Saya=mama=mama4hz
Mak= maktok 4hz
Hari ini, 19.11.2013 cukup sudah 34 tahun mak melahirkan saya walaupun ayah telah pergi ketika seusia saya dalam kandungan mak mencecah 4bulan, namun mak tabah melalui liku2 kehidupan sepanjang mengandungkan saya dan juga selepas melahirkan saya. Terima kasih mak sebab terlalu banyak bersabar membesarkan saya sehingga kini......dengan karenah saya yang tidak menentu mood dan tidak seperti kanak2 lain yang sentiasa riang ria, saya di waktu kanak2 memang sangat pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan sepermainan, mungkin sifat pemalu yang diwarisi dari arwah ayah menghadkan aktiviti sosial bersama rakan sebaya, namun semakin meningkat dewasa, sifat pemalu yang masih menebal cuba diasimilasikan dengan sikap yakin diri dan sentiasa mencabar diri sendiri dengan suasana sekeliling, sikap ini rasanya saya warisi dari mak yang cekal orangnya dan tabah serta kuat semnagat....
Di usia yang semakin menginjak ke 40an beberapa tahun lagi, masih banyak kelemahan dalam diri dan azam untuk berubah sentiasa ada dan sentiasa segar tersemai di hati. Namun, saya memerlukan sokongan dan dorongan dari sekeliling saya untuk sentiasa memperbaiki sikap dan diri yang ada terutamanya sikap dan atitud negatif yang memang amat mencabar untuk dikikis.
Terima kasih mak kerana mak adalah pengkritik setia untuk saya dan mak juga pendorong setia untuk saya mengharungi kehidupan mencabar ini. Tidak lupa juga untuk teman hidup tersayang serta kakak2 saya (k.wa,k.na,k.ni, k.a dan k.ina) serta abang yang tidak pernah hipokrit mengritik saya dalam memperbaiki hidup ini.Insyaallah setiap teguran dan nasihat sentiasa tersemat di hati, namun untuk berubah sekelip mata adalah sesuatu yang mustahil.Insyaallah sekeras2 kerak nasi, dicurahkan air, lama-kelamaan akan lembut jua.
Buat srikandi2 mama yang amat disayangi, kalian juga adalah kekuatan hidup mama. Mama sentiasa doakan srikandi mama sentiasa adalam lindungan Ilahi.Andai kata mama tidak sempat melihat kalian semua membesar, redhalah dan pasrah serta ikut cakap abah serta insan2 yang akan menjaga kalian kelak.
Maaf, entri di adalah monolog spontan seorang insan yang bernama Nor Intan Saniah Sulaiman.
Orangnya tegas dan keras hati tapi dalam hatinya ada bunga2 yang indah.....lembut hati dalam sesetengah keadaan........
This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Tuesday, 19 November 2013
Sunday, 17 November 2013
Cuti sekolah sudah bermula....
Walaubagaimanapun, mama4hz tidak ada perancangan khusus untuk 4hz memandangkan mama4hz dah semakin mengah dan kurang mampu untuk berjalan jauh.Sementelahan lagi, 4hz dah jln2 ke sana sini sebelum cuti sekolah lagi. Insyaallah minggu hadapan 4hz akan dibawa ke tempat yang pasti menggembirakan mereka- tidaklah jauh sangat dan tidaklah terlalu dekat...cukup untuk mengembirakan mereka......Insyaallah...jika diizinkanNya....
Minggu terakhir persekolahan, Zimah dan Mizah mendapat berita gembira dengan pencapaian pentaksiran akhir tahun dan kedua2nya akan naik kelas yang lebih baik daripada tahun ini.
Tahniah sayang berdua ....Hanie pula akan lalui ujian saringan hujung tahun nanti sebelum masuk darjah satu awal tahun 2014.
Cabaran bagi mama juga dengan persediaan dan persiapan ke sekolah untuk 2014 dan juga persiapan 'orang baru' yang dijangka lahir hujung tahun nanti.Alhamdulillah,semuanya mama4hz terima dengan penuh keredhaan.
Nampak gaya persiapan 'orang baru' perlu diberi keutamaan memandangkan sejak2 akhir2 ini sering mendapat alamat waktunya yang sudah semakin hampir melalui mimpi, .....wallahualam.
Alhamdulillah, persiapan untuk 'orang baru' dah hampir 85% lengkap. Tidaklah terlalu keterlaluan dan tidaklah terlalu ketidaktahuan. Sekadar yang mampu dan sekadar yang selayaknya. Wala
upun doktor sudah sahkan jantinanya untuk sekian kalinya, namun mama4hz tetap mengharapkan sesuatu keajaiban, dan meletakkan pergantungan kepada Allah s.w.t., yang menjadi keutamaan di sini adalah sihat dan selamat semuanya.
Persiapan keperluan persekolahan 3hz pula, insyaallah akan disediakan berperingkat-peringkat. Memandangkan 3hz baru sahaja cuti sekolah, aktiviti2 di waktu cuti sekolah perlu diberi perhatian. Jika ada rezeki, mama4hz akan menghantar Mizah dan Hanie ke Program Cuti Sekolah(PCS) anjuran AMPAC Dis nanti.Zimah dah bergraduat bergandingan sepupunya, Nur Irdina dengan program AMPAC - bagi PCS Dis 2012 lepas dan Program BEEZ sepanjang Jan-Jun lepas. Maka, kali ini, mama4hz mahu beri peluang kepada adik2nya pula. Insyaallah...
Gambar2 di bawah ketika Zimah dan sepupunya bergraduasi program BEEZ awal Julai lepas
Thursday, 14 November 2013
Jalan sana sini sebelum cuti sekolah....
Sekali lagi ikut abah4hz menghadiri tugas rasmi(seminar) di Gurney Hotel pada 5 dan 6 Nov lepas....Kolam di sini ala2 taman tema air....kami mandi sekejap sahaja....memandangkan abah perlu melaksanakan tugas rasmi sebelum kami ke KL(juga atas tugas rasmi abah4hz) pada 6 Nov petang..................
.
Berikutnya, kami 'menemani' mama4hz ke Langkawi juga atas tujuan tugas rasmi ....11 dan 12 Nov...gambar terlalu sedikit...masih dalam smartphone lagi...tungggu..........
.
Berikutnya, kami 'menemani' mama4hz ke Langkawi juga atas tujuan tugas rasmi ....11 dan 12 Nov...gambar terlalu sedikit...masih dalam smartphone lagi...tungggu..........
Friday, 8 November 2013
CONGRATS PAK TEH...dan SELAMAT HARI LAHIR ke 39 tahun...8 Nov 2013
Tahniah Pakteh atas kejayaan menamatkan pengajian sarjananya secara 'part-time' dalam bidang Sains Komputer(Keselamatan Maklumat) di UTM. Kami mendoakan Pakteh akan sentiasa sukses dalam kerjaya Pakteh sebagai 'Senior Staf Engineer' di MIMOS.........
Juga selamat hari lahir diucapkan atas ulang tahun ke 39 tahun
( insyaallah tahun depan dah 'upgrade 4 series'.....) Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkatiNya...........
4 minggu lagi....updated 5 Dis 013
Walaupun nampak seakan 4 minggu lagi, namun mama4hz dapat merasakan kali ini, akan lebih awal dari yang sebelum2 ini .....wallahaualam....dan kemungkinan besar 'geng' 4hz yang sedia ada juga ....Mama4hz dan abah4hz tetap bersyukur dan terima seadanya asalkan sihat dan semuanya dalam keadaan selamat...............amiin.....
Thursday, 7 November 2013
Alhamdulillah....Majlis Graduasi Hanie
Bersama guru kelas Hanie dan rakan baiknya
Hanei sedang menerima Sijil tamat Prasekolah daripada Penolong Pegawai Pendidikan(Prasekolah)
Rakan baiknya, Ajla Sofea
Bersama adik kesayangannya Wanie, dengan mama???? kurang berkualiti gambarnya....abah? ada perlawanan hoki mewakili universiti di KL dan Zimah serta Mizah sekolah.....
Tuesday, 5 November 2013
Kelebihan Memiliki Anak Perempuan
Bila imbas kembali ketika di zaman jahiliah, betapa kehadiran seorang anak perempuan umpama bala atau musibah kepada keluarga. Sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.
Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmayNYA untuk mereka.
Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.
Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim
Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.
sumber: http://anakbonda.com/kelebihan-memiliki-anak-perempuan/
Subscribe to:
Posts (Atom)


