Saturday, 26 March 2016

Rindunya......

Ya, lebih enam bulan tidak menulis blog ini.
Sekali lagi, entah apa yang menghalang, tiada jawapan di situ.
Jika diminta alasan, pastinya pelbagai alasan boleh disenaraikan di sini, namun biarlah tidak dinyatakan, kerana sebenarnya................................

' DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

Mungkin boleh dikongsikan bahawa salah satu asbabnya mungkin juga menulis blogs bukan suatu keutamaan sejak akhir- akhir ini, ataupun perancangan selalu tidak menjadi kenyataan. Di dalam minda ini, selalunya terfikir untuk menulis pelbagai peristiwa yang boleh dikongsikan namun sehingga ke hari ini, tidak kesampaiaan.

Peristiwa menyambut hari jadi afni, wanie mahupun sambutan Aidiladha tahun lepas ada signifikannya tersendiri, belum pun dikongsikan walaupun bukanlah se'gah yang disangkakan. Begitu juga memori sepupu 5hz sebelah mama5hz yang menjadi tunangan orang, Sept 2015 lepas dan kemudiannya telah selamat menjadi isteri orang baru-baru ini harus di'eksplisit'kan di sini. Tahun ini juga akan menyaksikan lagi dua orang sepupu 5hz sebelah abah5hz akan melangsungkan perkahwinan.

Tahun ini, 2016 juga akan menyaksikan pelbagai lagi peristiwa penting dalam famili ini,
- zimah akan menduduki UPSR dan beliau sangat komited dengan pelajaran beliau dan mama5hz sangat bersyukur dengan atitudnya sehingga ke hari ini- tumpuan harus diberikan kepadanya sebaik mungkin, keputusan UPKK  beliau pada tahun 2015 juga amat memberangsangkan, ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi
- mizah dan hanie juga sudah mula hadir ke kelas tambahan untuk memperkasakan peningkatan akademik mereka,  dan setakat hari ini alhamdulillah sudah ada peningkatan dalam akademik mereka walaupun bukan berlaku secara drastik...mizah pula akan menduduki UPKK sebaik sahaja zimah selesai menempuhi UPSR Okt ini....
-wanie pula sudah ke tadika utk  kelas 5 years di Tadika Little Caliph Jitra, kadangkala terfikir juga untuk me'lompat'kan dia ke tahun 1 utk thn 2017, tapi kadang-kadang fikir, biarlah dia di kelompok umur beliau supaya tidak berlaku kesukaran  tika beliau darjah 6 di kala umur beliau 11 tahun pada tahun 2022 nnt...sekurang2nya tahun hadapan,dia masih di tadika boleh ada teman jika afnie dah masuk tadika utk 4 thn...harapnya.....

Itu sahaja perkembangan 5hz buat masa sekarang, ada lagi yang ingin dikongsikan, tapi mungkin entri akan datanag.
Yang pasti, kekerapan mama5hz tidak akan sekerap dulu lagi.Itu adalah pasti.Walllahualam

No comments: