Sunday, 24 February 2013

Bukan mudah....

Sebenarnya sasaran untuk menulis blog sekurang2nya seminggu sekali masih tidak tercapai di atas beberapa faktor.....

- kekangan masa
- terlalu berhati-hati( cuba kurangkan, namun tak berjaya, tetap terlalu berhati-hati)
- adakalanya pengolahan ayat mungkin nampak terlalu skema...rasanya itu antara sebab
   pengujung malas nak datang selalu.....tapi mama4hz tak kisah sebenarnya....
- tak banyak aktiviti unik atau lain dari yang lain ....biasa-biasa sahaja mungkin....

walau apapun...mama4hz tetap kuatkan semangat supaya blog ini tidak terkubur atau jarang ditulis....walau tiada peminat mahupun kurang pengunjung.....kalau pandai berfikir 'di luar kotak fikiran'..sebenarnya boleh sangat ditulis 2 atau 3 kali seminggu.....tetapi mama4hz akui kadang2 tidak cukup kreatif dan inovatif dalam penulisan blogs.....

kadang2 boleh di tulis satu atau dua ayat sebab kebuntuan idea........wallahualam.....

ini status terkini di FB mama4hz..... 

'ramai sangat orang di sekeliling aku sakit kronik...aku yakin aku juga akan menyusul seperti mereka...wallahualam...aku cuba nak follow gaya hidup sihat seadanya tapi macam agak mustahil..'

(hanya 'close friend' di Fb yang boleh baca...) sebab menyentap perasaan sikit.....siapa orang sekeliling mama4hz yang dimaksudkan....akan dikongsikan di enrti seterusnya...

No comments: