Saturday, 8 June 2013

al-Fatihah buat ibu saudaraku...Hajjah Naimah vs Sekalung tahniah buat sepupu mama4hz

Jumaat pagi semalam ketika masih di Kuching, mama4hz dan maktok telah dikejutkan dengan berita kematian adik maktok, Hajah Naimah di Ampang. Di hati ini rasa terkilan sebab tak dapat melawat beliau kali terakhir , namun mama4hz tetap mendoakan moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang solehah dan mujahidah. Ameen ameen ya rabbal ya alamin...........




Selamat Pengantin baru juga buat sepupu mama4hz , Syahid dan pasangannya yang melangsungkan pernikahan pada hari ini....

Thursday, 30 May 2013

10th anniversary....

Alhamdulillah.....30 Mei 2003- 30 Mei  2013....
10 tahun mama4hz sudah hidup bersama abah4hz...masih banyak ruang dan peluang yang masih boleh diperbaiki.(Kredit untuk sahabat yang sudi ambil 'order' kek cokelat yang marvelous ini....)
Tetap bersyukur dengan kehadiran srikandi2 4hz yang sihat dan cilik semuanya......Syukur padaMu ya Allah atas pencapaian ini...

Sempena dengan  ulangtahun ke10  ini, mama4hz kongsikan lagu kegemaran dendangan salah seorang penyanyi lelaki terbaik  Malaysia...                  Sedetik Lebih................


Tuesday, 28 May 2013

Cuti sekolah Mac- Teganu 2013


Sabtu pertama- Zimah mewakili sekolah Pertandingan Bacaan Jawi, walaupun tidak menang...tapi dia tetap bersemangat...


Minggu berikutnya, Khamis rasanya, kami melawat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

























Mandi kolam di hotel selepas pulang dari Taman Tamadun Islam...Wanie paling teruja....seperti biasa....













Sempat singgah rumah auntie Harda, kawan sekerja mama4hz dan abah4hz suatu tika dahulu ...kini sudah menetap di Kuala Terengganu...melawat baby beliau, Haseef Aryan...


Gambar kenangan di depan bilik penginapan....nanti kami datang
 lagi ya..memang best menginap di sini...Ri-Yaz Heritage

Monday, 13 May 2013

Hazwani

Dah hampir mencecah 2 tahun 4 bulan 22 mei nanti, namun kemanjaan dia makin menjadi-jadi. Sekarang dalam usaha memisahkan penyusuan badan namun masih belum berhasil.Nampak gaya macam kakak dia si hanie jugakla yang menyusu badan sehingga 2 tahun 6 bulan...mama4hz akan teruskan usaha ini sebelum dia mencecah 3tahun tahun depan.


Semakin cerdik dan makin suka mengajuk kakak2 dia.Sentiasa dimanjai oleh maktoknya dan usaha untuk menghantar ke nurseri masih belum terlaksana.Masakan nak terlaksana, mama4hz pun tak bersungguh2? Insyaallah moga diberi kekuatan untuk cuba menghantar wanie ke playschool dalam masa terdekat.Ini untuk memberi laluan kepada maktok supaya boleh berehat.Ini gambar terkini si wanie di dalam almari semasa mengikut mama4hz ada tugas rasmi di Belum Rainforest Resort








Gambar di bawah wajah wanie tahun lepas, masih nampak wajah kebayiannya....rambut dia yang natural blonde tu masih terserlah.
Apapun mama4hz dan kakak2 serta abah4hz dan maktok sayang sangat dengan si comel dan kemanjaan kami semua.Moga wanie terus membesar bagaikan juara.

Antara lagu2 kegemaran mama4hz....dulu dan kini..










Tuesday, 30 April 2013

Harizah Ani @ Hanie

Anak ketiga yang masih manja dalam keluarga dan cerewet dalam bab makan serta pemakaian.Sangat minat dengan karakter Barbie dan Princess. Menampakkan kematangan walaupun saiz dia tidak seiring dengan kematangan dia. Boleh dikatakan seorang budak yang kental dan tidak mudah patah semangat. Tahun ini, dia sudah mula pra-sekolah di sekolah yang sama dengan kakak2nya, tetapi selalunya  Hanie akan pergi sekolah 10-15 minit lebih lewat daripada kakak2nya, memandangkan kelas pra-sekolah hanya bermula jam 8.00 pagi, kecuali hari Ahad, beliau perlu datang lebih awal untuk perhimpunan jam 7.30 pagi.

Tahun depan Hanie akan bergelar pelajar darjah satu. Berat badan normal walaupun nampak ringan, mungkin juga sebab ketinggian juga tidaklah seadanya, jadi BMI nya adalah normal.Besar harapan mama4hz, Hanie akan menjadi anak solehah dan berdikari seperti Zimah dan lincah serta lasak bagaikan Mizah. Sifat kemanjaan dia sememangnya sukar dibuang memandangkan dia  dan adiknya Wanie, jarak yang agak jauh(hampir 3 thn 1/2) tetapi dia tetap sayangkan Wanie walaupun sifat cemburu sememangnya ada tetapi terkawal. Dua bulan lagi Hanie pula genap 6 tahun.Moga impian anak mama menjadi pendidik suatu hari nanti akan tercapai.Amin..........................

Sunday, 28 April 2013

Hamizah






Dua bulan lagi Mizah akan berusia 8 tahun. Mizah memang agak kontra dengan Zimah; rasanya sebagai ibu, mama4hz tidak perlu dihuraikan sikap dan atitudnya terlalu perinci.Sesungguhnya, Mizah mempunyai kelebihan yang tersendiri walaupun dia tidak sama dengan kakaknya,Zimah. Namun dia mempunyai banyak persamaan dengan sepupu baiknya, Imanina..

Lahir hanya selang seminggu, Mizah(28.06.2005) anak kedua dari atas(dari 4 beradik), Imanina(05.07.2005) anak kedua dari bawah(dari 5 beradik).Kedua-duanya selalu bergantung kepada kakak masing2, si Mizah selalunya memang banyak mengharap pada Zimah dan Imanina pula banyak mengharap pada Irdina. Dulu pernah suatu ketika, ketinggian juga agak sama, tapi sekarang Imanina lebih tinggi sedikit, bersaing dengan adiknya yang juga lebih tinggi sedikit daripadanya.Tahap kecerdasan dan kematangan juga agak seiring,cuma sekarang nasib Imanina lebih baik bersaing dengan pelajar kelas ranking pertama dari atas, Mizah masih di kelas pertama dari bawah.

Jika balik rumah maktok, pasti permintaan Mizah untuk ke rumah Imanina....dengan alasan, nak main sama2, tak kisahla ipad atau main bola dengan adik dia sekali Udin(Izuddin)...Kalau di lihat gambar di atas, tudung pun memang sama tapi tak serupa.Kedua2nya gemar memakai tudung tersebut.

Kekuatan Imanina pula disebabkan ibunya, mak uda adalah guru bahasa melayu, percakapan dia dalam bahasa melayu lebih teratur dan lebih meyakinkan. Mizah pula lebih malu dan adakalanya tidak yakin dengan kebolehan beliau, tapi dia suka mengaji dan menghafaz serta melaungkan azan. Mizah juga suka memakai songkok atau ketayap abahnya. Dia sememangnya agak lasak dan lincah serta seakan2 gaya lasak leaki, mungkin faktor pembawaan Mizah dulu, semangnya mama4hz lasak dan licah sewaktu mengandungkan dia.

Walaupun beliau agak manja dan sederhana dalam pelajaran , mama4hz tetap sayangkan Mizah sepenuh hati.Cita2 nya tinggi,mahu menjadi doktor gigi katanya dan didoakan Mizah akan berjaya mencapai cita2nya dewasa kelak. Insyaallah.

Friday, 26 April 2013

Akhirnya ....

Selepas 2 tahun tidak menjamah, akhirnya rezeki kami sekeluarga ......Alhamdulillah.
Sempena hari ulangtahun abah4hz Isnin lepas, mama4hz dengan berbesar hati mengajak dan berbelanja  kami semua menikmati mee udang  yang tidak ada tandingannya kesedapannya di Teluk Kumbar ini Jumaat lepas. Walaupun harga sepinggan mee sudah meningkat( dulu RM16 sekarang RM18 sepinggan), tidak mengapa, udang2 nya besar dan sangat berpuas hati dengan kesedapan dan harganya.
Gambar di atas, di lokasi yang sama  2 tahun yang lalu, Wanie masih baby dan pada waktu itu, kami baru sahaja pulang ke tanahair.....