Saya=mama=mama4hz
Mak= maktok 4hz
Hari ini, 19.11.2013 cukup sudah 34 tahun mak melahirkan saya walaupun ayah telah pergi ketika seusia saya dalam kandungan mak mencecah 4bulan, namun mak tabah melalui liku2 kehidupan sepanjang mengandungkan saya dan juga selepas melahirkan saya. Terima kasih mak sebab terlalu banyak bersabar membesarkan saya sehingga kini......dengan karenah saya yang tidak menentu mood dan tidak seperti kanak2 lain yang sentiasa riang ria, saya di waktu kanak2 memang sangat pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan sepermainan, mungkin sifat pemalu yang diwarisi dari arwah ayah menghadkan aktiviti sosial bersama rakan sebaya, namun semakin meningkat dewasa, sifat pemalu yang masih menebal cuba diasimilasikan dengan sikap yakin diri dan sentiasa mencabar diri sendiri dengan suasana sekeliling, sikap ini rasanya saya warisi dari mak yang cekal orangnya dan tabah serta kuat semnagat....
Di usia yang semakin menginjak ke 40an beberapa tahun lagi, masih banyak kelemahan dalam diri dan azam untuk berubah sentiasa ada dan sentiasa segar tersemai di hati. Namun, saya memerlukan sokongan dan dorongan dari sekeliling saya untuk sentiasa memperbaiki sikap dan diri yang ada terutamanya sikap dan atitud negatif yang memang amat mencabar untuk dikikis.
Terima kasih mak kerana mak adalah pengkritik setia untuk saya dan mak juga pendorong setia untuk saya mengharungi kehidupan mencabar ini. Tidak lupa juga untuk teman hidup tersayang serta kakak2 saya (k.wa,k.na,k.ni, k.a dan k.ina) serta abang yang tidak pernah hipokrit mengritik saya dalam memperbaiki hidup ini.Insyaallah setiap teguran dan nasihat sentiasa tersemat di hati, namun untuk berubah sekelip mata adalah sesuatu yang mustahil.Insyaallah sekeras2 kerak nasi, dicurahkan air, lama-kelamaan akan lembut jua.
Buat srikandi2 mama yang amat disayangi, kalian juga adalah kekuatan hidup mama. Mama sentiasa doakan srikandi mama sentiasa adalam lindungan Ilahi.Andai kata mama tidak sempat melihat kalian semua membesar, redhalah dan pasrah serta ikut cakap abah serta insan2 yang akan menjaga kalian kelak.
Maaf, entri di adalah monolog spontan seorang insan yang bernama Nor Intan Saniah Sulaiman.
Orangnya tegas dan keras hati tapi dalam hatinya ada bunga2 yang indah.....lembut hati dalam sesetengah keadaan........
3 comments:
Alhamdulillah, Allah beri saya peluang bertemu insan hebat seperti maktok dan anak bongsunya:)
selamat ulangtahun kelahiran kak! semoga hidup kita dirahmati Allah
Happy birthday mamaku sayang.....zimah sayang mama....
Suzi- uiks...akak insan baisa saja...taklah hebat sangta....
my dear zimah- thanks dear....
Post a Comment