ammar dan anak2 mak njang dan anka mak long....kalau tidak 29 orang fuh.....agak 'havoc' juga restoran tu dengan keletah masing2.....












Sebenarnya 28 Dis 2012 lepas..mama4hz juga ada buat kejutan utk hari lahir abg Islah dengan kek aiskrim Baskin Robbin yang comel ajer...kekonon bersekali dgn semua yg sambut untuk  Januari 2013...hehehehe...

Sunday, 6 January 2013

'Terapi Minda' di awal tahun baru 2013





Kali ke tiga ke sana(Lumut)...tapi kali pertama untuk tahun ini...
Ya, ke sana lagi walaupun baru saja ke sana Nov 2012 lepas..tapi tempat penginapan yang berbeza...mama4hz ada urusan rasmi di Gopeng semalam, Jumaat pagi, seusia selesai saja urusan rasmi, maka kami sekeluarga terus sahaja menginap ke sini..yang sungguh mendamaikan....kebetulan sahaja mama4hz baru sahaja ter'beban' dengan tekanan kerja di pejabat yang mengasak jiwa dan menguji kesabaran serta emosi......mujurlah mama4hz mempunyai teman hidup dan 'boss' satu lagi yang juga memahami....sebenarnya hajat memang ke sini Nov lepas, namun jika waktu cuti sekolah kadar sewa di sini lebih mahal...alhamdulillah...walaupun lokasi nya lebih terpencil berbanding Best Western..namun ianya tetap mendamaikan.....untuk makan...kebetulan mama4hz ada sepupu yang menetap di Seri Manjung, kali ini makan malam kami ditaja oleh sepupu mama4hz..Makteh Rahmah....terima kasih banyak2 ..sebelum ke Lumut juga, kami singgah di Seri Iskandar, berjumpa acik Siti yang pernah menjaga Hanie di Manchester suatu tika dulu...mujur beliau sekeluarga ada di rumah..suaminya baru saja pulang dari UK dan lulus viva di universiti yang sama tempat mama4hz belajar..tahniah diucapkan...kami dah pernah ke rumah acik 2 kali sebelum ini....jadi kali ini, saja buat sesi terjah sahaja....nasib baik ada....

Ke sini sememangnya tidak di rancang...untuk tahun 2013, pelbagai rancangan 'cuti2 msia' sedang dirangka supaya masa yang berlalu tidak pergi begitu saja...walaubagaimanapun perancangan percutian memang tidak sesuai dimaklumkan sebelum tiba waktunya kerana semuanya berkemungkinan akan berubah sebagaimana dalam lagu yang di dendangkan oleh Zainal Abidin Headwind ini.......