Sunday, 25 November 2012

Sambil menyelam minum air...

Minggu pertama cuti sekolah, kami sekeluarga ke KL sehari semalam, bertolak hari Selasa, Deepavali  dan  pulang keesokkan harinya...(bermalam di rumah mak long) untuk menjemput long mah yang pulang dari menunaikan farhdu haji..alhamdulillah..long mah dan mak mertuanya sihat sejahtera...insyaallah suami nya long din akan menyusul malam besok..walaubagaimanapun kepulangan long din kami tidak dapat ke KL lagi memandangkan abah4hz dan mama4hz ada kuliah...

Kami ke Lumut dalam perjalanan pulang ke Jitra untuk bercuti sehari semalam juga bersama keluarga mak uda....sasaran kami hanyalah satu..mandi kolam.....4hz sungguh seronok walaupun kolam hotel comel sahaja..sesuai dengan kapasiti kanak2, esoknya kami sambung lagi mandi kolam yang lebih besar di Marina Waterpark berhampiran dengan hotel kami menginap...iaitu Best Western Marina Island Pangkor( lokasi di Lumut...tapi memang sangat2 hampir dengan jeti ke Pangkor, jeti baru (Marina Island)..hajatnya mahu singgah di rumah sepupu mama4hz di Manjung, namun kami sekeluarga perlu pulang awal untuk menghadiri majlis kenduri rumah jiran baru di Jitra...esoknya pula barulah balik B.Mertajam sebab sepupu mama4hz akan berkahwin di Kulim...pada hari Sabtunya.....17hb nov lepas....layan gambar2 yang sempat di ambil sepanjang minngu lepas...tak termasuk lagi gambar kahwin sepupu mama4hz, cerita kawin sepupu a.k.a mak saudara sepupu 4hz akan disambung entri berikutnya....gabungjalin dengan majlis menyambut menantu yang baru selesai hari ini di Alor Setar....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















-------------------------------------------------------------------------------------------------------------










---------------------------------------------------------------------------------------------------------------









---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tunggu entri berikutnya...perkahwinan sepupu comel mama4hz, maksu asma' nisak.....


Sunday, 18 November 2012

Moga cepat sembuh.....

wanie mama demam sikit dan batuk2 sejak malam semlm..bersabarla mama...mungkin dia sedang membina imuniti dalaman....syafakallah.....moga cepat2 sembuh ye sayang...

harap2 esok wanie sembuh ye sayang..mama kena kerja esok...harus mendepani minggu2 yang sibuk dan mencabar...maktok dah bawa pembantu beliau..kak syifa...harap2 4hz seronok dengan kak syifa....

entri berikutnya...percutian di lumut.....

Wednesday, 7 November 2012

Tahniah ......

Mama4hz sebenarnya tidak pernah menaruh harapan,bukan tidak percaya kepada kemampuan anak2 sendiri tapi harus diakui saingan mereka di dalam kelas memang bagus..,namun alhamdulillah....zimah dan mizah sudah lakukan yang terbaik untuk pencapaian akademik mereka di sekolah......moga2 mereka akan lebih baik untuk tahun hadapan.....





Sunday, 28 October 2012

'outstation' yang menguji kecekalan hati....

Kali ini, masuk kali ketiga mama4hz perlu melawat pelajar2 tpt mama4hz bekerja di luar....
bermula 20 okt hingga 25 okt...................
Seperti biasa, mama4hz harus membawa wanie...namun kali ini hanya hanie sahaja turut serta memandangkan zimah dan mizah ada peperiksaan KAFA, tambahan pula abah4hz tidak boleh ambil cuti.Sekali lagi pemergian kali ini bersama maktok  serta dua ahli tambahan, sepupu kami;(abg islah-anak pak uda memang anak kelahiran Terengganu pung... yang baru sahaja selesai PMR dan anis umaira sebaya dgn hanie yang tidak pernah ke pantai timur)... yang menyertai sebab mereka akan menemani maktok waktu perjalanan pulang.Kenapa???

Kali ini negeri yang dipertanggungjawabkan untuk mam4hz adalah negeri kelahiran abah4hz @ red warrior land  dan negeri kelahiran bapa saudara kami..pak uda....@ negeri penyu bertelur...

Kenapa menguji kecekalan hati.....????
Pada hari nak bertolak- kunci kereta MPV maktok ter'hilang' seketika....lebih kurang 15 minit baru dapat dikesan.....
Ketika perjalanan benar2 menghampiri hotel tempat penginapan, bateri smartphone mama terpadam, arah tunjuk hanyalah ada dalam smartphone mama4hz...jenuh bertanyakan orang setempat.....
Ada insiden yang berlaku keatas diri maktok waktu kami ke rumah saudara untuk makan malam berhampiran tempat kami bermalam..Tok Bali...
Esoknya ada insiden lagi....kali ini memang memberi impak yang agak besar ke atas kenderaan yang kami naiki,kereta MPV maktok pula tu.....mujurlah masih mampu bergerak....memang menguji ketabahan hati... sesampainya di Kuala Terengganu, ada saudara pak uda tolong  selesaikan masalah buka pintu pemandu yang ter'jam' akibat insiden yang berlaku di Besut.Kemudian kami dibelanja makanan laut celup tepung pula oleh saudara pak uda...alhamdulillah....seusai maghrib barulah dapat daftar masuk ke Ri-Yaz Heritage....
Esoknya lagi, mama melawat pelajar dalam keadaan hujan sepanjang hari.Pelajar yang dilawati sangatlah baik, menemani maam4hz beli nasi dagang,( sepatutnya minta teman beli keropok losong pun okay..tapi tak sempat...huhuhu)....alhamdulillah....seterusnya bergerak ke Kota Bharu menerusi laluan pantai...sekali lagi seusai selepas isyak barulah daftar masuk...pada tgh malamnya wanie mengamuk tak tahu apa silapnya....kesian sangat melihat keadaan dia....
Esoknya lagi selepas selesai kerja di Kota Bahru terus ke Gua Musang, singgah di Wakaf Che Yeh seketika..beli batik crepe yang murah2 aja.....oooopppsssss....di sana perjalanan dalam keadaan panas memancar dan berjalan lancar.....

Esoknya pula, ada peristiwa lagi yang menyebabkan kami terpaksa tangguh ke Jeli selepas selesai kerja di Gua Musang......kemudian tersangkut dalam kesesakan jalan raya memandangkan laluan yang kami terjah adalah lalauan KL-Kota Bharu.; anak rantau Kelantan dah mula pulang bercuti hari raya aidiladha..rasakan.....alhamdulillah seusai waktu maghrib sampai di rumah saudara(biras la kiranya, di mana mo' ada di situ..) mama4hz di Tanah Merah....beberapa minit kemudian abah4hz serta zimah dan mizah sampai dari jitra....esoknya lagi...yakni sehari sebelum hari raya aidiladha....alhamdulillah dapat menghabiskan kerja untuk ke Jeli dengan lancar, dan maktok selamat pulang ke Bukit Mertajam dengan abg Islah dan Anis Umairah.Erm....sebenarnya mama4hz segan nak perincikan peristiwa2 insiden2 yang dinyatakan.....memang mama4hz akui semuanya berpunca atas kelemahan dan keegoan mama4hz sendiri dan faktor mudah panik juga ada impaknya....dan faktor usia maktok yang sepatutnya lebih banyak berehat dari banyak memandu..... walaupun nampak rumit..namun ada kemanisan dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya....

ada beberapa gambar yang masih dalam smartphone dan kamera...tunggu......

Saturday, 20 October 2012

konvo 20.07.2012 selepas 3 bulan berlalu.............

Sebenarnya mama4hz ingin berkongsi gambar2 kenangan bersama 4hz semasa di Manchester,
 Julai lepas....tapi 'mood ke laut' entah ke mana menghilang....jadi buat sementara waktu dikongsikan link yang telah lama diabadikan di blogs satu lagi.....

suatu kenangan yang cukup indah dan tidak mungkin dapat dilupakan....

bukan niat untuk menunjuk-nunjuk...namun seikhlasnya sekadar untuk menyuntik semangat buat rakan2 seperjuangan di luar sana mahupun mana2 bloggers yang masih berjuang.....amin...

Monday, 15 October 2012

Selepas sebulan....

Alhamdulillah..sebulan yang lepas,15.09.2012....

kami sekeluarga telah selamat mengadakan kenduri rumah baru(walaupun dah tak baru...) serta kesyukuran sempena tamatnya pengajian mama4hz dan abah4hz di perantauan selama 4thn dan juga jamuan aidilfitri .....walaupun nampak seakan kurang sempurna bagi mama4hz...namun mama4hz tetap berpuas hati seadanya..dengan jumlah hadirin yang hadir walaupun hari tersebut banyak juga kenduri kendara dan cuaca yang tidak menentu....yang paling mengejutkan kambing golek habis dalam masa sejam sahaja, masyaallah...subhanaallah....rupanya ramai peminat kambing golek di kalangan hadirin pada hari tu......

walaubagaimanapun, mohon jutaan kemaafan buat yang tidak sempat makan kambing golek tapi makanan lain mencukupi...alhamdulillah..... juga mohon jutaan terima kasih juga buat saudara mara abah4hz yang datang dari jauh...sejauh dari felda tementi,triang, pahang untuk memeriahkan lagi suasana jamua yang sederhana ini....gambar2 bolehlah dilihat di sini..belum sempat nak di're-upload' semula.....