Mama5hz,Afnie dan abg Zaim sewaktu beliau pulang Malaysia sekejap(di majlis kenduri kak Syifa) baru2 ini
Sepupu5hz @abg Zaim kini selamat di Fukouka selepas tempat pengajiannya(Kumamoto University) mengalami gempa bumi semalam.....Moga Allah lindungi beliau dan rakan2nya di sana...
Kisah beliau dipetik drpd berita Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-dunia/gempa-jepun-11-daripada-18-pelajar-malaysia-sudah-ke-fukuoka-wisma-putra-102679
KUALA LUMPUR: Seramai 11
daripada 18 orang pelajar Malaysia yang terlibat dalam insiden gempa
bumi yang melanda Jepun pada Khamis telah pun tiba di Fukuoka, manakala 7
orang lagi masih di pusat evakuasi masing-masing dan menunggu arahan
pihak berkuasa seterusnya.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, semua pelajar itu merupakan penuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology.
"Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan kejadian ini dari masa ke semasa.
"Kerajaan Jepun telah mengumumkan akan menghantar seramai 20,000 self-defence troops serta 5,500 polis, anggota penyelamat dan bomba ke daerah Kumamoto menjelang hari Ahad bagi membantu mangsa kejadian gempa bumi ini," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan insiden gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang melanda Daerah Kumamoto pada Khamis lepas.
Satu lagi gempa yang lebih kuat berukuran 7.3 skala Richter juga telah dilaporkan di daerah yang sama pada hari jam 1.25 pagi waktu tempatan Sabtu.
"Gempa bumi pertama telah mengakibatkan sembilan nyawa terkorban, manakala gempa kedua telah meragut 23 nyawa, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 32 orang.
"Seramai 70,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat evakuasi di atas
arahan pihak berkuasa, manakala sebanyak 200,000 buah rumah telah
terputus bekalan elektrik," jelas kenyataan itu.