Wednesday, 23 July 2014

1001 kisah mahu dikongsi NAMUN.................

Sudah 21 hari selepas entri terakhir dicatat namun mama5hz masih belum dapat menukilkan sebarang entri terkini . Di keheningan malam ni, ingin di nukilkan sedikit 'sneak preview' entri-entri yang akan di kemaskinikan sebelum Aidilfitri menjelang......wallahualam...

Sebelum itu ucapan takziah buat keluarga penumpang MH17 yang telah terkorban pada 17hb Julai lepas...tragedi berlaku sehari sebelum zimah menyambut hari lahirnya yang ke10,18 Julai 2014.

Sesungguhnya tragedi ini sekali lagi menyentap hati mama5hz dimana tidak sampai 6 bulan tragedi Mh370 berlalu, dugaan kedua buat MAS dan Malaysia khusunya. Moga kita sebagai rakyat malaysia semakin kuat mengharungi ujian Allah ini.Sejujurnya kefobiaan menaiki kapal terbang kembali menjengah diri mama5hz.....

Perkembangan terkini MH17 di Astro Awani

No comments: