Friday, 21 November 2014

Cuti Sekolah kembali lagi - Apa perancangan anda?

Cuti Sekolah HUJUNG TAHUN 2014: 21hb November 2014 hingga 2 hb Jan 2015

Alhamdulillah, walaupun dihimpit kesibukan yang tiada kesudahan, mama5hz cuba merangka aktiviti dan percutian seadanya untuk 5hz...Insyaallah......semoga semuanya dipermudahkan.Antaranya.....

 - Johor Bahru dan Melaka
-  program Cuti Sekolah
-  reunion keluarga Sulaiman
-  'grooming' untuk pemantapan keyakinan keluarga

Wednesday, 19 November 2014

Alhamdulillah....

Tahun ini sudah mencecah 35 tahun....Syukur atas kurniaanNya......Terima kasih mak yang melahirkan mama5hz........Terima kasih ke hadratNya atas segala nikmat yang kau berikan. ..............





SESUNGGUHNYA MAMA5HZ SANGAT MENYAYANGI SEMUA YANG TERSAYANG DAN YANG MENYAYANGI DIRI MAMA5HZ YANG  SERBA KEKURANGAN INI...................


Monday, 17 November 2014

Anak2 saudara sepupu 5hz

 Iskandar Zaki...uminya kak Husnun....lahir di Iskadariah,Mesir....1 Sept 2014 insyaallah mereka akan balik awal Dis nanti.....
Muhammad Abdullah...uminya Kak Hanisah...gambar di atas bersama neneknya...mak njang...
lahir seminggu awal, 22 Okt 2014 di Hosp Serdang sebelum perginya toknek...


Dua -dua hero di atas boleh 'geng' dengan makcik afni dan makcik wanie le gamaknya nanti...........

nota kaki- macam banyak je nak dikongsikan cerita....insyaallah akan datang....

Sunday, 2 November 2014

Lafaz yang tersimpan................

Alfatihah buat nenda ku tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada malam Rabu, 5 Muharram 1436,28 Okt 2014 di sisi anak2 dan cucu2nya .

Mama5hz sempat melawat beliau pada petang hari terakhir sebeum beliau pergi buat selamanya. Perasaan terkilan berbaur di hati kerana tidak terlintas bahawa nenda akan pergi malam itu.Segalanya berlaku begitu pantas.

|Nendaku pulang bertemu Kekasih|
إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيد
ُ
Itulah antara ayat yang acap kali bertitip di bibir Nenda, selain zikir-zikir yang lain, hampir pada setiap kali ku menziarahi nenda

Itulah Nenda yang kukenali, gemar skali bertahlil 'la ilaha illaLlah', banyak selawatnya pada Baginda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. Itulah kurniaan Allah pd nenda yang meringankan lidah nenda utk selalu berzikir..
Malam itu aku tiba, nenda sudah kaku, tiada lagi ombak nafas di dada, tiada lagi denyut nadi di urat leher nenda. Ya, itulah janji Allah yang pasti berlaku pd setiap manusia. Nenda sudah pulang ke rahmatullah..
Ku tatap wajah nenda, nenda seakan sahaja tertidur, sebelum membantu membuang tiub yg dipasang pd nenda dan membersihkan luka-luka nenda.Perlahan2 dan cermat agar nenda tiada sakit...
Nenda, kemudiannya dipakaikan dengan kain putih oleh anak2 dan cucu2 perempuannya, lengkap menutupi sekalian aurat nenda.
Kutatapi semula wajah nenda, Allahurabbi!! Tenang sekali wajahnya, wajah nenda seakan tersenyum, kepandang lagi dan lagi, ya Tuhanku , sungguh nendaku seolah2 sedang tersenyum, seperti hilang segala kesakitan, kesengsaraan selama ini
Nendaku telah mendapat kerehatan yg sebenar, kerehatan selepas mati. Nenda telah tersenyum dalam kaku, itulah senyuman terakhir nenda yg ku lihat, sungguh menenangkan walaupun pd yg melihat, Subhanallah.. aku pasti akan merindui senyuman itu..
Nendaku sungguh beruntung, segala urusan jenazah nenda diuruskan oleh anak cucu sendiri, dari memandi,mengkafan, solat dan mengkebumikan semuanya anak cucu uruskan, bertuahnya nenda, Allahuakbar, inilah kurniaan Allah buat nenda..
Nendaku pergi tidak meninggalkan harta berjuta, atau intan permata. Bahkan, nenda pergi meninggalkan apa yang lebih berharga dari itu, Nenda pergi meninggalkan anak2, cucu2 cicit2 yang ramai yg insyaAllah sentiasa akan mendoakan keampunan dan kerahmatan buat nenda, Sungguh beruntung dikau wahai Nenda..
إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ
Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati) |Surah Al-Buruj ayat 13)
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Ihsan Ahmad Syahid......sepupu yang soleh..