Thursday, 17 September 2015

Sahabat sefakulti UKM

Cerita lama...Mei lepas, sewaktu mama5hz ke Ipoh menghadiri seminar iSMC 2015, ditakdirkan Yang Maha Esa bertemu dengan sahabat seFTSM, Sophia...bersama anak sahabat,Yan di Manchester, Asyraf bersama ayahnya...manakala mamanya,Yan tidak hadir bersama....
Kagum melihat Sophia yang memiliki anak istimewa, namun berkebolehan menghafal beberapa surah2 walaupun baru berusia 10 tahun...beliau juga ada urusan berkaitan perjuangan Yayasan Faqeh bagi anak istimewa dalam pembelajaran AlQuran.......Didioakan Sophia terus cekal dalam perjuangan murni ini insyaallah...................


Alhamdulillah


Setelah hampir 5 bulan diiklankan dalam mudah.my, kini teratak comel ini sudah berpenghuni sejak 1 Sept lepas
....Terima kasih Mr Z kerana sudi menyewa teratak ini.


Monday, 20 July 2015

Maafkan mama sayang...Sambutan hari lahir secara sederhana tetapi meriah.....11th birthday on 18.07.2015

2 Syawal 1436 adalah hari lahir Nurhazimah Hanan binti Muhammad. Tiada majlis istimewa....hanya sambutan secara  sederhana dan namun moga zimah seronok sambutannya kali ini bersama sepupu tersayang dan di bulan yang Mulia ini.
Insyaallah jika diizinkan kita raikan dengan lebih bermakna di masa2 akan datang.

Anyway Selamat hari lahir puteri sulung yang ke 11
Moga semakin matang dan semakin tabah.....
Sebahagian gambar kenangan bersama sepupu zimah pada hari lahirnya,2 Syawal &
'in advance ' pada 1 Syawal.....
.






Mama5hz dan Abah5hz hadiahkan sebuah 'helikopter' impian untuk kakak....

Thursday, 9 July 2015

Majlis Iftar SKDH......






Biarkan gambar2 ini berbicara.
Majlis untuk anak2 SKDH yang pernah mengharumkan nama sekolah. Terima kasih SKDH.........


























Thursday, 2 July 2015

Ujian di bulan Ramadhan

Pada hari lahir Hanie tahun ini mencatatkan sejarah untuk kali ke......tanda ingatan Allah titipkan supaya lebih berhati hati ketika memandu.....
Mama5hz diuji dengan ujian kemalangan kecil dalam kampus.
Kuda kesayangan rosak teruk namun tiada kecederaan yang berlaku.
Sedikit trauma kepada Mama5hz dan rasa kesyukuran kerana tiada kecederaan jiwa itu yang lebih utama. Moga diri Mama5hz lebih tabah dan lebih fokus ketika memandu waima di dalam kampus.

Maafkan hambaMu  Ya Allah...wujurlah waja...waja kereta ni...

kemek sikit pintu belakang akibat hentaman daripada jazz kecil di bawah.....

My baby horse...teruk juga walaupun hentaman tidak kuat....




Harapnya awal Ogos nanti siap dan kita dapat berjumpa semula....

Tuesday, 30 June 2015

My sweet princess was 8 today

8 years ago


Alhamdulillah...Hanie was 8 years today........................................ 30 June 2015

Mama got special gift from Him on Hanie's birthday....will share in another entry

 'A week delay' for update about Hanie's birthday...


OOOOOPPPPS,
tersasul coretan dalam bahasa Inggeris....

Akan menyusul kemudian apa yang terjadi sebenarnya pada 30 Jun 2015......

Wajah comel Hanie suatu ketika dulu semasa di awal menjadi anak rantau di Manchester

Hanie dalam bouncer seiras juga rupanya dengan Afnie.....

Wajah Hanie selepas sebulan di perantauan...Dia baru berusia lebih kurang 6 bulan.....

Mama5hz dan Hanie, Legoland,2014

Sunday, 28 June 2015

She is 10 today.....

28.06.2015  11 Ramadhan 1436

Teringin rasanya mahu menceriterakan kisah kelahiran Nurhamizah sempena ulang tahun kelahiran beliau hari ini. Namun idea seakan tersekat dan sebagainya....Buat permulaan....rasanya mama5hz mahu saja kongsikan link2 daripada Fotopages terdahulu kisah2 Hamizah sejak beliau dilahirkan.....dan waktu beliau di bawah 5 tahun, sebelum merantau suatu ketika dulu...

@@@@@ entri pertama kali tentang Nurhamizah Muhammad

@@@@@ entri pertama kali beliau berjalan-jalan luar Jitra

@@@@@ entri beliau bersama sweet cousin Nurhamizah yang beza antara mereka berdua hanya seminggu sahaja....cousinnya lahir 5 Julai 2005

@@@@@ entri pertama kali Mizah jalan-jalan ke Langkawi

@@@@@ entri Mizah ke Kuantan atas urusan rasmi mama5hz tahun 2006

@@@@@ entri pra celebration birthday Mizah yang pertama

@@@@@ entri pertama kali mama5hz adakan jamuan hari lahir secara sederhana buat  Mizah dan Zimah

@@@@@ entri Mizah dan sepupu2 nya

@@@@@ entri Mizah pertama kali ke ofis mama5hz thn 2006

@@@@@ entri Mizah pertama kali berbaju kurung selepas beliau genap setahun

Mizah juga anak yang sangat tabah kerana sewaktu kecilnya seringkali juga ditahan di wad kerana demam,muntah2 dan cirit birit..... pernah juga beliau demam panas thn 2007....kali terakhir Mizah di tahan wad adalah tahun 2012. Moga Mizah semakin sihat dan semakin kuat membesar bagaikan juara di hati mama dan abah.  Moga menjadi hafizah dan mencapai cita- cita yang Mizah idamkan....Insyaallah...

###### wajah Mizah sewaktu kecil seiras sangat dengan wajah Afni ##############

Monday, 8 June 2015

h.i.l.a.n.g

Dugaan mendatang dan pergi.

Atas kelalaian sendiri dan kealpaan sendiri, Samsung Note hilang pula pada 05.06.2015 setelah hampir setahun memiliki...

Mungkin insan lain kehilangan perkara yang lebih berharga seperti kehilangan anak@ keluarga, wang, pekerjaan, aset berharga  dan sebagainya........

Ya, harus memujuk hati walaupun banyak gambar dan video yang tidak sempat diselamatkan walaupun sudah mempunyai backup dropbox dan googledrive

Bertabahla mama5hz, dan selepas ini, harap lebih berhati-hati  dengan gajet yang dimiliki...

* Terpaksa mencari ganti dengan model yang lebih murah........*


Saturday, 9 May 2015

Cerita Jun 2014

Sebenarnya terasa rindu sangat untuk jejakkan kaki ke sini...namun mustahil rasanya atas beberapa kekangan.
Bersama takaful agen mama5hz @ isteri rakan sekerja sesampai di klia2

Di Rumah Mode

Seronok dapat mencuci wang rupiah di sini....


Di Pasar Baru.....

Tempat membeli kek tersohor di Bandung

Window shopping....

Seronok ajer kanak2 ribena....

Check out time from Golden Flower Hotel

Afni yg masih terserlah montelnya waktu ini...

Sampai jumpa lagi...kawan baru mama5hz  di sana....walhal se UUM.....

Cuma nak berkongsi gambar ke sana membawa 5hz atas urusan seminar bagi mama5hz dan abah5hz,
terjumpa pula rakan sekolah menengah ketika membeli belah di sana ....

Macam mimpi terjumpa kawan lama AIGS ....Suriani Jamil,hampir 20 tahun tidak ke temu