Showing posts with label moral of the story. Show all posts
Showing posts with label moral of the story. Show all posts

Monday, 15 August 2011

Allah maha adil...........................

Tak mahu tulis panjang2 kerana masa untuk diriku kini begitu berharga.....

alhamdulillah....temujanji untuk Hanie hari ini ada berita positif...bengkak 'cystic hygroma'nya telah surut dan doktor putuskan tidak perlu lagi buat rawatan susulan...dia hanya akan dipantau semula selepas 3 bulan dari sekarang....Hanie nampak gembira sahaja walaupun kali ini dia malu2 dengan doktor...Kemudian temujanji dengan pakar kulit..., keadaan ekzemanya juga sudah beransur pulih, maka pakar kulit preskripkan sambung sahaja ubat yang telah digunakan Hanie sebelum ini..dan ulangan preskripsi bulan berikutnya.....syukur sangat ya allah ...dengan perkembangan anakku kali ni..walaupun urusan kerja mama4hz banyak kemelut@serabut@kalut@mcm2 ada dalam pemikiran mama4hz sekarang ini................... Allah mudahkan pula urusan anak2...syukur ya allah....

semalam permohonan mykid Nurhazwani juga sudah selesai .....namun urusan hamizah ke sek keb ada lagi proses dokumentasinya...cuba selesaikan sebelum raya insyaallah......

Thursday, 14 July 2011

Pantang....

short entry.....

our mama have one 'pantang' if she go for shopping....she 'pantang' see the beautiful clothes/dresses for us.....definitely she will buy for each us if possible....one of her weaknesses too....so no wonder we have so many collections of clothes and sometimes mama don't know how to keep organizes smartly.......mama mama...we love you so much................................................her mission after 25th july.....'baju kurung raya' for us and one suit 'raya dress' for each of us........amin...............
moral from this entry- please don't follow our mama's style.....it dangerous!!!!!

Thursday, 7 July 2011

Moga mama diberi kekuatan untuk hari2 mendtg..............

Kali ini, mama4hz nak buat coretan dalam B.melayu............
Maaf andai ada salah dan silap tatabahasa(salah seorang kakak mama4hz cikgu B.melayu, kalau2 dia terbaca....boleh komen nanti ye....)...

4hb Julai lepas....mama4hz bawa Hanie pergi ke HSB untuk temujanji yang dah diberi 22hb Jun lepas berikutan sakit bawah ketiaknya(cystic hygroma) yang tiba-tiba membengkak secara drastik (lebih kurang 2 minggu lepas...).Sejujurnya mam4hz memang takut sangat jika hari itu Hanie akan ditahan untuk rawatan di hospital, sebab secara jujurnya mental mama4hz tidak bersedia ke arah itu....namun demi Hanie...mama kuatkan semangat dan sentiasa memujuk Hanie supaya dia berani berhadapan dengan doktor kelak(alhamdulillah, sedikitpun dia tidak menangis setiap kali berjumpa dengan doktor..dah imun agaknya?????).....

Sesampainya di HSB , dengan tempat letak kereta yang sudah agak penuh, mama4hz yang agak 'amatur' dalam hal meletak kereta ini sudah mula gelabah....memang 'lulus bersyarat' sahaja(apa maksudnya itu, hanya mama4hz saja yang tahu....).....dalam keadaan yang agak gabra..

Waktu pagi, mama4hz menemani Hanie jumpa doktor pakar pembedahan kanak-kanak(dengar nama jawatan doktor pun dah seram....), kemudian Hanie diarahkan doktor untuk menjalani pemeriksaan imbasan(ultrasound) di kawasan bengkaknya itu....dan doktor yang melaksanakan imbasan memberitahu ada sedikit pendarahan ...(ya allah, tersentap hati mendengar kenyataan doktor tersebut..), kemudian pergi semula kepada doktor pakar pembedahan kanak-kanak tadi, dia membuat keputusan untuk membiarkan pendarahan itu baik secara semulajadi sebelum dia melakukan rawatan secara suntikan berperingkat-peringkat(multiple stages injection) menggantikan pembedahan.Walaupun Hanie tidak akan dibedah(berdasarkan penerangan doktor pakar tersebut.....) namun, untuk melalui proses rawatan suntikan tersebut, Hanie tetap akan ditahan di wad kelak....mama4hz redha dengan apa yang Allah berikan ini....sememangnya sudah lama mama4hz bersedia dengan keadaan ini....sejujurnya nampak berat sangat untuk bahu ini memikulnya apatah lagi abah Hanie masih di Manchester, namun dengan adanya maktok Hanie di sisi...semangat yang lemah itu perlu diperkuatkan sekuat-kuatnya...kalau maktok 4hz... boleh mengharungi kehidupan yang penuh onak duri membesarkan 7 orang anak-anaknya yang masih kecil selepas kematian tokwan 4hz, 32 tahun yang lalu, mengapa tidak mama4hz??????????????????????????????????????

masyaallah..panjangnya..siapalah yang sudi membaca corentan ini, mam4hz ucapkan berbanyak terima kasih ....moga2 Hanie akan sembuh insyallah................
Teguran 'keciknya.................' daripada orang sekeliling termasuk doktor yang menemuinya untuk Hanie juga semakin menjadi2 sementelahan dirinya memang terlalu susut(hanya 10.4 kg....terlalu ringan untuk kanak-kanak seusia beliau yang sudah menjangkaui 4 thn.... sejak2 akhir2 ini).......yang itu yang sebenarnya yang meluluhkan jiwa mama4hz....

Petangnya, selepas kami berdua makan tengahari di kantin hospital, mama4hz bawa Hanie ke doktor pakar kulit untuk rawatan alahan kulitnya pula....setelah diberi konsultasi untuk alahan kulitnya, kami ke farmasi untuk mengambil ubat yang bersesuaian dengan keadaan Hanie yang mengalami pembengkakan 'cystic hygroma'nya itu....hampir setengah jam untuk mendapatkan ubat...mama4hz yang sihat walafiat pun dan mula kepeningan sebaik sahaja selesai mendapatkan ubat...maklumlah keadaan hospital yang penuh dengan pelbagai ragam manusia cukup membuatkan mama4hz pening kepala...memang berbaloi mama4hz amibl cuti rehat...pergi ke HBS seawal jam 8 pagi dan pulang ke rumah jam hampir menunjukkan 4 petang.....Temujanji berikutnya pada bulan hadapan, yang jatuh di bulan Ramadhan, 15 Ogos...moga-moga Allah memberikan kekuatan untuk mama4hz ketika itu insyaallah...................

moral kisah duka ini: jika kita fikir kita diberi ujian yang sudah berat,ingat-ingatlah ada insan lain yang lebih berat ujiannya yang Allah berikan, kita akan sentiasa redha...insyaallah..............

Monday, 6 June 2011

Rupanya.................

'Ke mana tumpahnya kuahnya kalau tak ke nasi' peribahasa Melayu ini yang ada kebenarannya.....

Dalam entri2 sebelum ini, mama pernah deskripsikan zimah ni seorang yang sensitif....mungkin mama tidak pernah menyatakan atau memperihalkan kesensitifannya...

Erm baru2 ini, sewaktu perjalanan pulang ke kampung(tak jauh sangat pun, dari Jitra ke Bukit Mertajam aje) dia menangis teresak2, mama kehairanan lantas bertanyakan pada zimah kenapa dia menangis secara tiba2 walhal adik2 dia sudah tertidur kepenatan(sebab selalunya dia menangis diusik oleh mizah @ hanie marah dia).... dia pun cerita sambil teresak2'..rupanya dia sedih kawan2 dia kata dia kecik.......adoi....mmg sah2 la 'like mom like daughter'....mama pernah suatu ketika dulu selalu(tika di rantau orang) berjauh hati dengan insan2 yg pernah menegur mama tentang saiz anak mama....kini..kakak pula yg sudah pandai 'terasa hati'...ye sebagai mama, mama cuba pujuk sebaik mungkin anak sulung mama ni....usia kakak pun dah nak menginjak ke 7thn, cara luahan hati dia sangat meruntun jiwa mama...itu baru bab sekolah, kalau luahan hati dia rindukan abahnya....erm..mmg luluh hati terus....!!!!sabarlah sayang yer...anak mama ni sebenarnya pandai(jgn marah ye..sapa lagi nak puji anak..kalau bukan mama nya kan...) sebab tu kawan2 kakak cemburu tu-ini telahan mama berdasarkan luahan kakak yg mengatakan kawan2 kakak juga suka tanya dia kalau kerja sekolah subjek 'english', tapi kalau subjek lain, kakak cari mereka...mereka cuba menjauhkan diri...haru kan????moga2 kakak tabah mengharungi suasana baru di sekolah kakak....tapi yang bestnya dia ada kawan baik sebelah meja,yang selalu membantu kakak di kala kakak perlukan bantuan...namanya....maisarah...harap2 nnt mama boleh berjumpa dengan mama maisarah ni...insyallah...(dah terjumpa dah di yawata baru2 ni,tapi kakak beritahu mama lambat..sempat senyum2 je kat kawan baik kakak tu...).....

musim cuti sekolah ni, kakak selalu tolong maktok juga...dodoikan adik wanie,kemas ruang2 yang berselerakan. dll...mama sayang kakak (serta adik2 kakak.....muahhhhhhhhh...)..setakat ni tak ke mana2 tempat yang menarik lagi(balik kampung tu memang rutin ...)..insyaallah hujung minggu ni ye .....


* tu baru sorang masuk sekolah kebangsaan...tahun depan...mizah pulak 'join the club' lagi mencabar rasa2nya.....sebab mizah lagi 'lain dari yang lain' budaknya.....

Thursday, 26 May 2011

As expected....


she already 4 months.......like to girgle,smile and laugh with us....wanie so clever!!!!!!!!!!!!!!!!



sweet baby wanie just sleep .....


As mentioned before this..time for blogging now is too limited plus internet services also too limited....anyway after strugling solving the problem streamyx since last week(almost 7 days without internet at home....poor to us...cannot skype with abah .......this situation makes us feel miss so much to Manchester.......with unlimited broadband...) just in this morning the problem is over........then this evening we will back to Penang for few days.....starting tomorrow we will break for school holiday for 2 weeks.......next week mama will take off and she have the plan for us....then the other week she will have to go work as usual and we will stay with maktok.......all these pictures actually have been sent to abah recently through his email......just wanna say to abah(hopefully abah will read this entry...)....we really miss you so much....................


four of us........



baby wanie will be solehah woman in future...insyaallah.............

Tuesday, 19 April 2011

Masih>>>>>>>>>>>>>>>

Walaupun hampir sebulan berlalu mama dan anak2 di Malaysia...urusan anak2 dan urusan peribadi mama masih banyak yang belum selesai.....sepertimana entri lepas...mama sibuk dan sibuk....rasanya dulu di 'sana' pun sibuk juga...tapi di sini kesibukan yang dilalui ini ditambah dengan faktor cuaca menyebabkan keadaan fizikal mama menjadi mudah lemah dan mudah penat seterusnya mama dan anak2 juga mudah keletihan.......sejujurnya mungkin sukar untuk dimengertikan apa yang tersirat di hati.....walaupun sebelum ke 'sana' mama sudah bekerja hampir 7 tahun dengan suasana persekitaran panas terik...tapi untuk mengadaptasi semula...seakan menjadi 'beban' untuk sementara waktu ini......tak mengapalah......proses pengadaptasian ini memang mengambil masa...(susah juga untuk diceriterakan dengan terperinci sementelahan tidak mahu membuka pekung di dada......)...cukuplah sekadar menyatakan ........
mama rasa beban mama seakan semakin 'berat' sekali.....walaupun secara realitinya 'tanggungjawab yang berat' itu tidak hadir secara drastik lagi....tapi bayangan itu sudah dimaklumkan...moga mama terus tekad,cekal dan kental dengan semua cabaran2 baru di alam kerjaya mama juga demi untuk membesarkan kami 4 srikandi2 mama ini-juga dalam zaman yang penuh mencabar ini.... insyaallah.....wallahualam......

Thursday, 17 March 2011

Segalanya ada hikmahnya yang tersendiri................

Hari ni (khamis,17.03.2011) anak2 dihantar ke sekolah dan dijemput ke sekolah dengan rakan abah memandangkan ada 'masalah besar' yang berlaku terhadap abah.....walaubagaimanpun..kami sekeluarga tenang dengan apa yang telah disuratkan......mujurlah ada uncle nasrun dapat tolong anak2 ke sekolah.....er..macamana nak diceriterakan pun tak pasti-kunci kereta abah hilang di tempat kerja dia dan sampai kini(catatan ditulis pada pagi 18.03.2011 sekitar 8.45-8.50 pagi waktu UK...)kunci itu tidak dapat dikesan-kemungkinan telah ter'curi' sebab katanya ada kes kecurian di tempat kerja abah pagi ini.........yang pasti urusan penting mama dapat dilaksanakan walau harus ke universiti naik teksi...terima kasih banyak2 abah kerana sudi menemani mama bersama baby Wanie yang tidak banyak meragam sepanjang urusan tersebut,yang penting mama dapat jumpa cikgu mama untuk kali terakhir dan dia juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi .......................

keputusan abah untuk 'scrap'kan kereta yang telah banyak berjasa dengan kami itu mama hanya turuti tanpa sebarang bantahan(walaupun sedih sebenarnya) ..sementelahan lagi kami semua akan 'back for good' minggu depan....dan mungkin juga kereta kesayangan abah itu merajuk sebab tuannya(abah) sudah berkira2 mahu menjual kepada orang lain......dan mujur juga kereta yang akan dihantar pulang ke Malaysia dapat di'selamat'kan......(asalnya kunci stereng ada di dalam kereta yang kehilangan kuncinya itu,tapi sudah berjaya diperolehi...alhamdulillah...)

dek kerana terlalu banyak sudah ujian demi ujian yang melanda kami sepanjang kami di sini, mama dan abah tenang menghadapi situasi ini sebab kami tahu ada insan lain yang lebih teruk diuji dugaan sehari-hari dalam kehidupan harian.......terima kasih Allah dengan ujian ini....kami yakin ada hikmahnya yang tersembunyi..........terima kasih juga bagi yang prihatin dan membantu kami untuk selesaikan ujian hidup ini.....


kembara ke 5 negara Eropah bersama Persona tahun lalu....sangat2 'manis' bila dikenang kembali...gambar di ambil di Frankfurt,4 April 2010

Friday, 11 March 2011

Teacher's time.................

one of activity that zimah,mizah and hanie like to do at home...play acting as teacher-students...Mama so impress with them!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Zimah always said to me that she wanna be a teacher when she grown up....whatever it is mama always pray for all of mama's girls's success in their life...insyaallah!!!!!!!!!!!

Sunday, 20 February 2011

4 weeks today.........

and next week by 22th Feb,baby wanie will be one month....she being more chubby and chubby and chubby....




note- mama start think to write act on her own since now it is hard for make it as we why???there a big gap between baby wanie and her sisters......and most probably will be more in malay languange after this....wallahualam.............

Wednesday, 10 November 2010

Pregnancy myths busted
As soon as you announce you’re pregnant everyone will be clambering round to give you advice: from your mum, to your other half’s second cousin, to that chap you sat next to on the bus once.

Pregnancy myths busted As soon as you announce you're pregnant everyone will be clambering round to give you advice: from your mum, to your other half's second cousin, to that chap you sat next to on the bus once. But often advice surrounding pregnancy is based on myths and old wives tales. So we've taken the top five pregnancy myths and busted them, bringing you the truth surrounding the myths. Now when old Aunt Ethel tells you to start eating for two, you can put her straight!

Myth 1 - Pregnancy causes "baby brain"
The long-held belief being that pregnancy triggers memory lapses dubbed "baby-brain" syndrome was debunked by a report in the British Journal of Psychiatry. According to a study by the Australian National University in Canberra, neither pregnancy nor motherhood damaged brain power, so being forgetful can no longer be blamed on the baby.

Myth 2 - How you carry your bump can predict its gender
How a bump is carried is as much to do with the mother's body shape and muscle tone. With first babies, the muscles and ligaments tend to be tighter so babies are carried higher. But a bump's position is also determined by the baby's presentation (whether it is breech or transverse), and its gestational age and weight.

Myth 3 - Stretch marks are avoidable if you slather on creams
Sadly girls, we all wish this one were true, but it isn't! Diligently applying expensive creams and potions from day one of pregnancy just doesn't pay off! There's no proof that any of the creams and oils that claim to prevent stretch marks actually work. The most they can achieve is a reduction of itching caused by dry skin during pregnancy. Stretch marks develop because of changes in the elastic supportive tissue that lies just beneath the skin. No one really knows why about half of pregnant women get them, and the rest don't.

Myth 4 - You're eating for two
The old phrase ' eating for two' is a little misleading. Most women don't need any extra calories for the first six months of pregnancy and only about 200 extra calories a day for the last 3 months. This is equivalent to one large banana, two slices of buttered toast or a small jacket potato with a little grated cheese. It's fine to have the occasional treat but if you put on too much weight, problems can result such as backache and varicose veins. Also it can be hard to shift the weight later.

Myth 5 - Having sex might hurt the baby
A lot of couples feel uncomfortable being intimate after they've discovered they're going to be parents. They worry that they could hurt their unborn child. These worries though are unfounded: Seven layers of skin from the abdominal wall to the amniotic sac protect your baby. Your cervix has lengthened and hardened to prevent anything from getting into the uterus. Additionally, your cervix is producing mucus to keep the vagina clean and infection free. Intercourse cannot reach, touch or harm the baby. The only exception to this is a woman whose doctor has told her to abstain because of a complication.


one of the latest mama's picture with 3hz's

Sunday, 22 August 2010

Cerita mama..........(episod 2)

Sambungan....

Sebenarnya tak silap mama, hanya kehamilan zimah sahaja yang mama agak teruja dengan memberitahu khabar gembira kepada rakan2 mahupun keluarga apabila mendapat tahu berita tersebut.Tetapi bermula dengan kehamilan mizah dan seterusnya mama jadi 'pemalu' untuk mengwar2kan berita kehamilan di peringkat awal kecuali kepada rakan2 dan ahli keluarga terdekat .Entah kenapa...takut dengan apa ntah...terutamanya kehamilan di sini...pelbagai anggapan negatif yang mama fikirkan...tapi hati mama memujuk semula....biarlah apa orang nak kata...bukannya mereka faham situasi sebenar yang mama alami....susah nak diekspresikan dengan perkataan hatta kadang2 melalui perkataan pun mampu membawa kepada seribu pengertian...cukuplah mama katakan di sini, mama dan abah sentiasa 'bertanggungjawab' dengan segala keputusan yang telah kami lakukan dalam segala hal...benar, kadang2 keputusan kita tak semua dipersetujui oleh orang lain, tapi mama rasa orang lain pun seharusnya menghormati dengan keputusan mama dan abah dalam kami menempuhi hidup di rantau orang ini.......memang, bukan mudah hidup di rantau orang tapi dengan adanya rakan2 dan ahli keluarga terdekat yang selalu menghormati keputusan mama dan abah, kami rasa lega .......namun hati jahat selalu berkata yang bukan2, puas juga menepis....adakalanya mama ni penuh dengan andaian(mentang2 phd mama banyak baca pasal teori, dalam kehidupan seharian juga mama dipenuhi dengan andaian2@teori yang mengarut...)....

norma masyarakat melayu di sini sememangnya agak ramai jugak kaum wanita yang belajar, tetapi tidak ramai yang mahu hamil ketika belajar, mungkin mereka ada alasannya tersendiri, mama pun dulu pernah terdetik untuk mengelak daipada menambah zuriat di sini...namun adakalanya apa yang kita tidak mahu itu, mungkin adalah yang terbaik untuk kita....sementelahan keadaan sebegini, mama sentiasa cuba fikirkan insan2 yang telah berjaya menempuhi cabaran2 seumpama2 ini...yang mama kenali dan ketahui.......

satu lagi sifat garang mama terhadap anak2 hanya bermula ketika di sini, dahulunya ketika di Malaysia, mama memang sangat tidak garang terhadap anak2-jentik pun tak pernah, apatah lagi mengherdik dan sebagainya, tak percaya, boleh rujuk kepada mak tok kami, tapi keadaan tekanan sebab belajar ni yang naik turun menyebabkan mama mudah jadi garang kepada kami, tapi abah kurang sikit garangnya....apapun, kami redha ajelah, sapa suruh kami nakal kan...lagipun mama sebenarnya marah2 sayang kat anak2 mama...memang bukan mudah membesarkan anak2 bawah 7 tahun dalam keadaan mama dan abah belajar serentak...memang anak2 mama pun perlu berkorban juga nampaknya....dan mama berdoa moga kalian semua akan jadi insan2 yang kuat semangat kelak....okaylah kali ni entri yang agak pendek....sebab isu entri kali ni memang tak boleh dihuraikan dengan panjang lebar......mama berhenti dengan lagu ini, ditujukan khas untuk buah hati mama dan abah, 3 puteri yang mama dan abah sayangi......

Friday, 20 August 2010

Cerita mama.......(episod 1)

This entry is about mama and she wanna story in malay languange; sometimes own languange is the best!!!!!!!hehehehe..enjoy her story....
amaran: entri ni panjang, sapa malas baca,sila klik X pada pepenjuru kanan antaramuka blogs ini...terima kasih....

Kehamilan...ya kali ni sebenarnya kehamilan mama yang keenam....kenapa keenam...sebab dua lagi kehamilan mama menemui kegagalan, pertama kali tahun 2003,mama keguguran pada minggu kesebelas, sebelum kehamilan untuk zimah dan kali kedua adalah diawal tahun yang lalu,mama hanya sempat hamil dalam tempoh enam minggu sahaja......sebelum kehamilan sekarang ini...dan tiga lagi kehamilan alhamdulillah berakhir dengan kejayaan dimana mama berjaya melahirkan 3 puteri yang sangat comel lagi bijak, dan kini sedang membesar dengan begitu riang ria di hadapan mama dan abah...dan kini mama sedang menempuhi kehamilan yang keenam dan besar harapan mama agar kehamilan kali ini akan berakhir dengan kegembiraan jua nanti...
setiap kehamilan mama ada kisahnya tersendiri dan segala yang terjadi kepada mama sewaktu hamilkan anak2 mama mempunyai kesan yang tersendiri kepada puteri2 mama...

mama nukilkan pengalaman pertama iaitu tika menghamilkan zimah....waktu itu kenangan yang cukup terindah...dan memandangkan zimah adalah anak sulung, maka mama agak 'manja' dan semua keinginan mama dipenuhi oleh abah sepanjang tempoh kehamilan kepada zimah..sementelahan mama tidak mahu pengalaman pahit berulang kembali, maka sebaik sahaja mendapat tahu hamil sekali lagi...mama dan abah betul2 menjaga dan membelai kandungan dengan penuh kasih sayang...masih ingat lagi waktu hamilkan zimah juga mama menerima ijazah sarjana di UTM, mama terpaksa berlari2 memanjat anak bukit menuju ke Dewan Sultan Iskandar sebab dah lewat tiba bersama2 'auntie' Lina, ketika itu, kandungan mama dah mencecah 5 bulan, secara tak langsung, dari dalam perut lagi zimah dah menerima ijazah sarjana bersama mamanya.....dan kini puteri mama yang sulung ini memang sifatnya adalah sangat manja,lemah lembut tapi tegas dan sangat bertanggungjawab........hmmmmmmm.....

lain pula kisahnya ketika menghamilkan mizah..mama hanya sedar yang mama hamil ketika kandungan sudahpun mencecah empat bulan...mengapa...ada kisahnya tersendiri ni...memang kehamilan untuk mizah adalah tidak disengajakan....dan memang ketika itu mama sangat sibuk dengan kerja2 pejabat serta kursus2 berkaitan dengan tugas hakiki... ....sementelahan menyedari mama hamil pun disebabkan mama rasa 'lain macam' jer.. .....namun...memang mama tidak mabuk dan tidak alah di sepanjang awal2 kehamilan pada mizah..cuma apabila sudah mendapat tahu barulah sifat mengada2 tu datang...tapi seingat mama memang masa hamilkan mizah mama tak 'manja' sangat sebab sibuk dengan tugasan mengajar dan penyelidikan......sehinggalah saat2 melahirkannya juga agak mudah berbanding kakaknya yang mama perlu menjalani pembedahan atas sebab yang terlalu 'minor'...dan kini puteri kedua mama itu sangat aktif,sangat nakal dan sangat suka menyakat adik dan kakaknya....dan dia sangat lasak...kesan kehamilan mama yang lasak jugak agaknya....

namun kehamilan kepada hanie ni macam ada kombinasi pengalaman kehamilan zimah dan juga kehamilan mizah...mama dapat tahu sejak kandungan baru je mencecah sebulan lebih dan mabuk yang agak teruk, tapi dek disebabkan sibuk dengan urusan kerja pejabat, mama terpaksa kuatkan semangat dan dua kali terpaksa bertugas di luar kawasan....sekali ke KL dan sekali ke kuching...memang lemah juga..tapi mama gagahkan semangat sebab ketika itu masih di peringkat awal kehamilan jugak, kemudian mama tetap sibuk sementelahan dengan urusan pengesahan jawatan, urusan proses untuk melanjutkan pelajaran, kursus sana kursus sini..memang mama sibuk..tak sempat sangat nak bermanja-manjaan...dan pada ketika kandungan mencecah hampir 8 bulan kami sekeuarga berpindah ke rumah sendiri, erm...memanglah mama tak buat kerja2 berat tapi semestinya mama sibuk jugalah membantu abah dalam urusan pindah rumah tu kan, sebelum tu mama ada juga terpaksa bermalam di wad hospital, pertamanya waktu awal trisemester kedua(tapi mama masih mabuk2 lagi-asyik muntah je setiap kali lepas makan) sebab mizah demam panas di Kedah Medical Centre, dan keduanya waktu trisemester ketiga, sekali lagi mizah demam panas, kali ni agak lama dan kami ber'kampung ' di Hospital Jitra lebih kurang 5 hari 4 malam...sebab pemeriksaan yang agak terperinci dilakukan kepada mizah..puncanya dia mengalami suhu yang tinggi(orang tua2 kata..demam 'tarik'..)...namun alhamdulillah akhirnya hanie dilahirkan dengan cara normal juga sepertimana kakaknya,mizah.....tapi cik hanie ni kena kuning pulak gara2 mama dia teruja sangat nak ambil jamu selapan hanya dua tiga hari selepas melahirkan hanie...akhirnya kami bermalam 3 hari dua malam di wad Hopital Jitra(erm..kali kedua la mama duk wad yang sama ......)...

kehamilan kali ini seakan ada perbezaan sedikit dengan yang lepas...mama mudah jadi panas baran, malas tahap melampau, dan kurang selera untuk masak....mujurlah baru2 ni maktok datang melawat kami, jadi tugas masak memang 90% maktok yang uruskan, namun sekarang maktok dah pulang ke malaysia, nak tak nak, mama kena la masak...walapun kini kandungan mama dah empat bulan lebih, tapi selera mama masih kurang, berat mama masih sama seperti belum hamil lagi, pemeriksaan kehamilan di sini pun tidaklah se'cerewet' macam di Malaysia. Sebenarnya mama tidaklah mengharap sangat untuk hamil di perantauan ni semetelahan mama dan abah sekarang kan masih lagi di akhir2 hujung pengajian..dah rezeki...mama dan abah redha je lah...lagipun puteri2 mama macam teruja semacam je nak ada adik walaupun nampak mereka macama 'chumel2' ajer..tapi pemikiran mereka boleh tahan juga.....wallahulam......'midwife' yang membuat pemeriksaan ke atas mama juga mengesahkan mama ni pembawa Hb E~~ ada kaitan dengan Beta Thalassemia( hasil daripada pemeriksaan darah)...yang pastinya abah bukan pembawa(juga hasil dari pemeriksaan darah)...jadi anak2 mama selamat, cuma mama ada dapat pil untuk tambah darah-pil besi- untuk mengelakkan mama anemia mungkin......jadi besarlah harapan mama agar pembaca2 budiman bagi blogs puteri2 mama ini mendoakan mama selamat menempuhi dua perjalanan yang berbeza ini dengan selamatnya..satu , perjalanan kehamilan ini yang akan berakhir hujung bulan januari 2011 insyaallah, manakala perjalanan phd mama yang dijangka berakhir jun 2011(kalau diberi kelulusan lanjutkan tempoh belajar hendaknya, jika tidak...kena CTG la jawabnya)...takkan nak terbang ke Malaysia waktu kandungan 9 bulan kan???tempoh asal cuti belajar mama akan berakhir hujung tahun ini,2010...yang mana ketika itu mama dah tak boleh naik pesawat pun,sebab dah sarat sangat pun..bila2 masa pun boleh bersalin!!!!!!!!!!!!!!!!!!lagipun proses pengajian pun belum pasti dapat selesai atau tidak sebelum Dis ini..hanya Allah saja yang tahu.......wallahualam...

CTG-Cuti tanpa gaji

Friday, 23 July 2010

Mama's turn to tagged again....

anakandaku...

salam...

tag drpd auntie suzi...maaf la yer auntie...mama kami ni malas bebenor sejak kebelakangan nie.....

Okay ni mama la jawab..bukan kami....

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
alhamdulillah sekarang ada 3, semua girls,


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
erm......................baru lagi...di peringkat awal lagi...baru je 3 bulan (12 minggu+++) #4 ...

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Anak pertama - Nurhazimah Hanan(DOB: 18/07/2004)
Anak kedua - Nurhamizah(DOB: 28/06/2005)
Anak ketiga- Nurharizah Ani(DOB:30/06/2007)


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
atas persetujuan bersama dengan cik abg......

5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
ikut buku2 nama islam....

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
dah ada dalam fikiran tapi tak boleh umum selagi tk lahir lagi kan...nnt orang curi idea ...hehehehehehehe

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang, nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
kalau ikut tahun, 1 tahun, yg kedua 2 tahun....

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
tak kisah...wpun semua yang ada sekarang ni girls..

9. Ape ciri2 persamaan anda dan anak Anda?
malas nak cerita boleh??hehehehehe...

10. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger.

Tuesday, 15 June 2010

Second appointment Mizah to Optometrist

The appointment was done last 1st June...mama forgot to report it....Maybe Mizah have to wear glasses if the next appointment come the same result as the last appointment (1 June)....Drawbacks as always watch computer too near....hmmmmmmmmmmmmmmmmm......






while waiting the turn by optometrist..................

Monday, 31 May 2010

Another song for abah and mama.....

The Rest Of My Life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife(hubby) and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Saturday, 29 May 2010

Mama proud with us-Zimah and Mizah......

We received another good behaviour certificates from teacher last week......Mama and abah proud with us..Thank you mama and abah.....

We promise to behave in good manner in class and at home too....Thanks to mama because always scold us at home if we do the wrong things to ensure we're behave in school.....We appreciated for your 'fierceness'.....We always love you mama and abah too(who is always support us......)

note: soon the picture of certificate...hehehehe........
(the 'beauty' of early education school system in UK...)

Monday, 12 April 2010

Just to share something valuable to parents

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

Seseorang telah menghantar email pada saya. merasakan ia bermanfaat, saya publish di sini. bagaimnapun penulisnya saya tidak pasti siapa. Terima kasih kepada penulis kisah ini atas ingatannya yang menyentuh hatiku..

diary_open_close_md_clr
Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada

kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:


Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa

pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu

jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan

syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran.

Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan

ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.


Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang

mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki

comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.


Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan

subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.

Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.

Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi

seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,

anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.


Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan

sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap

ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu

kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.



Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit

kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak

mengulanginya kembali.



“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.”

Itulah

ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.


Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan

mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.

Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana

kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah

terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang

langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.



“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih

kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu

mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu

terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia

meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.


“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam

raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta

laluan daripada pemandu lain.


“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang

baik
tetapi aku memohon sekali ini …

Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan

bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah

bercucuran keluar.


Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis

semahunya.


“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat

kerana kesakitan itu.


“… Abang janji tak akan buat lagi.”



Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.

Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu

dengar.



Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian

kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan

mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa

merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat

hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.



“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu

yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”



“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”



Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan

setulus-tulusnya kepada tuhan.



Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola

matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.



“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”

Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.



“Anak puan … Telah meninggal dunia.”



Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap

sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.



Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras

ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun

kepalanya.

Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.


“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan

di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”


Ibu mencium semahu-mahunya.

Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.



Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.

Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah.

Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

house32


Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu

berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di

sepanjang hidup ini.”



“Ibu rindu kepadamu …

Ibu rindu kepada nakalmu …

Ibu rindu pada koyakan kertas ini,

tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”


Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun

hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.

Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


**********


Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu

nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,

hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.


http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/