Wednesday, 26 February 2014

Selamat Maju Jaya sayang mama...........

Gambar berlima@5hz di awal tahun 2014- sebelum 'afni dicukur rambutnya...


Ya...minggu depan, Zimah,Mizah dan Hanie akan menduduki Ujian 1...
Kebimbangan menduduki ujian terserlah bagi Zimah melalui blogsnya.....apatah lagi mama5hz cuba merehatkan beliau dari menggunakan laptop sepanjang hari2 ujian kelak.
Mama5hz tenang sahaja dan hanya mengetahui mereka bertiga akan ada ujian minggu ini setelah mereka mendapat jadual ujian semalam(Zimah) dan hari ini(Hanie). Si Mizah pula keracunan makanan semalam dan diberi cuti sakit oleh doktor.Dan alhamdulillah dia sudah kembali pulih hari ini dan esok, beliau harus ke sekolah, untuk mendapat maklumat2 terkini dari guru sebelum ujian yang bermula hari Isnin nanti....


Apapun seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk anak2nya dan tidak akan menekan mereka untuk sentiasa cemerlang. Biarkan mereka berusaha secara alami(semulajadi keinginan mereka untuk ingin berjaya) dan tidak ada unsur2 paksaan untuk mereka.

Monday, 24 February 2014

Kisah 'Afni

Sebenarnya tidak tahu kisah apa yang hendak diperihalkan tentang 'Afni.
Rasanya cukuplah Mama5hz nyatakan bahawa selepas beliau pulih dari jaundis, beliau sihat dan merupakan bayi yang sangat aktif.
Pada usianya menginjak 30 hari, beliau alami selesema dan hampir 3 minggu lebih untuk sembuh, namun beliau tetap aktif seperti biasa.
Alhamdulillah, beliau sering juga menerima kunjungan dari sahabat2,jiran2,saudara mara terdekat sejak beliau lahir hingga sekarang.

Tidaklah setiap kali tetamu datang Mama5hz teringat untuk mengabadikan memori. Tatkala ingat, adalah memorinya, jika tidak ingat waktu kunjungan tetamu yang datang, memori terpahat dalam ingatan sahaja nampak gaya....

Auntie Shima[03.01.2014]

Auntie Ery dengan anak teruna nya Irham berusia 5 bulan[04.01.2014]

Auntie Coknin [14.01.2014]
Datin Pah{mama aktor terkenal Farid Kamil}, Auntie Gee dan Auntie Nani[18.01.2014]
Pelajar2 sarjana mama5hz; Aini,Akma,Fazlini dan Sharifah

Isteri Timb Dekan pejabat 1 Mama5hz, Auntie Hajar[06.02.2014]

Auntie Lily [08.02.2014]
Juga Auntie Win,isteri Timb Pengarah pejabat 2 Mama5hz.......
Tahnik selamat disempurnakan oleh Ustaz Hamdan, jiran hadapan rumah....[15.02.2014]
Aunties@ rakan sepejabat
{Auntie Syery/Auntie Deqta@ pelajar phd mama5hz/Auntie Neda/Auntie Fiza/Auntie Sha/Auntie Jas}...
.terima kasih sangat2 sebab sudi berkunjung....

Saturday, 22 February 2014

Sebabak demi sebabak....

Babak 1(a)- Mama5hz membakar kek mentega untuk pertama kali bagi Wanie pada hari jadi Wanie yang sebenar,22.01.2014.....Wanie sangat teruja dengan kek mentega tersebut......tanpa hiasan dan tanpa sesiapa,(kakak2 sekolah,  'Afni masih tidur, maktok ada,dalam biliknya...abah masih di Miri menghadiri seminar...) beliau dengan sukanya meraikan kek mentega hasil tangan mama nya....


Babak 1(b)- Mama5hz belanja 5hz versi tanpa abah semua ke restoran terdekat pada petangnya.....suka nya Wanie dapat makan ayam goreng KFC...rasanya 'Afni baru 37 hari ....

Babak 2 - Abah5hz sampai dari Miri pada malam hari lahir Wanie, dia sudah tertidur sewaktu abah tiba di rumah, ini hadiah yang abah5hz bawa pulang dari Miri.....buat masa sekarang memang Wanie obses dengan PlayDoh......suka sangat dia dapat hadiah dari abah nya........
Babak 3- Mama5hz belanja makan tengahri versi dengan abah5hz pada hari ke 40 'Afni di restoran kegemaran mama5hz...Secret Recipe yang berhanpiran dengan rumah...

Babak 4- Kami sekeluarga membawa pulang kek untuk dimakan bersama keluarga abah5hz di kampung waktu pulang ke Tanah Merah masa cuti raya cina baru-baru ini...( ooops beli di bandar Tanah Merah daaa....)
Babak 5- Akhirnya, hajat Mama5hz menjamu kenalan dan jiran terdekat tercapai pada 15hb Feb lepas. Mohon maaf bagi yang tidak terjemput. semuanya ada justifikasinya tersendiri....
Jamuan secara kecil2an sahaja, termasuk majlis tahnik si montel 'Afni.....

Kek ditempah dari Rani Cakes Changlun

Tuesday, 18 February 2014

Wanie dan 'Afni....

 Nantikan cerita babak2 sambutan hari lahirnya....
Juga nantikan cerita Afni yang semakin cerdik dan bistari....

Monday, 17 February 2014

KIV

hari ke9.....dengan kak wanie@kak chik...

hari ke 10(dah luruh pusat...)...doktor maklumkan 'afni dah pulih..tak perlu ambil darah lagi....

hari ke 12...macam chumel je..macam cute je...terima kasih Allah atas kurniaanMu...

hari ke 12...dengan kak mizah@kak ngah [dengan kak zimah dalam kamera lain....]

hari ke17 = hari sepatutnya 'due date' 'Afni yang juga hari lahir maktok ; 02012014...dah botak kepala......
.