Thursday, 20 September 2012

kosong kosong kosong

Mama4hz suka sangat lagu ini..nampak simple dan macam kosong..... persis tajuk lagunya...tapi lagu ini sangat bermakna dalam hidup mama4hz... entahla.... semakin mengejar kehidupan di dunia ini(cuba bekerja sebaik mungkin,cuba capai KPI dan sebagainya), semakin kosong atau semakin tiada apa yang dapat..sebenarnya itu yang mama4hz fahami menerusi bait2 lagu ini, Dalam hidup ini, tidak semua orang yang menyenangi kesenangan yang kita kecapi...kena selalu berhati2, 'musuh'???????? ada di mana2, di depan mata mahupun yang tak disedari di mata....perlu berhati-hati dan tidak boleh terlalu skema atau terlalu 'ngulor' (orang melaka kata...)......dan memang lagu ini menjadi 'halwa telinga' kalau diri sedang tertekan, sedih ataupun tengah disakiti oleh sesiapa saja....erm.... mama4hz memang agak sensitif..terutamanya apabila orang tidak menghargai apa yang kita lakukan ke, tidak sefahaman dengan pendapat mama4hz ke dan macam2 lagi lah....sebab tu selalu mama4hz katakan pada abah4hz, bahawa susah menjadi mama4hz..kerana hidup mama4hz memang 'kompleks' hinggakan kadang2 terasa seakan kosong..ibarat tin kosng yang ringan tapi kalau di masukkan duit syiling dan digoncang,pasti berbunyi dengan kuat.....difikir2kan mama4hz ada lagi 23 tahun lagi untuk bekerja sebleum bersara..masa yang masa yang masih panjang.....perlu membuat strategi perancangan yang 'pintar' supaya hidup ini tidak akan 'kosong' selamanya....bak kata najwa latif... 'kini aku bangkit,membuktikan yang ku tak sakit............................'

Monday, 17 September 2012

Byknya terhutang.....

Entri.... Niat nak update pasal: birthday bash anak2 jun lps; Majlis konvo di salford; Ramadhan tahun ini; Perkembangan wanie/hanie; Apa yang terjadi dengan zimah dan mizah @ perkembangan mereka di sekolah; Satu hari di hari raya; YANG TERKINI Jamuan kesyukuran a.ka jamuan hari raya di teratak 'comel'... insyaallah...ada kelapangan mama4hz akan buat nukilan ringkas satu demi satu, tapi padat dari masa ke semasa...... mama4hz cuba mencari kelainan tidak mahu terikut2 dengan cara orang lain, tapi kalau terserupa..mohon maaf ya, sebab tak rajin sangat nak 'blog-walking';masa yang sangat mencemburui mama4hz membataskan semua itu.........wallahualam.... Anyway nak kongsi hobi mam4hz yang satu ni..ya,yang pastinya ramai bloggers yang memiliki hobi yang sama ini, mengumpul 'fridge magnet'.....jom kita bertukar2 pandangan....???4hz terutamanya zimah pun dah faham hobi mama dia yang satu ni....erm...
Misi masih belum ter'sempurna' lagi...sebabnya dah banyak kena 'tapis'........

Sunday, 2 September 2012

Plan nak cerita raya....hujung minggu ini...

Malangnya......masa yang tidak pernah cukup ini terpaksa
di'sedekah'kan di wad hosp berhampiran dek kerana mizah yang lincah dimasukkan wad.....
mujur 'pakej 3 hari 2 mlm' sahaja...kalau 'pakej 4 hari 3 malam' atau...'5 hari 4 malam...' haru biru.....
2 malam baby wanie tak menyusu badan....sedih sangat....

Alkisahnya, Mizah mula kepanasan hari Selasa malam Rabu, selepas balik KAFA(ada jamuan raya)...selalunya kalau dia demam, memang bagi ubat yang sedia ada dalam stok peti ais..paracetamol syrup....tapi biasalah ....dia kemuntahan seharian sehinggakan lembik satu badan...malam Khamisnya....abah4hz dah mula ajak ke wad kecemasan..sebab dia asyik muntah2 tapi langsung tak makan apa...sebenarnya petang Rabu tu dah dibawa ke Klinik...jadinya, mama4hz dah mula beri ubat yang doktor bekalkan..masa di klinik ,doktor dah bagi ubat melalui punggung sebab suhu badan demam dia agak tinggi....mama4hz berat hati, memang berat hati..rasa tak sedap hati semua...jadi mama4hz cadangkan pada abah4hz esokla...tengok macamana perkembangan dia malam tersebut..sebenarnya'fobia' nak ke hospital..sebab tahu akan boring yang amat menunggu untuk didiscaj....

Pagi Khamisnya, keadaan Mizah makin teruk....diberi ubat pun, dia muntah lagi..kecuali beri antibiotik dia okay, so abah4hz ajak juga ke wad kecemasan hospital.....rasa macam 'serah diri' jer...memang kena tahan  sebab dia dah lembik... kena masuk air, kena 'menginap' di wad...

Memang pada mulanya nak ke pusat perubatan swasta di alor setar, tapi atas sebab-sebab tertentu, kami cuba hospital berhampiran dulu....mungkin sudah ada peningkatan walaupun dulu Mizah pernah duk di situ 5 tahun lepas...(masa tu memang layanan teruk juga.....

tapi apabila dengar2 cerita dari rakan2 yang pernah mendapat rawatan disitu katanya dah ada peningkatan) jadi kita pun cuba juga la....walaupun hati ini memang sangat2 cuak, apabila mendapat tahu kena duduk wad....

Ini wajah di hari pertama mizah di wad, kesian sangat tengok budak aktif ter'sadai' atas katil......masa ni misi tak terangkan peraturan lagi(sebenarnya tak boleh ambil gambar di wad, waima guna  kamera telefon bimbit...hehehehe)


Petangnya..misi(stafness)syif petang mula menerangkan peraturan2 yang perlu dipatuhi...waaaa!!!!!!!!!!!!!!! rasa macam nak balik masa tu juga.... sabar je la.....yang mama4hz tak boleh terima, tidak dibenarkan caj telefon bimbit waima tidak dibenarkan pakai pun sebenarnya,ikut2kan kena guna telefon awam....sabar bebenar apabila baca peraturan tu, tapi stafness tu kata, bolehla nak pakai telefon bimbit untuk hubungi keluarga, cuma dia memang tak benarkan caj telefon....apatah lagi bawak laptop dan gajet2 lain atas alasan takut hilang.....hmmmmmm.... stafness tu ada maklumkan, kalau tak puas hati beritahu kami-sebab menurut beliau, memang orang selalu kompeln , hmmm memang cuak lagi mendengar...dia tambah lagi jangan la komplen dalam suratkhabar,maka mama4hz coretkan dalam nota komen/cadangan yang disediakan....wallahualam.. akan ada tindakan susulan ke tidak entahla.... Esoknya mengharapkan boleh discaj, sebab dia memang dah tak muntah sejak masuk wad, cuma masuk air dan antibiotik, tapi sebab malam Jumaatnya dia masih demam, maka...kena duduk lagi...abah4hz pula terpaksa bawak si wanie pagi2 untuk disusukan serta bawa makanan kegemaran mizah....sejujurnya mama4hz rasa sayu sangat sebab terpaksa berpisah dengan wanie(sejak lahirkan dia...itulah saat2 yang sangat menguji kasih sayang mama4hz untuk wanie...)...masa tu baru la nak menyesal tak bawak ke swasta..sebab sana peraturan sangat fleksibel..dulu2 la...nanti kena semak dengan rakan2 lain, hehe...maksud mama4hz ...boleh bawa sekeluarga bermalam di wad kalau bilik 1 katil la....sini tak boleh...penjaga mesti perempuan..kalau tidak pastinya abah4hz bolehla jaga mizah waktu malam.... Sabtunya, mama4hz mengharap lagi untuk discaj,siap solat hajat, berdoa bagai nak rak..sebab jemu tak tau nak cerita dah.....cadangnya nak mengemas rumah secara 'holistik' hujung minggu terus tertunda lagi...) doktor 'on-call' datang tengok hari ini agak lewat..masa tu mizah dah siap comel , siap mandi semua..muka pun dah ceria....selepas tengok laporan mizah...dia bagi discaj bersyarat.....kalau mizah dah tak demam sampai tengahari...maka misi syif petang kena pastikan mizah dah tak demam, baru boleh discaj.....harapan bersyarat pulak dah..mizah dengar macam tu seronok la dia...main dengan kakak dan adik dia yang datang melawat(ingatkan dah boleh balik masa tu, daripada apa yang aku faham dengan maklumat misi syif pagi......rupanya mizah kena tunggu lagi daaaa) waktu tengahari...memang dia dah tak demam...cuma doktor risau sebab tempoh dia baik masih belum cukup 24 jam! prosedur le tu..walhal dia sentuh mizah pun dak.....dia buat keputusan berdasarkan laporan sahaja....mizah ni suhu badan dia memang dipengaruhi dengan persekitaran luar..masa misi tengok suhu badan dia waktu tengahari memang dah okay...bawah 37C..tup2 rupa2nya misi kena tengok lagi waktu petang, suhu dia naik sikit...sikit je pun,tak sampai 38C....terus muka mizah berubah dan nangis sebab misi kata kat dia 'adik tak boleh balik sebab adik demam lagi'... erm.....aku pun bengang juga..sebab semua barang2 dah duk dalam kereta...kami ingatkan nak tunggu bil hasil je....maksud mama4hz, sangkaan misi tengok yang waktu tengahari itu untuk waktu petang rupanya silap...memang kami merayu2 nak balik, aku beritahu aku ada bayi yang masih menyusu..tak kesian ka kat bayi saya....dia tercari2 mama waktu nak tidur, -menurut maktok dia yang cerita kat mama4hz..sayu sangat dengar-...dan sejujurnya aku 'show off' muka yang memang tak puas hati....mujurlah misi lembut hati, lepaskan dan alhamdulillah... sehingga ke saat ini, mizah dah sihat dan tak demam, cuma ubat yang diberi memang perlu dihabiskan.......yang pastinya mama4hz tidak mahu lagi ke hospital itu..walaupun dekat dengan rumah tapi menyakitkan hati, ada misi yang garang dan cerewet,makanan kurang best terutamanya sarapan pagi...... hari ni,2/9/2012 ...budak lain pula demam...hanie pagi tadi demam sikit, tapi tengahri dah okay...kemudian wanie...sekarang dalam rawatan....tapi suhu badan dia dah turun...sebenarnya musim demam dan virus tengah merebak sebab musim panas yang agak melampau di daerah kami ini.....walaupun mizah dah okay....kami rasa dia masih perlukan rehat lagi esok.... walaupun hari ni kami berkesempatan ke rumah rakan mama4hz dan abah4z... di Changlun, ada 'reunion MCCH'.......seronok seketika wanie,mizah,haniedan zimah(masa 2 famili dibawah ke teratak kami... ...) 

Monday, 27 August 2012

Salam kemaafan ......minal aidil walfaizin.....

Cerita raya???tunggu............................

terkini 1 0kt 2012: Raya pertama kali ini di kampung abah4hz...dan pulang beraya di 'kampung' mama4hz pada hari raya kedua selepas di tanah merah lebih kurang 4 hari.....4hz memang seronok memperolehi duit raya....alhamdulillah...mama4hz dah masukkan dalam akaun simpanan mereka.... Sebenarnya nak berkongsi pengalaman berhari raya untuk tahun kedua selepas pulang dari UK..namun...entah macamana 'recall system' tak kesampaian...mungkin entri menjeang aidiladha.....wallahualam

Thursday, 2 August 2012

Akhirnya......

Si montel cilik ni dah mahu berjalan...Sebenarnya dia dah mula menapak sebaik sahaja usianya menginjak setahun  di awal tahun lagi, namun mungkin  kami sekeluarga terlalu memanjakan dia di tambah wanie dikelilingi kakak2, maka kebolehan dan kemahiran berjalan beliau hanya terungkap beberapa minit sebelum kami memasuki perut pesawat A380 Emirates pada 15hb Julai lepas....dan sesampainya kami sekeluarga di tanah kelahiran si montel cilik ini, wanie tidak lagi takut2 untuk berjalan.

Tahniah anak mama.....walaupun seakan gaya robot, wanie tetap hebat!!!!!!!!!!!!!!!!!pada hari graduasi mama...wanie pantang diberi peluang, mesti beliau mahu berjalan sepuasnya.....walaupun comel dan cilik, gaya jalannya tak ubah macam kanak2 sudah berusia 3 tahun...wanie wanie....dan kebolehan 'menyimpan dan mengemas' juga semakin hebat sekarang....banyak2kan bersabar ye mama4hz dan maktok wanie....kami semua harus bijak menyorokkan barang2 yang menjadi perhatian wanie........

Saturday, 21 July 2012

Potret keluarga.








Alhamdulillah......

Impian mama4hz untuk ber'graduasi' bersama abah4hz menjadi kenyataan, syukur Ya Allah.....klik link di sini dimana inilah impian mama4hz 3 tahun lepas.. impian (wishlist) yang kedua telahpun tertunai sejak balik Malaysia tahun lepas,terima kasih byk-byk buat abah4hz...sekarang sedang fikir-fikir untuk samsung galaxy SII...hmmmmmm...

Wednesday, 11 July 2012

Kek2 3hz

Kek yang besar semuanya dibawa ke tadika hanie dan kelas zimah dan mizah...pada 28hb lepas..kek yang comel dan putih melepak sahaja di sambut secara kecil2an bersama jiran dan rakan terdekat.....Hajat di hati nak jemput ramai namun tika itu abah4hz masih belum kembali ke tanahair.....28hb jun sebenarnya adalah hari lahir mizah,,,,sekalikan untuk hanie yang sambut 30hb jun dan juga zimah yang akan sambut pada 18hb julai akan datang.....