Untuk sekian kalinya, mama4hz membawa Hanie berjumpa doktor pakar untuk pemantauan 'lump'@cystic hygroma yang beliau alami sejak lahir selepas 6 bulan tidak ada 'appointment'....
Selepas hampir 2 jam menunggu, dapat berjumpa doktor tidak mencecah pun lebih 10 minit, namun apabila doktor amati, bengkak bawah ketiaknya sudah tiada langsung.Syukur sangat.
Selepas ini, Hanie tidak perlu berjumpa doktor pakar lagi kecuali jika ada bengkak semula. Selepas ini dia hanya perlu jumpa doktor pakar kulit sahaja.Mudah2an masalah kulitnya juga akan menemui jalan penyelesaian,seiring dengan masalah mama4hz, yang kini sedang 'kritikal' dengan ekzema di tangan.Segan nak perincikan, gusar dikatakan mengada-ngada, namun hanya Allah yang tahu. Ini mungkin satu ujian dariNya.Terima dengan redha dan tidak mahu mengeluh.Ada insan lain yang lebih susah dan lebih derita.
Sebagaimana yang mama4hz janjikan, ramai lagi orang di sekeliling kami yang menderita sakit kronik seperti bekas pengasuh 3hz, Mak Siti, yang kini terlantar di wad hospital sudah lebih 2 minggu akibat komplikasi darah tinggi(kuman memasuki darah beliau) dan doktor juga sahkan beliau mempunyai kecing manis yang agak kritikal, insyaaallah nekad untuk melawat beliau lagi esok, insyaallah.
Sepupu mama4hz pula kini terpaksa di atas kerusi roda selepas terlibat dengan kemalangan pada hujung Januari lepas, dimana doktor mengesahkan beliau menghidap beberapa penyakit kronik apabila beliau menerima rawatan akibat kemalangan.Penyakit kronik beliau bukan disebabkan kemalangan, namun sudah sedia ada, namun apabila kemalangan, baru dia disedarkan hal itu. Moga abg@Pakcik Kashful akan lebih stabil selepas ini. Mama4hz sentiasa mendoakan adik2nya @sepupu mama4hz tabah melalui semua ujian ini....
Mo' kami (mama abah)... masih terlantar di rumah kakak mama4hz@mak muda 4hz di Tanah Merah.Walaupun beliau stabil, namun keadan strok sebelah badan beliau menyebabkan beliau masih belum boleh bercakap dan masih terlantar atas katil.....Antara sebab utama, kini kami perlu balik sekurang-kurangnya sebulan sekali menjenguk mo' di kampung.....
Maktok kami yang kami sayang dan tinggal dengan kami(4hz) pun sebenarnya mempunyai kencing manis(walaupun terkawal....namun adakalanya tahap kolestrol beliau naik,,,,dan kadang2 dia mudah penat....)
Mama4hz sedang berkira-kira untuk menghantar wanie ke 'nursery' walau dilarang keras oleh maktok...alasan beliau kesunyian di pagi hari.Namun, mama4hz masih dalam dilema atas alasan maktok itu dan masih dalam pertimbangan yang rapi.
Kenapa? kerana mama4hz tidak penah mengahtar 4hz ke mana2 pusat asuhan kecuali tadika.Jadi, memang diakui, cerewet adalah perlu kerana mama4hz mahukan yang terbaik untuk si wanie.Doakan wanie akan dapat tempat yang terbaik untuk dirinya.'Nursery' yang ada aktiviti pengembangan minda untuk kanak2 seusia wanie.Wallahualam....
No comments:
Post a Comment