Sebenarnya hasrat untuk kurus sentiasa ada,namun sebelum ini ibarat hangat2 tahi ayam....niat suci murni ini adakalanya dilupakan saja dan mama4hz sengaja mengikut hati dan perasaan dalam hal makan...namun kebelakangan ini baru tersedar dari lamunan menghayati kehidupan yang fana ini, maka mama4hz nekad untuk mencabar diri kurus secara sihat....mungkin juga entri sebelum ini ada kaitan juga dan menyuntik semangat mama4hz untuk membuat langkah2 pencegahan sebelum terlambat.Namun kalau ajal mama4hz pendek, penyakit kronik datang mengundang jua masa2 akan datang, mama4hz pasrah dan berserah kepada Yang Maha Esa jawabnya, sekurangnya mama4hz sudah berusaha untuk menjadi lebih baik....wallahualam...
Nak kongsikan pengalaman mengikuti kursus "jom Kurus' oleh Kevin Zahri Sabtu lepas di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas......mujurlah abah4hz sangat sporting....dia menghantar mama4hz selepas menghantar zimah ke AMPAC Bertam, dan abah4hz hantar mizah,hanie dan wanie di rumah mak uda, sebab abah4hz juga ada urusan dengan 'kuda jazz' mama...
Pengisian yang penuh lawak jenaka dan mudah difahami cukup mengujakan peserta sehingga masa 3 jam berlalu begitu pantas ......insyaallah doakan mama4hz akan mencapai sasaran untuk kurangkan 5kg dalam masa 5 minggu; bermula semalam-5 Mac 2013, dengan pelan dan menu yang 'dirancang' mengikut kapasiti kalori yang diperlukan oleh badan mama4hz dan keperluan kalori yang perlu dibuang......
Gambar di bawah (ihsan daripada FB Kevin Zahri) adalah ilusi optik sahaja...walaupun nampak mama4hz 'agak' kurus namun tidak benar semua itu....masih montel dan sangat 'comel', berat terkini 62kg...sasaran berat dalam masa 5 minggu akan datang 57kg-55kg insyaallah!!!!



2 comments:
boleh tak nak sama2 sambut cabaran dan share lah dgn saya...
insyaallah.....sebulan lagi saya cuba kongsikan....boleh tahu siapa saudara/i anonymous ini??
Post a Comment