Saturday, 26 October 2013

Menemani abah 'outstation' di 'Pearl of Orient'

Sebelum Aidiladha baru2 ini, kami semua berpeluang menemani abah4hz menjalankan tugas rasmi di 'school hometown' mama4hz.... Zimah dan Mizah dapat 'join' Hanie dan Wanie lewat sedikit, memandangkan mereka ada peperiksaan akhir tahun...Memandangkan mama4hz anak Penang dan pernah bersekolah menengah dan mengikuti pengajian matrik di Pulau Mutiara, maka mama4hz bertindak sebagai jurupandu untuk abah4hz...alhamdulillah  tugas abah4hz berjalan lancar,
walaubagaimanapun untuk 4hz mandi di kolam di hotel tempat menginap tidak kesampaian kerana kolamnya terlalu dalam bagi 4hz(kolam dewasa sedalam 1.3 meter),4hz hanya mampu bergambar di tepian kolam yang terletak di tingkat 9 di Jalan Sultan Ahmad Shah itu....Insyallah awal bulan Nov nanti 4hz akan ikut abah4hz dan mama4hz lagi untuk tugas rasmi mereka yang lain 'Pulau Mutiara' lagi serta 'Pulau Mahsuri',mudah2an ada kolam sesuai untuk 4hz mandi manda dan bersukaria..................












jom balik Jitra.....menunggu abah4hz untuk 'checkout'

Saturday, 19 October 2013

Kisah aidiladha kami...15 &16 Okt 2013

Kisah di pagi Aidiladha di Bukit Mertajam ..........................


















------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis pertunangan sepupu 4hz di petang Aidiladha kedua...Abelong di Tanah Merah...
layan gambar2 dulu...kisah sebenar kami nanti mama4hz cerita kemudian


























Thursday, 3 October 2013

Double wedding

Sengaja tidak di masukkan dalam entri Selamat Pengantin Baru memandangkan majlis ini agak unik sebab ada 2 pasangan pengantin iaitu sepupu 4hz sendiri yang dinikahkan serentak di masjid yang sama,
Masjid An Naim Jalan Kebun,Klang pada  hari dan tarikh yang sama.....hari Sabtu,14/09/2013 bersamaan 8 Zulkaedah 1434

Layan gambar2 ini...
 Bapa pengantin Pak Njang yang nikahkan sendiri menantu2nya...
di atas abg afiq, suami kak hanisah dan di bawah abg azhari suami kak husnun....

Pasangan pengantin, kak husnun dan abg azhari ini akan berangkat pulang ke Alexandria Ahad,6/10/2013 nanti...moga berjaya membawa ijazah perubatan insyaallah....
website perkahwinan mereka






Sunday, 15 September 2013

Rindu nak 'blogging'....

Apakan daya..
masa dan fasiliti(internet-baru2 ini memang bermasalah di rumah,  dah okay dan laptop-pula yang bermasalah, masuk 'klinik PC' ) amat mengekang untuk mama4hz buat masa sekarang(update ini dilakukan waktu rehat di ofis...di rumah memang kurang masa dan peluang...),

Walaubagaimanapun kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..kini Zimah pula yang rajin berblogging di blog beliau....beliau menggunakan nama mama4hz sebab  terpaksa guna email mama4hz...begitu juga akaun FB mama4hz, kini dikongsi bersmaa dengan beliau....pernah mama4hz beri peluang untuknya dengan memiliki  akaun FB personal untuknya sendiri namun telah dicerobohi dan tidak boleh digunakan lagi.
Untuk keselamatan Zimah, beliau berkongsi akaun FB dengan mama4hz.Moga2 beliau tidak terjebak ke arah2 perkara2 yang tidak sepatutnya.

Boleh juga melawat personal akademia site mama4hz

Saturday, 31 August 2013

Selamat hari kemerdekaan......

Moga Malaysia terus aman,makmur dan sejahtera sentiasa.......

*Gambar 1 Syawal 1434 versi studio.....
baru diperolehi dari kedai gambar Tanah Merah 26 Ogos lalu.....*versi gambar cetak latarbelakang memang sangat cantik,malas nak imbas/tangkap semula gambar sebenar..nanti silau..*

Thursday, 29 August 2013

Congrats Zimah!!!!!!!!!!!

Tanpa disangka...zimah berjaya memiliki blog beliau sendiri....lawati di link ini  serta http://qaisarasweet.blogspot.com/

Moga impian beliau untuk menjadi penulis akan tercapai insyaallah....

Thursday, 15 August 2013

Pengantin2 baru yang dirai.....2012-2013....Moga Bahagia selamanya...versi kemaskini

Anak tok saudara sepupu mama4hz(pengantin perempuan)...Dis 2012

Sepupu sebaya dan satu sekolah menengah dulu dengan mama4hz: Makwa Bahiyah
(pengantin perempuan) Feb 2013
Sepupu mama4hz juga(pengantin perempuan)....adik (Mak Ngah Noriah) kepada pengantin yang juga sepupu sebaya mama4hz (gambar di atas satu lagi)...Mac 2013
Anak saudara@Dua sepupu abah4hz...Auntie Rose(pengantin perempuan) di Felda Tementi...
Malam akad nikah 11.05.2013....'mom to be by 2014'
Menyambut menantu....Dua sepupu abah4hz di kenduri sebelah suami beliau di Kuala Terengganu 01.06.2013
Anak jiran(pengantin perempuan) di kawasan kejiranan Alyssa; anak Dato Zaki....Jun 2013



Terkini..Pengantin Aidilfitri 1434....
3 Syawal 1434 @10 Ogos 2013: Mama4hz bersama pengantin yang dirai,,,sepupu mama4hz, Ahmad Syahid dan pasangannya, Sarah Zawawi yang telah selamat menikah 8hb Jun 2013 lepas....sebelah kanan pengantin lelaki adalah adik lelaki beliau, Ahmad Shahar..sedondon pula dengan mama4hz...
4 Syawal 1434@11 Ogos 2013:Mama4hz dengan 4hz's merakamkan memori bersama adik lelaki kawan sepejabat mama4hz, Auntie Fiza,  Hazril dengan pasangannya orang Kg Pertama,Pmtg Pauh....
8 Syawal 1434@15 Ogos 2013: Mama4hz bersama 'pasangan elit'.....uncle Anas Datuk Paduka Abd Rahman dan isteri beliau, auntie Dr Noradina Datuk Ir Dr Nordin, uncle Anas ni se'post' dengan mama sebagai Mentor projek khas KPM, Duta Universiti walaupun beliau pensyarah UNIMAP. Turut bergambar, boss mama, Prof Madya Dr Hartini dan pegawai di pejabat semasa mama, auntie Pah dan auntie Mizan... waktu merakamkan kenangan ini ...
Wanie sedang tidur dan Zimah serta abah4hz masih menikmati hidangan.....