Gambar berlima@5hz di awal tahun 2014- sebelum 'afni dicukur rambutnya...
Ya...minggu depan, Zimah,Mizah dan Hanie akan menduduki Ujian 1...
Kebimbangan menduduki ujian terserlah bagi Zimah melalui blogsnya.....apatah lagi mama5hz cuba merehatkan beliau dari menggunakan laptop sepanjang hari2 ujian kelak.
Mama5hz tenang sahaja dan hanya mengetahui mereka bertiga akan ada ujian minggu ini setelah mereka mendapat jadual ujian semalam(Zimah) dan hari ini(Hanie). Si Mizah pula keracunan makanan semalam dan diberi cuti sakit oleh doktor.Dan alhamdulillah dia sudah kembali pulih hari ini dan esok, beliau harus ke sekolah, untuk mendapat maklumat2 terkini dari guru sebelum ujian yang bermula hari Isnin nanti....
Apapun seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk anak2nya dan tidak akan menekan mereka untuk sentiasa cemerlang. Biarkan mereka berusaha secara alami(semulajadi keinginan mereka untuk ingin berjaya) dan tidak ada unsur2 paksaan untuk mereka.
No comments:
Post a Comment