Monday, 12 August 2013

Wanie sudah semakin montel......

Alhamdulillah..selepas mama4hz pulang dari Bandung Jun lepas, Wanie dah 'putus susu badan' dengan 'trik mama' yang sampai sekarang dia ingat.Kesan daripada itu, Wanie makin kuat menyusu botol dan makin aktif...syukur alhamdulillah......

Misi seterusnya nak hantar nurseri sebelum hujung tahun ini .....kena kuatkan semangat sebab hampir 2 tahun setengah Wanie dijaga manja oleh maktoknya...



Mama4hz dan Wanie beberapa hari sebelum Aidilfitri lepas...

Sunday, 11 August 2013

Simple one of Birthday celebration 3hz's style 2806;3006;1807

seperti yang dijanjikan....selepas raya akan diceriterakan .....

Pak teh belanja makan di Restoran Al-Rawsha sempena birthday Mizah sehari sebelum 28.06.2013 kebetulan kami semua 'transit' di rumah Pakteh sebelum balik Penang..Terima kasih Pakteh...





 Esoknya,30.06.2013 hari jadi Hanie pula..beliau tetap mahukan kek untuk disambut bersama rakan2 pra sekolahnya...Cikgu Hanie pun tidak ada masalah....selepas mereka semua makan waktu rehat, Hanie sempat potong kek untuk kawan2 sekelas...Petangnya abah belanja makan di Eiman Cafe berhampiran rumah....





18.07.2013- 9 Ramadhan, kami berbuka puasa di Pizza Hut atas permintaan 'birthday girl' walaupun pada asalnya mama4hz ada lokasi lain untuk berbuka, sederhana juga, kek yang dipotong Zimah juga kek percuma daripada belian barangan Tupperware

Kami sayang Zimah....

Wednesday, 7 August 2013

Ucapan Aidilfitri 1434....




Nota: Entri tertunggak masih belum sempat di'sempurna'kan...Mohon maaf...
Sneak notes: Kisah2 'simple' 4hz sambutan hari lahir mizah, hanie dan zimah dan
perkembangan terkini wanie.......14.08.2013- sudah di'sempurna'kan...

Thursday, 1 August 2013

sekejap sahaja masa berlalu...



Masa sangat mencemburui di bulan Ramadhan ini.Terasa masa begitu pantas berlalu.Sedar tak sedar , tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Belum tahu lagi akan ketemu semula Ramadhan tahun akan datang.

Mama4hz sebenarnya mahu 'update' beberapa entri yang tertangguh dek kemalasan yang agak kritikal serta mood yang tidak datang untuk mengemaskinikan entri tertunggak.
Insyaallah, apabila mood rajin sampai, beberapa coretan kenangan akan dinukilkan sebelum Aidilfitri menjelang atau mungkin juga selepas Aidilfitri.Tahap kerajinan ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan keletihan berpuasa, mungkin ketidaktentuan mood dan ketidakseimbangan hormon meminimumkan kerajinan mama4hz di bulan Ramadhan ini.Wallahualam



Tuesday, 9 July 2013

Alahan kali ini...


Ini tangan kiri...tangan kanan juga ada juga namun lebih okay daripada tangan kiri....mama4hz redha sahaja....kawan2 lihat mama4hz 'sihat' walafiat', namun hanya Allah yang tahu bila balik kerja mama4hz dah macam 'lepat liat'...liat dan terkelepek.....mudah2an...'kemalasan ini  tidak akan berpanjangan....Tambahan lagi dengan kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini,
Ramadhan AlMubarak alKareem....

Jika ini yang terakhir untukku...maafkanlah hamba(mama4hz sekeluarga)...
Sebelum amalan ramadhan terhijab atas sebab dosa dengan manusia yang tidak terampun..dengan rendah dirinya mama4hz sekeluarga ingin memohon maaf daripada semua atas kekhilafan hati dan perbuatan keluarga mama4hz baik sedar ataupun tidak..jadikan Ramadhan ini lebih diberkati oleh Nya..aminnn...

Salam ramadhan al-mubarak.(ucapan ini adaptasi dariapada salah seorang anak buah mama4hz di Klang,Selangor...)

Kenangan hari pertama Ramadhan di Manchester ketika menghadiri majlis konvokesyen The University of Salford pada 20.07.2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433.
Insyaallah Aidilfitri 1435 kelak akan bertambah ahli keluarga ini.... ameen................

Thursday, 4 July 2013

Advance 'birthday gift' untuk Zimah...versi kemaskini 09072013

Tahniah Zimah...
Sesungguhnya kecemerlangan ini adalah anugerah Ilahi....moga sentiasa disemai kesyukuran atas segala pemberianNya....moga menjadi inspirasi utk adik2
 
 
 
 
 
 
 
 
Terubat 'stress' mama seketika melihat kejayaan Zimah...
06.07.2013 Beliau juga tamat program AMPAC di Bertam dan juga dinobatkan tiga pemidato terbaik bersama sepupunya, Irdina...Tahniah sekali lagi sayang....

08.07.2013 Hazimah menyertai Pertandingan eja jawi sempena Karnival Pusat Sumber di sekolahnya, memperoleh tempat ketiga....Alhamdulillah....moga zimah sentiasa bersemangat dalam hari2 yang mendatang....

Thursday, 20 June 2013

Cuti sekolah Jun -Teganu kiter lagi dan Sarawak bumi Kuching....


Dah dalam draft hampir sebulan, hari ini baru terdetik nak masukkan gambar 'limited edition'....


Penceritaan melalui gambar okay kan?

Sesampainya di Kuala Terengganu 31 Mei lepas, lepas check in terjun kolam ....kali ini Ri-Yaz 'fully booked'...agen mama cadangkan kami 'stay' di Felda Residence..tapi tetap mandi di Ri-Yaz...ada pass masuk....memang ramai orang...
1 Jun.....Berposing atas katil di Felda Residence sebelum gerak ke kenduri auntie Rose...kenduri menyambut menantu....gambar bersama pengantin dalam handphone....entri lain le pulak sekali dengan kenduri beliau di Felda Tementi awal Mei lepas...bila?tunggu je la....
Selesai makan kenduri di Pasir Panjang, singgah di rumah kawan mama abah semasa study di Manchester dulu...auntie Nad dan uncle Mijie...Umar dah sama tinggi dgn Mizah, dia baru je 4 thn....hmmmmm..rumah mereka tak jauh pun dari rumah pengantin lelaki....seterusnya terus bergerak pulang ke Jitra.....
Sesampainya di Kuching 3 Jun, kami disambut oleh keluarga Tn Hj Yusof juga kenalan semasa di Manchester dengan isterinya Dr Rabyah, makan laksa sarawak ...sedap sangat....layanan yang cukup istimewa...Tn Hj Yusof lah yang membantu mencari kereta sewa...menjemput dan menghantar kami ke lapangan terbang....Terima kasih atas segalanya....hanya Allah yang membalas jasa kalian...
5 Jun...Hari kedua mama berseminar , penganjur buat aktiviti Sarawak river cruise tapi mama fobia tengok Sungai Sarawak walaupun tak bergelora pun....... ,maka mama dan abah bawa kami ke Semenggoh melawat orang utan......Best!!!!!!!!!!!!!!!
6 Jun....Hari ketiga dan seminar dah selesai, jalan2 depan 'waterfront' untuk membeli belah......di sana hampir setiap hari mama menikmati mee kolok...pagi,petang dan malam...memang tersangat 'heaven'......

7 Jun- ke Kg Budaya Sarawak..

8 Jun - dah bertolak pulang...esoknya mama ada lawatan kerja ke Bandung pula......masyaallah...tak letih ke mama4hz ni????alhamdulillah mama4hz selamat sudah pulang dari Bandung 12hb Jun lepas....

Saturday, 8 June 2013

al-Fatihah buat ibu saudaraku...Hajjah Naimah vs Sekalung tahniah buat sepupu mama4hz

Jumaat pagi semalam ketika masih di Kuching, mama4hz dan maktok telah dikejutkan dengan berita kematian adik maktok, Hajah Naimah di Ampang. Di hati ini rasa terkilan sebab tak dapat melawat beliau kali terakhir , namun mama4hz tetap mendoakan moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang solehah dan mujahidah. Ameen ameen ya rabbal ya alamin...........




Selamat Pengantin baru juga buat sepupu mama4hz , Syahid dan pasangannya yang melangsungkan pernikahan pada hari ini....