Monday, 17 February 2014

KIV

hari ke9.....dengan kak wanie@kak chik...

hari ke 10(dah luruh pusat...)...doktor maklumkan 'afni dah pulih..tak perlu ambil darah lagi....

hari ke 12...macam chumel je..macam cute je...terima kasih Allah atas kurniaanMu...

hari ke 12...dengan kak mizah@kak ngah [dengan kak zimah dalam kamera lain....]

hari ke17 = hari sepatutnya 'due date' 'Afni yang juga hari lahir maktok ; 02012014...dah botak kepala......
.

Friday, 31 January 2014

Kawan lama @ rakan sekerja Mama5hz

Pertemuan tak dijangka....bersama auntie Syikin(rakan seUKM dan Se'UK' dan juga rakan sekerja di UUM-tapi jarang jumpa sebab pejabat lain2...) waktu makan2 di Secret Recipe 25 Jan lepas......


Sunday, 26 January 2014

Adakalanya kerinduan bertandang.....




Nor Intan Saniah Sulaiman
26 January
'Dengan Basikal Aku Menjelajah':Siri 4- Scotland(TV AlHijrah).....
terubat sikit rinduku pada UK....

Wednesday, 22 January 2014

Wanie sudah 3 tahun....

Selamat hari lahir wanie ku sayang yang ke 3....22.01.2014

kini wanie sudah bergear kakak@kak chik.

.namun mama5hz tetap melihat dirimu sebagai 'my little girl' yang semakin cerdik dan montel...




Tuesday, 14 January 2014

3 hari sebelum bersalin....

 14.12.2013

Masih sempat ke walimah terakhir di Sg Petani sebelum bersalin
(walaupun tanda2 sakit untuk bersalin sudah terasa....)..kenduri kahwin adik sahabat tempat sekerja- auntie Faiezatul Akmar... alhamdulillah...rasanya kali terakhir juga makan laksa kegemaran mama5hz di tempat walimah tersebut selain nasi minyak ..


 Selamat pengantin baru yang ceria....pengantin lelaki adalah adik auntie Faiezatul...
senyum kekenyangan bersama kakak pengantin sebelum pulang ke Jitra .....
baju besar..tak nampak perut walhal dah 37+++ minggu....


Monday, 6 January 2014

Alhamdulillah...mama4hz wanita terpilih...............

17hb Disember 2013= 14 Safar 1435

Secara rasminya mama4hz kini bertukar kepada mama5hz dan syukur ke hadrat Ilahi kerana menjadi wanita terpilih  untuk melahirkan ' 5 girls in a row' (5 anak perempuan berturut-turut).....syukur ya Allah.....

06.01.2014- genap 21 hari usia ahli baru dalam keluarga kami...

Nurhazmi 'Afni binti Muhammad. Dilahirkan di Kedah Medical Center


Baru ada kekuatan untuk meng'update' blogs selepas merehatkan diri daripada blogs mama5hz....untuk menumpukan kepada 'Afni yang mengalami normal jaundis(selama 7 kali perlu diambil darah baby'Afni  sebaik saja selepas discaj dari wad  untuk tujuan pemantauan...) ;
19/12[bacaan 8.7],ulang......
20/12[bacaan 11],ulang...
21/12[bacaan 13.3],dah cuak....
22/12[bacaan 14],mama5hz 'stress'!!!!!!!!
23/12[bacaan 15-hampir di tahan, namun merayu untuk tidak ditahan...mujur baby 'Afni 'semangat'],
24/12[bacaan 11]-di KMC DAN
26/12[bacaan 7.6]) di KMC# hari ke 10 ......
 dan doktor maklumkan dah tak perlu ulang ambil darah lagi...l ,kini sudah pulih sepenuhnya.....
 alhamdulillah....



Maaf gambar baby 'Afni belum boleh disiarkan lagi...sebabnya??? boleh klik di sini...


Wednesday, 4 December 2013

Janji ditepati untuk 4hz tersayang...

Lost World of Tambun.....

Menunaikan janji buat zimah dan adik2nya pada 22 Nov lepas ...di mana sepatutnya zimah menyertai rombongan sekolah ke  sini pada 6 Nov lepas, namun mama4hz tidak dapat izinkan atas sebab2 yang tertentu(tarikh tersbut, kami semua ada di Penang...)....Alhamdulillah...zimah beritahu trip bersama keluarga lebih bermakna dan lebih seronok....kami bermalam di hotel 'rasmi' kami di Ipoh dan boleh pusing2 semua tempat di Lost World ini selain mandi manda yg menjadi agenda utama. Walaupun mama4hz memang sudah sarat(sudah mencecah 34 minggu saat itu....), demi 4hz....alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Berposing 4 beradik sebelum masuk...cuaca yang redup sangat mendamaikan...
Wanie tak mahu mandi di hotel...masih berbaju tidur versi cantik....





Hampir 2 jam berendam...memang puas hati...
Burung kakak tua di Petting Zoo.....

 Gambar kenangan berenam sebelum bertujuh kelak..... sebelum balik Jitra...


Tuesday, 19 November 2013

Terima kasih mak(maktok 4hz)...Monolog hari lahir ke34 tahun untuk kesekian kalinya......

Saya=mama=mama4hz
Mak= maktok 4hz

Hari ini, 19.11.2013 cukup sudah 34 tahun mak melahirkan saya walaupun ayah telah pergi ketika seusia saya dalam kandungan mak mencecah 4bulan, namun mak tabah melalui liku2 kehidupan sepanjang mengandungkan saya dan juga selepas melahirkan saya. Terima kasih mak sebab terlalu banyak bersabar membesarkan saya sehingga kini......dengan karenah saya yang tidak menentu mood dan tidak seperti kanak2 lain yang sentiasa riang ria,  saya di waktu kanak2 memang sangat pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan sepermainan, mungkin sifat pemalu yang diwarisi dari arwah ayah menghadkan aktiviti sosial bersama rakan sebaya, namun semakin meningkat dewasa,  sifat pemalu yang masih menebal cuba diasimilasikan dengan sikap yakin diri dan sentiasa mencabar diri sendiri dengan suasana sekeliling, sikap ini rasanya saya warisi dari mak yang cekal orangnya  dan tabah serta kuat semnagat....

Di usia yang semakin menginjak ke 40an beberapa tahun lagi, masih banyak kelemahan dalam diri dan azam untuk berubah sentiasa ada dan sentiasa segar tersemai di hati. Namun, saya memerlukan sokongan dan dorongan dari sekeliling saya untuk sentiasa memperbaiki sikap dan diri yang ada terutamanya sikap dan atitud negatif yang memang amat mencabar untuk dikikis.

Terima kasih mak  kerana mak adalah pengkritik setia untuk saya dan mak juga pendorong setia untuk saya mengharungi kehidupan mencabar ini. Tidak lupa juga untuk teman hidup tersayang serta kakak2 saya (k.wa,k.na,k.ni, k.a dan k.ina) serta  abang yang tidak pernah hipokrit mengritik saya dalam memperbaiki hidup ini.Insyaallah setiap teguran dan nasihat sentiasa tersemat di hati, namun untuk berubah sekelip mata adalah sesuatu yang mustahil.Insyaallah sekeras2 kerak nasi, dicurahkan air, lama-kelamaan akan lembut jua.

Buat srikandi2 mama yang amat disayangi, kalian juga adalah kekuatan hidup mama. Mama sentiasa doakan srikandi mama sentiasa adalam lindungan Ilahi.Andai kata mama tidak sempat melihat kalian semua membesar, redhalah dan pasrah serta ikut cakap abah serta insan2 yang akan menjaga kalian kelak.

 Maaf, entri di adalah monolog spontan seorang insan yang bernama Nor Intan Saniah Sulaiman.
Orangnya  tegas dan keras hati tapi dalam hatinya ada bunga2 yang indah.....lembut hati dalam sesetengah keadaan........