Wednesday, 30 March 2016

Selamat hari lahir Maklong yang ke 53 tahun.....30.03.2016







Maklong 5hz adalah yang pertama dari kanan,
bersama mama5hz,mak uda 5hz,mak njang 5hz dan pasangan pengantin baru, kak Syifa dan abg Fitri.
Kami saaaayanng Mak long!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 29 March 2016

MAJLIS PERKAHWINAN KAKAK SEPUPU 5HZ 13.03.2016(versi kenduri)









cucu pertama tokteh 5hz mewakili ibu bapanya yang tidak dapat bercuti,tokteh yg ngasuh Abdurrahman....buat masa skrg memandangkan umi dan abinya masih dlm tempoh housemanship di HSB

ibu dan abah mertua kak syifa....





hantaran daripada pihak pengantin lelaki(abg Fitri)



mama5hz dan sepupu mama5h&  juga anak saudara sepupu(dua pupu 5hz)

'bersanding' semula  slps 13 thn,hehehehe....dgn si kecik Afnie


kak Syifa bersama sepupu sebelah abahnya(pak ngah) dan tok jah(ibu kepada pak ngah@abg ipar kpd mama5hz)


Isteri dan anak kpd sepupu mama5hz lagi.....

hantaran sebelah Kak Syifa


dah sayup petang, mama5hz,abah5hz dan Afni sahaja sempat bergambar dengan pengantin baru..
yang lain2 entah ke mana????

7 drpd 9 org cucu2 tok lang 5hz-all girls too


Afni ni sebenarnya ada baju mcm kakak2 dia ,dek kerana masih labuh wpun sudah modified, mama5hz terpaksa pakaikan baju yg selesa untuk dia dgn cuaca yang agak panas hari itu........

MAJLIS PERKAHWINAN KAKAK SEPUPU 5HZ 13.03.2016(versi akad nikah)

Alhamdulillah, tanggal 13 Mac 2016, kak syifa selamat menjadi isteri Abg Fitri.Tahniah kami semua ucapkan..................













Saturday, 26 March 2016

Rindunya......

Ya, lebih enam bulan tidak menulis blog ini.
Sekali lagi, entah apa yang menghalang, tiada jawapan di situ.
Jika diminta alasan, pastinya pelbagai alasan boleh disenaraikan di sini, namun biarlah tidak dinyatakan, kerana sebenarnya................................

' DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

Mungkin boleh dikongsikan bahawa salah satu asbabnya mungkin juga menulis blogs bukan suatu keutamaan sejak akhir- akhir ini, ataupun perancangan selalu tidak menjadi kenyataan. Di dalam minda ini, selalunya terfikir untuk menulis pelbagai peristiwa yang boleh dikongsikan namun sehingga ke hari ini, tidak kesampaiaan.

Peristiwa menyambut hari jadi afni, wanie mahupun sambutan Aidiladha tahun lepas ada signifikannya tersendiri, belum pun dikongsikan walaupun bukanlah se'gah yang disangkakan. Begitu juga memori sepupu 5hz sebelah mama5hz yang menjadi tunangan orang, Sept 2015 lepas dan kemudiannya telah selamat menjadi isteri orang baru-baru ini harus di'eksplisit'kan di sini. Tahun ini juga akan menyaksikan lagi dua orang sepupu 5hz sebelah abah5hz akan melangsungkan perkahwinan.

Tahun ini, 2016 juga akan menyaksikan pelbagai lagi peristiwa penting dalam famili ini,
- zimah akan menduduki UPSR dan beliau sangat komited dengan pelajaran beliau dan mama5hz sangat bersyukur dengan atitudnya sehingga ke hari ini- tumpuan harus diberikan kepadanya sebaik mungkin, keputusan UPKK  beliau pada tahun 2015 juga amat memberangsangkan, ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi
- mizah dan hanie juga sudah mula hadir ke kelas tambahan untuk memperkasakan peningkatan akademik mereka,  dan setakat hari ini alhamdulillah sudah ada peningkatan dalam akademik mereka walaupun bukan berlaku secara drastik...mizah pula akan menduduki UPKK sebaik sahaja zimah selesai menempuhi UPSR Okt ini....
-wanie pula sudah ke tadika utk  kelas 5 years di Tadika Little Caliph Jitra, kadangkala terfikir juga untuk me'lompat'kan dia ke tahun 1 utk thn 2017, tapi kadang-kadang fikir, biarlah dia di kelompok umur beliau supaya tidak berlaku kesukaran  tika beliau darjah 6 di kala umur beliau 11 tahun pada tahun 2022 nnt...sekurang2nya tahun hadapan,dia masih di tadika boleh ada teman jika afnie dah masuk tadika utk 4 thn...harapnya.....

Itu sahaja perkembangan 5hz buat masa sekarang, ada lagi yang ingin dikongsikan, tapi mungkin entri akan datanag.
Yang pasti, kekerapan mama5hz tidak akan sekerap dulu lagi.Itu adalah pasti.Walllahualam