Selepas 2 tahun tidak menjamah, akhirnya rezeki kami sekeluarga ......Alhamdulillah.
Sempena hari ulangtahun abah4hz Isnin lepas, mama4hz dengan berbesar hati mengajak dan berbelanja kami semua menikmati mee udang yang tidak ada tandingannya kesedapannya di Teluk Kumbar ini Jumaat lepas. Walaupun harga sepinggan mee sudah meningkat( dulu RM16 sekarang RM18 sepinggan), tidak mengapa, udang2 nya besar dan sangat berpuas hati dengan kesedapan dan harganya.
Gambar di atas, di lokasi yang sama 2 tahun yang lalu, Wanie masih baby dan pada waktu itu, kami baru sahaja pulang ke tanahair.....


No comments:
Post a Comment