Sambungan....
Sebenarnya tak silap mama, hanya kehamilan zimah sahaja yang mama agak teruja dengan memberitahu khabar gembira kepada rakan2 mahupun keluarga apabila mendapat tahu berita tersebut.Tetapi bermula dengan kehamilan mizah dan seterusnya mama jadi 'pemalu' untuk mengwar2kan berita kehamilan di peringkat awal kecuali kepada rakan2 dan ahli keluarga terdekat .Entah kenapa...takut dengan apa ntah...terutamanya kehamilan di sini...pelbagai anggapan negatif yang mama fikirkan...tapi hati mama memujuk semula....biarlah apa orang nak kata...bukannya mereka faham situasi sebenar yang mama alami....susah nak diekspresikan dengan perkataan hatta kadang2 melalui perkataan pun mampu membawa kepada seribu pengertian...cukuplah mama katakan di sini, mama dan abah sentiasa 'bertanggungjawab' dengan segala keputusan yang telah kami lakukan dalam segala hal...benar, kadang2 keputusan kita tak semua dipersetujui oleh orang lain, tapi mama rasa orang lain pun seharusnya menghormati dengan keputusan mama dan abah dalam kami menempuhi hidup di rantau orang ini.......memang, bukan mudah hidup di rantau orang tapi dengan adanya rakan2 dan ahli keluarga terdekat yang selalu menghormati keputusan mama dan abah, kami rasa lega .......namun hati jahat selalu berkata yang bukan2, puas juga menepis....adakalanya mama ni penuh dengan andaian(mentang2 phd mama banyak baca pasal teori, dalam kehidupan seharian juga mama dipenuhi dengan andaian2@teori yang mengarut...)....
norma masyarakat melayu di sini sememangnya agak ramai jugak kaum wanita yang belajar, tetapi tidak ramai yang mahu hamil ketika belajar, mungkin mereka ada alasannya tersendiri, mama pun dulu pernah terdetik untuk mengelak daipada menambah zuriat di sini...namun adakalanya apa yang kita tidak mahu itu, mungkin adalah yang terbaik untuk kita....sementelahan keadaan sebegini, mama sentiasa cuba fikirkan insan2 yang telah berjaya menempuhi cabaran2 seumpama2 ini...yang mama kenali dan ketahui.......
satu lagi sifat garang mama terhadap anak2 hanya bermula ketika di sini, dahulunya ketika di Malaysia, mama memang sangat tidak garang terhadap anak2-jentik pun tak pernah, apatah lagi mengherdik dan sebagainya, tak percaya, boleh rujuk kepada mak tok kami, tapi keadaan tekanan sebab belajar ni yang naik turun menyebabkan mama mudah jadi garang kepada kami, tapi abah kurang sikit garangnya....apapun, kami redha ajelah, sapa suruh kami nakal kan...lagipun mama sebenarnya marah2 sayang kat anak2 mama...memang bukan mudah membesarkan anak2 bawah 7 tahun dalam keadaan mama dan abah belajar serentak...memang anak2 mama pun perlu berkorban juga nampaknya....dan mama berdoa moga kalian semua akan jadi insan2 yang kuat semangat kelak....okaylah kali ni entri yang agak pendek....sebab isu entri kali ni memang tak boleh dihuraikan dengan panjang lebar......mama berhenti dengan lagu ini, ditujukan khas untuk buah hati mama dan abah, 3 puteri yang mama dan abah sayangi......
8 comments:
suka lagu ni,slalu nyanyi kat anak2 .. :)
zue- ye ker...saya pun suka lagu ni,tp tk pernah lagi nyanyi kat anak2...
akak tak percaya sy hot tempered ek?
ihiks..sy pun tak percaya! agaknya sbb anak2 makin membesar, makin panjang akal diorg...bila pas marah2 tu rasa kesian plak kat diorg kan..huhuhu .. bersyukur kita dapat nikmat mharungi cabaran mendidik anak2 amanah Allah ni...
suzi-sbb i know how soft you are...erm..akak pun kdg2 tk caya akak boleh jadi garang...tapi so far anak2 akak tk der yg cedera pun dek kerana kegaranngan mama depa pun...depa behave sebenarnya......cuma mama depa yg moody terlebih....kesian kan>>>>
salam kak, moga pregnancy yang ni smooth sailing yer.. best anak ramai-ramai kecik-kecik, ada kawan cuma parents je la tak larat nak jaga, hehehe
salam perkenalan aida,
mudah2an..doakan yer...a'ah..best mmg best..tp skrg ni mama dan abah kena berkorban le dulu...nnt depa dah besar sikit insyaallah, senang la mama abahnyer..lagi2 3 anak dara...boleh tolong mama depa kat dapur nnt....mahupun abah depa insyaallah...
await hang malu eh! biarla apa org nak cakap, janji hang tau apa hang nak dan buat.
setiap anak tu kan rezeki..
harap2 hang banak kat sana la ek. hehehe! susah nak dpt pengalaman tu sume..
jaga diri tu bebaik. bykkan mkn kurma sampai nak deliver nnt. :D
zana-thanks for supporting me...betul tu cakap hang..aku mmg okay jer,even mmg style aku suka buat sesuatu perkara luar jangkaan...cuma kdg2 ilusi aku yg suka yg fikir bukan2!.....insyallah aku deliver sini.............doakan semuanya selamat sejatera hendaknya...
Post a Comment