Kali ini, mama4hz nak buat coretan dalam B.melayu............
Maaf andai ada salah dan silap tatabahasa(salah seorang kakak mama4hz cikgu B.melayu, kalau2 dia terbaca....boleh komen nanti ye....)...
4hb Julai lepas....mama4hz bawa Hanie pergi ke HSB untuk temujanji yang dah diberi 22hb Jun lepas berikutan sakit bawah ketiaknya(cystic hygroma) yang tiba-tiba membengkak secara drastik (lebih kurang 2 minggu lepas...).Sejujurnya mam4hz memang takut sangat jika hari itu Hanie akan ditahan untuk rawatan di hospital, sebab secara jujurnya mental mama4hz tidak bersedia ke arah itu....namun demi Hanie...mama kuatkan semangat dan sentiasa memujuk Hanie supaya dia berani berhadapan dengan doktor kelak(alhamdulillah, sedikitpun dia tidak menangis setiap kali berjumpa dengan doktor..dah imun agaknya?????).....
Sesampainya di HSB , dengan tempat letak kereta yang sudah agak penuh, mama4hz yang agak 'amatur' dalam hal meletak kereta ini sudah mula gelabah....memang 'lulus bersyarat' sahaja(apa maksudnya itu, hanya mama4hz saja yang tahu....).....dalam keadaan yang agak gabra..
Waktu pagi, mama4hz menemani Hanie jumpa doktor pakar pembedahan kanak-kanak(dengar nama jawatan doktor pun dah seram....), kemudian Hanie diarahkan doktor untuk menjalani pemeriksaan imbasan(ultrasound) di kawasan bengkaknya itu....dan doktor yang melaksanakan imbasan memberitahu ada sedikit pendarahan ...(ya allah, tersentap hati mendengar kenyataan doktor tersebut..), kemudian pergi semula kepada doktor pakar pembedahan kanak-kanak tadi, dia membuat keputusan untuk membiarkan pendarahan itu baik secara semulajadi sebelum dia melakukan rawatan secara suntikan berperingkat-peringkat(multiple stages injection) menggantikan pembedahan.Walaupun Hanie tidak akan dibedah(berdasarkan penerangan doktor pakar tersebut.....) namun, untuk melalui proses rawatan suntikan tersebut, Hanie tetap akan ditahan di wad kelak....mama4hz redha dengan apa yang Allah berikan ini....sememangnya sudah lama mama4hz bersedia dengan keadaan ini....sejujurnya nampak berat sangat untuk bahu ini memikulnya apatah lagi abah Hanie masih di Manchester, namun dengan adanya maktok Hanie di sisi...semangat yang lemah itu perlu diperkuatkan sekuat-kuatnya...kalau maktok 4hz... boleh mengharungi kehidupan yang penuh onak duri membesarkan 7 orang anak-anaknya yang masih kecil selepas kematian tokwan 4hz, 32 tahun yang lalu, mengapa tidak mama4hz??????????????????????????????????????
masyaallah..panjangnya..siapalah yang sudi membaca corentan ini, mam4hz ucapkan berbanyak terima kasih ....moga2 Hanie akan sembuh insyallah................
Teguran 'keciknya.................' daripada orang sekeliling termasuk doktor yang menemuinya untuk Hanie juga semakin menjadi2 sementelahan dirinya memang terlalu susut(hanya 10.4 kg....terlalu ringan untuk kanak-kanak seusia beliau yang sudah menjangkaui 4 thn.... sejak2 akhir2 ini).......yang itu yang sebenarnya yang meluluhkan jiwa mama4hz....
Petangnya, selepas kami berdua makan tengahari di kantin hospital, mama4hz bawa Hanie ke doktor pakar kulit untuk rawatan alahan kulitnya pula....setelah diberi konsultasi untuk alahan kulitnya, kami ke farmasi untuk mengambil ubat yang bersesuaian dengan keadaan Hanie yang mengalami pembengkakan 'cystic hygroma'nya itu....hampir setengah jam untuk mendapatkan ubat...mama4hz yang sihat walafiat pun dan mula kepeningan sebaik sahaja selesai mendapatkan ubat...maklumlah keadaan hospital yang penuh dengan pelbagai ragam manusia cukup membuatkan mama4hz pening kepala...memang berbaloi mama4hz amibl cuti rehat...pergi ke HBS seawal jam 8 pagi dan pulang ke rumah jam hampir menunjukkan 4 petang.....Temujanji berikutnya pada bulan hadapan, yang jatuh di bulan Ramadhan, 15 Ogos...moga-moga Allah memberikan kekuatan untuk mama4hz ketika itu insyaallah...................
moral kisah duka ini: jika kita fikir kita diberi ujian yang sudah berat,ingat-ingatlah ada insan lain yang lebih berat ujiannya yang Allah berikan, kita akan sentiasa redha...insyaallah..............