Friday, 27 March 2015

Selamat Berjuang Abang Zaim

Abang sepupu 5hz sudah pun berlepas ke Tokyo,Jepun 21 Mac lepas untuk melanjutkan pengajian sarjana muda nya dalam kejuruteraan mekanikal di Kumamoto University, Kyushu.
Moga selamat di rantau orang dan pulang dengan kejayaan tahun 2017 insyaallah...










Tuesday, 24 February 2015

Jln2 ke negara Gajah Putih...

15-18 Jan  2015

Kami sekeluarga mengikuti lawatan kelab kebajikan dan rekreasi tempat mama5hz  ke Hadyai,Krabi dan Phuket....

Suatu pengalaman yang menarik....tidur dalam bas, mandi di masjid, menaiki bot panjang mengelilingi pulau2 di Krabi......Subahanallah sungguh indah dan mengagumkan ciptaanNya....








Thursday, 22 January 2015

back-dated Entry : Happy 4th birthday My wanie

Ya....walaupun entri ini bertarikh 22 Jan 2015 di mana hari lahir Nurhazwani, namun sebetulnya mama5hz berpeluang 'update' pada 24 Feb 2015...

Ya, masa terlalu mencemburui mama5hz sehinggakan aktiviti berblogging terhenti hampir 2 bulan lamanya......
Minggu ini sudah bermula kuliah pelajar tempat mama5hz bekerja.....

Niat untuk selalu berblogging terhenti lagi buat seketika....

Layan gambar-gambar Nurhazwani ketika menyambut hari lahirnya ...beliau kelihatan sangat ceria......
Moga kak chik sentiasa ceria dan kekal solehah....

Alhamdulillah, dia mahu ke tadika walaupun adakalanya dia akan 'berdrama swasta' sebelum ke tadika.....Akhirnya mama5hz memilih Little Caliph Centre di Jitra sebagai tadika Wanie walaupun pada awalnya maktok agak menentang kerana lokasinya yang di luar kawasan perumahan kami.....Namun akhirnya maktok akur atas faktor kualiti tadika hendaknya...

maktok tidak kelihatan kerana kurang sihat dan afnie sedang tidur......


Kek untuk kawan di tadika...

Saturday, 20 December 2014

Cuti yang masih bersisa ....

Tinggal tidak kurang 2 minggu cuti sekolah akan berakhir....

Persiapan untuk ke sekolah hampir 75% selesai, tinggal buku2 latihan sekolah yang akan dibeli di koperasi sekolah minggu hadapan

Perancangan yang telah mama5hz nyatakan dalam entry sebelum ini telah berjaya dilepasi..

Antara potret terhad yang ada(masih bersisa didalam smartphone & DLSR...target transfer sebelum mama5hz memulakan semester baru Feb ini 2015 insyaallah...)

Cuti2 mengikuti mama5hz berseminar di Johor /Melaka di awal cuti persekolahan lepas 23-27 Nov 2014


Cucu2 Arwah Sulaiman dan Hajah Kamariah
Famili Sulaiman berjaya berkumpul di homestay Feldajaya Utara Sungkai pada 12 &13 Dis 2014 lepas.....hanya ada 3 orang anak saudara mama5hz @ sepupu 5hz tidak dapat hadir(ada aktiviti kampus/kerja).....
Meraikan kejayaan abg Zaim(baju ungu) yang akan fly ke Jepun Mac 2015 kelak, insyaallah................
Meraikan kepulangan kak Husnun daripada Mesir 11 Dis dengan gelaran Dr Husnun bersama suami dan bayi comel mereka...Iskandar Zaki Anwar Azhari yang baru mencecah 3 bulan

anak mama5hz yang semakin berani dlm PCS AMPAC 14-18 Dis 2014- gambar sebelah kiri...cik hanie yang semakin yakin dan kental........

Wednesday, 17 December 2014

Arjuna 'Afni Mama....happy 1st birthday sayang....

Happy 1st birthday my cute girl
Nurhazmi 'Afni Muhammad was born 17.12.2013 last year......
Today is 17.12.2014...ALHAMDULILLAH

bersama mak long
pertama kali bersama mak ndak







Khas untuk my 'Afni.....

Friday, 21 November 2014

Cuti Sekolah kembali lagi - Apa perancangan anda?

Cuti Sekolah HUJUNG TAHUN 2014: 21hb November 2014 hingga 2 hb Jan 2015

Alhamdulillah, walaupun dihimpit kesibukan yang tiada kesudahan, mama5hz cuba merangka aktiviti dan percutian seadanya untuk 5hz...Insyaallah......semoga semuanya dipermudahkan.Antaranya.....

 - Johor Bahru dan Melaka
-  program Cuti Sekolah
-  reunion keluarga Sulaiman
-  'grooming' untuk pemantapan keyakinan keluarga

Wednesday, 19 November 2014

Alhamdulillah....

Tahun ini sudah mencecah 35 tahun....Syukur atas kurniaanNya......Terima kasih mak yang melahirkan mama5hz........Terima kasih ke hadratNya atas segala nikmat yang kau berikan. ..............





SESUNGGUHNYA MAMA5HZ SANGAT MENYAYANGI SEMUA YANG TERSAYANG DAN YANG MENYAYANGI DIRI MAMA5HZ YANG  SERBA KEKURANGAN INI...................


Monday, 17 November 2014

Anak2 saudara sepupu 5hz

 Iskandar Zaki...uminya kak Husnun....lahir di Iskadariah,Mesir....1 Sept 2014 insyaallah mereka akan balik awal Dis nanti.....
Muhammad Abdullah...uminya Kak Hanisah...gambar di atas bersama neneknya...mak njang...
lahir seminggu awal, 22 Okt 2014 di Hosp Serdang sebelum perginya toknek...


Dua -dua hero di atas boleh 'geng' dengan makcik afni dan makcik wanie le gamaknya nanti...........

nota kaki- macam banyak je nak dikongsikan cerita....insyaallah akan datang....