Malangnya......masa yang tidak pernah cukup ini terpaksa
di'sedekah'kan di wad hosp berhampiran dek kerana mizah yang lincah dimasukkan wad.....
mujur 'pakej 3 hari 2 mlm' sahaja...kalau 'pakej 4 hari 3 malam' atau...'5 hari 4 malam...' haru biru.....
2 malam baby wanie tak menyusu badan....sedih sangat....
Alkisahnya, Mizah mula kepanasan hari Selasa malam Rabu, selepas balik KAFA(ada jamuan raya)...selalunya kalau dia demam, memang bagi ubat yang sedia ada dalam stok peti ais..paracetamol syrup....tapi biasalah ....dia kemuntahan seharian sehinggakan lembik satu badan...malam Khamisnya....abah4hz dah mula ajak ke wad kecemasan..sebab dia asyik muntah2 tapi langsung tak makan apa...sebenarnya petang Rabu tu dah dibawa ke Klinik...jadinya, mama4hz dah mula beri ubat yang doktor bekalkan..masa di klinik ,doktor dah bagi ubat melalui punggung sebab suhu badan demam dia agak tinggi....mama4hz berat hati, memang berat hati..rasa tak sedap hati semua...jadi mama4hz cadangkan pada abah4hz esokla...tengok macamana perkembangan dia malam tersebut..sebenarnya'fobia' nak ke hospital..sebab tahu akan boring yang amat menunggu untuk didiscaj....
Pagi Khamisnya, keadaan Mizah makin teruk....diberi ubat pun, dia muntah lagi..kecuali beri antibiotik dia okay, so abah4hz ajak juga ke wad kecemasan hospital.....rasa macam 'serah diri' jer...memang kena tahan sebab dia dah lembik... kena masuk air, kena 'menginap' di wad...
Memang pada mulanya nak ke pusat perubatan swasta di alor setar, tapi atas sebab-sebab tertentu, kami cuba hospital berhampiran dulu....mungkin sudah ada peningkatan walaupun dulu Mizah pernah duk di situ 5 tahun lepas...(masa tu memang layanan teruk juga.....
tapi apabila dengar2 cerita dari rakan2 yang pernah mendapat rawatan disitu katanya dah ada peningkatan) jadi kita pun cuba juga la....walaupun hati ini memang sangat2 cuak, apabila mendapat tahu kena duduk wad....
Ini wajah di hari pertama mizah di wad, kesian sangat tengok budak aktif ter'sadai' atas katil......masa ni misi tak terangkan peraturan lagi(sebenarnya tak boleh ambil gambar di wad, waima guna kamera telefon bimbit...hehehehe)
Petangnya..misi(stafness)syif petang mula menerangkan peraturan2 yang perlu dipatuhi...waaaa!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam nak balik masa tu juga....
sabar je la.....yang mama4hz tak boleh terima, tidak dibenarkan caj telefon bimbit waima tidak dibenarkan pakai pun sebenarnya,ikut2kan kena guna telefon awam....sabar bebenar apabila baca peraturan tu, tapi stafness tu kata, bolehla nak pakai telefon bimbit untuk hubungi keluarga, cuma dia memang tak benarkan caj telefon....apatah lagi bawak laptop dan gajet2 lain atas alasan takut hilang.....hmmmmmm....
stafness tu ada maklumkan, kalau tak puas hati beritahu kami-sebab menurut beliau, memang orang selalu kompeln , hmmm memang cuak lagi mendengar...dia tambah lagi jangan la komplen dalam suratkhabar,maka mama4hz coretkan dalam nota komen/cadangan yang disediakan....wallahualam.. akan ada tindakan susulan ke tidak entahla....
Esoknya mengharapkan boleh discaj, sebab dia memang dah tak muntah sejak masuk wad, cuma masuk air dan antibiotik, tapi sebab malam Jumaatnya dia masih demam, maka...kena duduk lagi...abah4hz pula terpaksa bawak si wanie pagi2 untuk disusukan serta bawa makanan kegemaran mizah....sejujurnya mama4hz rasa sayu sangat sebab terpaksa berpisah dengan wanie(sejak lahirkan dia...itulah saat2 yang sangat menguji kasih sayang mama4hz untuk wanie...)...masa tu baru la nak menyesal tak bawak ke swasta..sebab sana peraturan sangat fleksibel..dulu2 la...nanti kena semak dengan rakan2 lain, hehe...maksud mama4hz ...boleh bawa sekeluarga bermalam di wad kalau bilik 1 katil la....sini tak boleh...penjaga mesti perempuan..kalau tidak pastinya abah4hz bolehla jaga mizah waktu malam....
Sabtunya, mama4hz mengharap lagi untuk discaj,siap solat hajat, berdoa bagai nak rak..sebab jemu tak tau nak cerita dah.....cadangnya nak mengemas rumah secara 'holistik' hujung minggu terus tertunda lagi...)
doktor 'on-call' datang tengok hari ini agak lewat..masa tu mizah dah siap comel , siap mandi semua..muka pun dah ceria....selepas tengok laporan mizah...dia bagi discaj bersyarat.....kalau mizah dah tak demam sampai tengahari...maka misi syif petang kena pastikan mizah dah tak demam, baru boleh discaj.....harapan bersyarat pulak dah..mizah dengar macam tu seronok la dia...main dengan kakak dan adik dia yang datang melawat(ingatkan dah boleh balik masa tu, daripada apa yang aku faham dengan maklumat misi syif pagi......rupanya mizah kena tunggu lagi daaaa) waktu tengahari...memang dia dah tak demam...cuma doktor risau sebab tempoh dia baik masih belum cukup 24 jam! prosedur le tu..walhal dia sentuh mizah pun dak.....dia buat keputusan berdasarkan laporan sahaja....mizah ni suhu badan dia memang dipengaruhi dengan persekitaran luar..masa misi tengok suhu badan dia waktu tengahari memang dah okay...bawah 37C..tup2 rupa2nya misi kena tengok lagi waktu petang, suhu dia naik sikit...sikit je pun,tak sampai 38C....terus muka mizah berubah dan nangis sebab misi kata kat dia 'adik tak boleh balik sebab adik demam lagi'...
erm.....aku pun bengang juga..sebab semua barang2 dah duk dalam kereta...kami ingatkan nak tunggu bil hasil je....maksud mama4hz, sangkaan misi tengok yang waktu tengahari itu untuk waktu petang rupanya silap...memang kami merayu2 nak balik, aku beritahu aku ada bayi yang masih menyusu..tak kesian ka kat bayi saya....dia tercari2 mama waktu nak tidur, -menurut maktok dia yang cerita kat mama4hz..sayu sangat dengar-...dan sejujurnya aku 'show off' muka yang memang tak puas hati....mujurlah misi lembut hati, lepaskan dan alhamdulillah...
sehingga ke saat ini, mizah dah sihat dan tak demam, cuma ubat yang diberi memang perlu dihabiskan.......yang pastinya mama4hz tidak mahu lagi ke hospital itu..walaupun dekat dengan rumah tapi menyakitkan hati, ada misi yang garang dan cerewet,makanan kurang best terutamanya sarapan pagi......
hari ni,2/9/2012 ...budak lain pula demam...hanie pagi tadi demam sikit, tapi tengahri dah okay...kemudian wanie...sekarang dalam rawatan....tapi suhu badan dia dah turun...sebenarnya musim demam dan virus tengah merebak sebab musim panas yang agak melampau di daerah kami ini.....walaupun mizah dah okay....kami rasa dia masih perlukan rehat lagi esok....
walaupun hari ni kami berkesempatan ke rumah rakan mama4hz dan abah4z... di Changlun, ada 'reunion MCCH'.......seronok seketika wanie,mizah,haniedan zimah(masa 2 famili dibawah ke teratak kami... ...)


No comments:
Post a Comment