Saturday, 16 March 2013

Hazimah

Tahun ni si zimah akan menginjak usia 9 tahun.
Namun pemikiran beliau adakalanya seakan budak yang sudah menginjak 11 tahun.
Harapan keluarga.
Harapan mama4hz dan juga harapan abah4hz.
Bertanggungjawab, suka berfikir, suka menulis dan rajin juga menyuarakan segala ketidakpuasaan hatinya....
mama4hz suka dia suka bertanya itu ini malah beliau juga suka mempertikaikan sesuatu perkara yang beliau tidak setuju.
Ini bagus untuk pengasahan minda beliau ke arah pemikiran kritikal dan inovatif.
Mudah-mudahan beliau akan menjadi contoh yang baik untuk adik-adiknya  sehingga beliau dewasa kelak....

Minggu lepas, beliau menyertai aktiviti bercerita di sekolahnya dan kata beliau lagi, esok cikgu akan memaklumkan siapa pemenangya- hal ini agak mengelirukan mama4hz memandangkan menurut Hazimah, hanya dia seorang dari Tahap 1 dan ada seorang lagi dari Tahap2.
Masakan ada pemenang?hmmmm esok petang tunggu apa kisahnya nanti....

Mama4hz mempunyai harapan yang agak ke awan juga buat beliau, namun tidak terlalu mengharapkan....asalkan beliau akan berjaya dengan acuannya tersendiri.
Sebagai mama, mama4hz berazam akan sentiasa menyokong dan memberi galakan untuk beliau dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar di alaf millenium ini...

Gambar terkini Hazimah bersama adik-adiknya- ehsan Abang Baahir(abang sepupu mereka...)

Wednesday, 6 March 2013

Misi untuk 35 hari....

Sebenarnya hasrat untuk kurus sentiasa ada,namun sebelum ini ibarat hangat2 tahi ayam....niat suci murni ini adakalanya dilupakan saja dan mama4hz sengaja mengikut hati dan perasaan dalam hal makan...namun kebelakangan ini baru tersedar dari lamunan menghayati kehidupan yang fana ini, maka mama4hz nekad untuk mencabar diri kurus secara sihat....mungkin juga entri sebelum ini ada kaitan juga dan menyuntik semangat mama4hz untuk membuat langkah2 pencegahan sebelum terlambat.Namun kalau ajal mama4hz pendek, penyakit kronik datang mengundang jua masa2 akan datang, mama4hz pasrah dan berserah kepada Yang Maha Esa jawabnya, sekurangnya mama4hz sudah berusaha untuk menjadi lebih baik....wallahualam...

Nak kongsikan pengalaman mengikuti kursus "jom Kurus' oleh Kevin Zahri Sabtu lepas di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas......mujurlah abah4hz sangat sporting....dia menghantar mama4hz selepas menghantar zimah ke AMPAC Bertam, dan abah4hz hantar mizah,hanie dan wanie di rumah mak uda, sebab abah4hz juga ada urusan dengan 'kuda jazz' mama...

Pengisian yang penuh lawak jenaka dan mudah difahami cukup mengujakan peserta sehingga masa 3 jam berlalu begitu pantas ......insyaallah doakan mama4hz akan mencapai sasaran untuk kurangkan 5kg dalam masa 5 minggu; bermula semalam-5 Mac 2013, dengan pelan dan menu yang 'dirancang' mengikut kapasiti kalori yang diperlukan oleh badan mama4hz dan keperluan kalori yang perlu dibuang......

Gambar di bawah (ihsan daripada FB Kevin Zahri) adalah ilusi optik sahaja...walaupun nampak mama4hz 'agak' kurus namun tidak benar semua itu....masih montel dan sangat 'comel', berat terkini 62kg...sasaran berat dalam masa 5 minggu akan datang 57kg-55kg insyaallah!!!!