Monday, 15 August 2011

Allah maha adil...........................

Tak mahu tulis panjang2 kerana masa untuk diriku kini begitu berharga.....

alhamdulillah....temujanji untuk Hanie hari ini ada berita positif...bengkak 'cystic hygroma'nya telah surut dan doktor putuskan tidak perlu lagi buat rawatan susulan...dia hanya akan dipantau semula selepas 3 bulan dari sekarang....Hanie nampak gembira sahaja walaupun kali ini dia malu2 dengan doktor...Kemudian temujanji dengan pakar kulit..., keadaan ekzemanya juga sudah beransur pulih, maka pakar kulit preskripkan sambung sahaja ubat yang telah digunakan Hanie sebelum ini..dan ulangan preskripsi bulan berikutnya.....syukur sangat ya allah ...dengan perkembangan anakku kali ni..walaupun urusan kerja mama4hz banyak kemelut@serabut@kalut@mcm2 ada dalam pemikiran mama4hz sekarang ini................... Allah mudahkan pula urusan anak2...syukur ya allah....

semalam permohonan mykid Nurhazwani juga sudah selesai .....namun urusan hamizah ke sek keb ada lagi proses dokumentasinya...cuba selesaikan sebelum raya insyaallah......

Monday, 1 August 2011

@Siaran ulangan@ ahlan wa sahlan ya Ramadhan............1432

Indahnya Ramadhan

Sesungguhnya, detik Ramadan apabila dijalani dengan penuh takwa, sabar di samping kerendahan hati mampu menyingkap hijab ketinggian hati dan kesombongan sehingga seorang Muslim akan mampu menerima segala tuntunan dan tuntutan agama ini dengan hati yang lapang.

Setiap amal kebaikan seorang Muslim selain puasa akan dibalas dengan ganjaran kebaikan yang tertentu dan setimpal. Adapun amalan puasa, tidak diketahui ganjarannya kecuali Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah telah berfirman: Sesungguhnya setiap amalan anak Adam itu adalah baginya melainkan puasa kerana puasa hanya untukKu, dan Akulah yang akan memberikan pahalanya. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)

Seandainya peluang Ramadan dan pintu angan-angan dibukakan kesekian kalinya bagi ahli kubur, nescaya mereka meronta-ronta untuk hidup kembali meskipun hanya untuk sehari di bulan Ramadan.

Mereka mengimpikan rahmat Allah SWT, ingin kembali memperbaiki dan menampung ruang-ruang yang amalan yang cacat, menghidupkan siangnya dengan membaca al-Quran, menambah iman, menghidupkan malamnya dengan ibadah solat-solat sunat, berdoa, menangis, merintih memohon keampunan dan kebebasan dari neraka.

Wahai (hatiku) dan hati-hati yang sering lalai dan alpa, sesungguhnya peluang taubat bagimu terbentang luas. Di Ramadan ini Allah SWT sentiasa memanggil dan menghamparkan keampunan buat sekalian hambanya atas setiap dosa siang dan malamnya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Musa r.a Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menghamparkan keampunan (menerima taubat) pada waktu malam bagi pelaku kejahatan di siang hari, menghamparkan keampunan (menerima taubat) pada waktu siang bagi pelaku kejahatan di malam hari sehingga terbit matahari dari sebelah barat. (riwayat al-Imam Muslim)

Pendek kata sebagai kesimpulan renungan, apakah Ramadan yang bakal dijalani selama tempoh sebulan melalui tarbiyah intensif ini bakal menjanjikan satu transformasi positif dalam menghayati erti kata Ramadan yang sebenar atau sebaliknya?

Rebutlah peluang beribadah dan bertaubat menyesali setiap kesilapan selama Ramadan dan lentera keampunan Allah SWT terbuka luas, selama jantung berdegup.



Ku pohon kemaafan sekiranya terdapat salah bahasa, tingkah laku yang pernah membuat ada yang sakit hati atau merasa tersisih atau apa pun rasa yang kurang baik.


Selamat Berpuasa ...



Wassallam

Friday, 29 July 2011

Purple,Pink and Blue.....

Most mama's favourite colour at this moment and this year's eid's theme of our attire will be insyaallah blue...and also(unintented...) 'purple pinkish'(ungu ke'pink'an.......)...wallahualam.....


mama in blue attire during visited baby raihan-son of Dr Siti Zaleha few weeks ago....

nota mama- erm.....puasa pun belum....persiapan baju raya dah selesai....sediakan 'payung' sebelum hujan....sebab mama4hz insyaallah agak sibuk di bulan ramahdan ini wallahualam.....

Tuesday, 26 July 2011

Wanie and her 'double' cousins




On the 'aqiqah day' wanie too...baby wanie met her 'double cousins.....baby girl and baby boy of mama's cousins...who married last 2009 and 2010.......their parents's wedding had been informed by mama in previous entry (uncle adee and uncle hashim)

Monday, 18 July 2011

Sebenarnya............

16.07.2011...
adik beradik maktok mengadakan kenduri arwah moyang kami,Tn Hj Mohd Idris ....maka...
maktok berhajat menunaikan niatnya mengadakan kenduri kesyukuran untuk mama4hz serta kenduri aqiqah buat baby wanie...SERTA majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran kami semua-zimah,mizah,hanie,[imanina,abg amar,fakhrul(sepupu kami) dan beberapa saudara terdekat termasuk mak uda......
tok wan ngah telah meminta nyang wi(tok wan saudara mama4hz;adik tok nek kami..) men'tahnik'kan baby wanie bersama dengan dua pupunya,syasya alia, anak kepada sepupu mama4hz ....mak long syaihah yang sebaya dengan mama4hz....mama4hz sangatla teruja dapat berjumpa dengan kaum kerabatnya..kami pun..dapat bermain dengan sepupu kami juga.....


baby syasya alia..3 bulan
baby wanie dah hampir 6 bulan...

Selamat hari lahir..............

Buat anak mama dan abah...Nurhazimah Hanan binti Muhammad yang ke7 18.07.2011...moga jadi anak yang solehah dan sentiasa dirahamati Ilahi....amin....



tungu entri akan datang untuk cerita selanjutnya....

Thursday, 14 July 2011

Pantang....

short entry.....

our mama have one 'pantang' if she go for shopping....she 'pantang' see the beautiful clothes/dresses for us.....definitely she will buy for each us if possible....one of her weaknesses too....so no wonder we have so many collections of clothes and sometimes mama don't know how to keep organizes smartly.......mama mama...we love you so much................................................her mission after 25th july.....'baju kurung raya' for us and one suit 'raya dress' for each of us........amin...............
moral from this entry- please don't follow our mama's style.....it dangerous!!!!!