Walaubagaimanapun, mama4hz tidak ada perancangan khusus untuk 4hz memandangkan mama4hz dah semakin mengah dan kurang mampu untuk berjalan jauh.Sementelahan lagi, 4hz dah jln2 ke sana sini sebelum cuti sekolah lagi. Insyaallah minggu hadapan 4hz akan dibawa ke tempat yang pasti menggembirakan mereka- tidaklah jauh sangat dan tidaklah terlalu dekat...cukup untuk mengembirakan mereka......Insyaallah...jika diizinkanNya....
Minggu terakhir persekolahan, Zimah dan Mizah mendapat berita gembira dengan pencapaian pentaksiran akhir tahun dan kedua2nya akan naik kelas yang lebih baik daripada tahun ini.
Tahniah sayang berdua ....Hanie pula akan lalui ujian saringan hujung tahun nanti sebelum masuk darjah satu awal tahun 2014.
Cabaran bagi mama juga dengan persediaan dan persiapan ke sekolah untuk 2014 dan juga persiapan 'orang baru' yang dijangka lahir hujung tahun nanti.Alhamdulillah,semuanya mama4hz terima dengan penuh keredhaan.
Nampak gaya persiapan 'orang baru' perlu diberi keutamaan memandangkan sejak2 akhir2 ini sering mendapat alamat waktunya yang sudah semakin hampir melalui mimpi, .....wallahualam.
Alhamdulillah, persiapan untuk 'orang baru' dah hampir 85% lengkap. Tidaklah terlalu keterlaluan dan tidaklah terlalu ketidaktahuan. Sekadar yang mampu dan sekadar yang selayaknya. Wala
upun doktor sudah sahkan jantinanya untuk sekian kalinya, namun mama4hz tetap mengharapkan sesuatu keajaiban, dan meletakkan pergantungan kepada Allah s.w.t., yang menjadi keutamaan di sini adalah sihat dan selamat semuanya.
Persiapan keperluan persekolahan 3hz pula, insyaallah akan disediakan berperingkat-peringkat. Memandangkan 3hz baru sahaja cuti sekolah, aktiviti2 di waktu cuti sekolah perlu diberi perhatian. Jika ada rezeki, mama4hz akan menghantar Mizah dan Hanie ke Program Cuti Sekolah(PCS) anjuran AMPAC Dis nanti.Zimah dah bergraduat bergandingan sepupunya, Nur Irdina dengan program AMPAC - bagi PCS Dis 2012 lepas dan Program BEEZ sepanjang Jan-Jun lepas. Maka, kali ini, mama4hz mahu beri peluang kepada adik2nya pula. Insyaallah...
Gambar2 di bawah ketika Zimah dan sepupunya bergraduasi program BEEZ awal Julai lepas
No comments:
Post a Comment