Thursday, 1 August 2013

sekejap sahaja masa berlalu...



Masa sangat mencemburui di bulan Ramadhan ini.Terasa masa begitu pantas berlalu.Sedar tak sedar , tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Belum tahu lagi akan ketemu semula Ramadhan tahun akan datang.

Mama4hz sebenarnya mahu 'update' beberapa entri yang tertangguh dek kemalasan yang agak kritikal serta mood yang tidak datang untuk mengemaskinikan entri tertunggak.
Insyaallah, apabila mood rajin sampai, beberapa coretan kenangan akan dinukilkan sebelum Aidilfitri menjelang atau mungkin juga selepas Aidilfitri.Tahap kerajinan ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan keletihan berpuasa, mungkin ketidaktentuan mood dan ketidakseimbangan hormon meminimumkan kerajinan mama4hz di bulan Ramadhan ini.Wallahualam



No comments: