Tuesday, 9 July 2013

Alahan kali ini...


Ini tangan kiri...tangan kanan juga ada juga namun lebih okay daripada tangan kiri....mama4hz redha sahaja....kawan2 lihat mama4hz 'sihat' walafiat', namun hanya Allah yang tahu bila balik kerja mama4hz dah macam 'lepat liat'...liat dan terkelepek.....mudah2an...'kemalasan ini  tidak akan berpanjangan....Tambahan lagi dengan kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini,
Ramadhan AlMubarak alKareem....

Jika ini yang terakhir untukku...maafkanlah hamba(mama4hz sekeluarga)...
Sebelum amalan ramadhan terhijab atas sebab dosa dengan manusia yang tidak terampun..dengan rendah dirinya mama4hz sekeluarga ingin memohon maaf daripada semua atas kekhilafan hati dan perbuatan keluarga mama4hz baik sedar ataupun tidak..jadikan Ramadhan ini lebih diberkati oleh Nya..aminnn...

Salam ramadhan al-mubarak.(ucapan ini adaptasi dariapada salah seorang anak buah mama4hz di Klang,Selangor...)

Kenangan hari pertama Ramadhan di Manchester ketika menghadiri majlis konvokesyen The University of Salford pada 20.07.2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433.
Insyaallah Aidilfitri 1435 kelak akan bertambah ahli keluarga ini.... ameen................

Thursday, 4 July 2013

Advance 'birthday gift' untuk Zimah...versi kemaskini 09072013

Tahniah Zimah...
Sesungguhnya kecemerlangan ini adalah anugerah Ilahi....moga sentiasa disemai kesyukuran atas segala pemberianNya....moga menjadi inspirasi utk adik2
 
 
 
 
 
 
 
 
Terubat 'stress' mama seketika melihat kejayaan Zimah...
06.07.2013 Beliau juga tamat program AMPAC di Bertam dan juga dinobatkan tiga pemidato terbaik bersama sepupunya, Irdina...Tahniah sekali lagi sayang....

08.07.2013 Hazimah menyertai Pertandingan eja jawi sempena Karnival Pusat Sumber di sekolahnya, memperoleh tempat ketiga....Alhamdulillah....moga zimah sentiasa bersemangat dalam hari2 yang mendatang....