Thursday, 17 March 2011

Segalanya ada hikmahnya yang tersendiri................

Hari ni (khamis,17.03.2011) anak2 dihantar ke sekolah dan dijemput ke sekolah dengan rakan abah memandangkan ada 'masalah besar' yang berlaku terhadap abah.....walaubagaimanpun..kami sekeluarga tenang dengan apa yang telah disuratkan......mujurlah ada uncle nasrun dapat tolong anak2 ke sekolah.....er..macamana nak diceriterakan pun tak pasti-kunci kereta abah hilang di tempat kerja dia dan sampai kini(catatan ditulis pada pagi 18.03.2011 sekitar 8.45-8.50 pagi waktu UK...)kunci itu tidak dapat dikesan-kemungkinan telah ter'curi' sebab katanya ada kes kecurian di tempat kerja abah pagi ini.........yang pasti urusan penting mama dapat dilaksanakan walau harus ke universiti naik teksi...terima kasih banyak2 abah kerana sudi menemani mama bersama baby Wanie yang tidak banyak meragam sepanjang urusan tersebut,yang penting mama dapat jumpa cikgu mama untuk kali terakhir dan dia juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi .......................

keputusan abah untuk 'scrap'kan kereta yang telah banyak berjasa dengan kami itu mama hanya turuti tanpa sebarang bantahan(walaupun sedih sebenarnya) ..sementelahan lagi kami semua akan 'back for good' minggu depan....dan mungkin juga kereta kesayangan abah itu merajuk sebab tuannya(abah) sudah berkira2 mahu menjual kepada orang lain......dan mujur juga kereta yang akan dihantar pulang ke Malaysia dapat di'selamat'kan......(asalnya kunci stereng ada di dalam kereta yang kehilangan kuncinya itu,tapi sudah berjaya diperolehi...alhamdulillah...)

dek kerana terlalu banyak sudah ujian demi ujian yang melanda kami sepanjang kami di sini, mama dan abah tenang menghadapi situasi ini sebab kami tahu ada insan lain yang lebih teruk diuji dugaan sehari-hari dalam kehidupan harian.......terima kasih Allah dengan ujian ini....kami yakin ada hikmahnya yang tersembunyi..........terima kasih juga bagi yang prihatin dan membantu kami untuk selesaikan ujian hidup ini.....


kembara ke 5 negara Eropah bersama Persona tahun lalu....sangat2 'manis' bila dikenang kembali...gambar di ambil di Frankfurt,4 April 2010

No comments: