Secebis perkongsian.....
Hati2 dan waspada menajdi ibu bapa dewasa ini
Percayalah...
Apabila membaca mutiara2 kata dari Profesor Dr Muhaya ini, hati seharusnya menjadi lebih tenang dan lebih kuat dalam membesarkan anak2 dewasa ini dan juga menjadi anak yang sentiasa mengenang jasa ibu bapa yang telah menginjak senja. Wallahualam...
This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Monday, 31 March 2014
Sekejap saja....
Pencarian MH370 masih belum berakhir.....
Mama5hz perlu mempersiapkan mental seadanya untuk masuk kerja 1hb April ini selepas bercuti hampir 100 hari.Banyak agenda yang menanti untuk dilaksanakan.
'Pemanasan mood' bekerja sudah bermula semalam dan hari ini.Moga mama5hz mempunyai semangat positif lebih kental dan jitu sekental pemimpin2 negara tercinta ini dalam mengendalikan isu luar jangkaan tika ini....#pray for mh370

Monday, 10 March 2014
Pray for #MH370....
#Sehari selepas pemergian bonda mertua mama5hz....Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370....tertarik untuk berkongsi nukilan dari laman sosial.....#
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MH370...
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua
MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.
#prayformh370
Tetiba teringat memori bercuti di Dublin pada Dis 2009
Masih segar di ingatan. Insyaallah akan cuba dikongsikan jika ada kekuatan.....

Sunday, 9 March 2014
Al fatihah...
Akhirnya...setelah setelah 3 tahun terlantar separa koma. ..kau pergi jua pada malam Jumaat, 6hb Mac 2014 bersamaan 5 Jamadilawal 1435 yang barakah dan disemadikan seusai solat subuh. ...moga rohmu dicucuri rahmat...
Ternyata Allah lebih menyayanginya....
Al Fatihah buat bonda mertua ku, Che Zainab binti Che Mat
Surah Yaasin

Wednesday, 26 February 2014
Selamat Maju Jaya sayang mama...........
Gambar berlima@5hz di awal tahun 2014- sebelum 'afni dicukur rambutnya...
Ya...minggu depan, Zimah,Mizah dan Hanie akan menduduki Ujian 1...
Kebimbangan menduduki ujian terserlah bagi Zimah melalui blogsnya.....apatah lagi mama5hz cuba merehatkan beliau dari menggunakan laptop sepanjang hari2 ujian kelak.
Mama5hz tenang sahaja dan hanya mengetahui mereka bertiga akan ada ujian minggu ini setelah mereka mendapat jadual ujian semalam(Zimah) dan hari ini(Hanie). Si Mizah pula keracunan makanan semalam dan diberi cuti sakit oleh doktor.Dan alhamdulillah dia sudah kembali pulih hari ini dan esok, beliau harus ke sekolah, untuk mendapat maklumat2 terkini dari guru sebelum ujian yang bermula hari Isnin nanti....
Apapun seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk anak2nya dan tidak akan menekan mereka untuk sentiasa cemerlang. Biarkan mereka berusaha secara alami(semulajadi keinginan mereka untuk ingin berjaya) dan tidak ada unsur2 paksaan untuk mereka.

Monday, 24 February 2014
Kisah 'Afni
Sebenarnya tidak tahu kisah apa yang hendak diperihalkan tentang 'Afni.
Rasanya cukuplah Mama5hz nyatakan bahawa selepas beliau pulih dari jaundis, beliau sihat dan merupakan bayi yang sangat aktif.
Pada usianya menginjak 30 hari, beliau alami selesema dan hampir 3 minggu lebih untuk sembuh, namun beliau tetap aktif seperti biasa.
Alhamdulillah, beliau sering juga menerima kunjungan dari sahabat2,jiran2,saudara mara terdekat sejak beliau lahir hingga sekarang.
Tidaklah setiap kali tetamu datang Mama5hz teringat untuk mengabadikan memori. Tatkala ingat, adalah memorinya, jika tidak ingat waktu kunjungan tetamu yang datang, memori terpahat dalam ingatan sahaja nampak gaya....

![]() |
| Auntie Shima[03.01.2014] |
| Auntie Ery dengan anak teruna nya Irham berusia 5 bulan[04.01.2014] |
![]() |
| Auntie Coknin [14.01.2014] |
![]() |
| Datin Pah{mama aktor terkenal Farid Kamil}, Auntie Gee dan Auntie Nani[18.01.2014] |
![]() |
| Pelajar2 sarjana mama5hz; Aini,Akma,Fazlini dan Sharifah |
![]() |
| Isteri Timb Dekan pejabat 1 Mama5hz, Auntie Hajar[06.02.2014] |
![]() |
| Auntie Lily [08.02.2014] |
![]() |
| Juga Auntie Win,isteri Timb Pengarah pejabat 2 Mama5hz....... |
| Tahnik selamat disempurnakan oleh Ustaz Hamdan, jiran hadapan rumah....[15.02.2014] |
| Aunties@ rakan sepejabat {Auntie Syery/Auntie Deqta@ pelajar phd mama5hz/Auntie Neda/Auntie Fiza/Auntie Sha/Auntie Jas}... .terima kasih sangat2 sebab sudi berkunjung.... |
Saturday, 22 February 2014
Sebabak demi sebabak....
Babak 1(a)- Mama5hz membakar kek mentega untuk pertama kali bagi Wanie pada hari jadi Wanie yang sebenar,22.01.2014.....Wanie sangat teruja dengan kek mentega tersebut......tanpa hiasan dan tanpa sesiapa,(kakak2 sekolah, 'Afni masih tidur, maktok ada,dalam biliknya...abah masih di Miri menghadiri seminar...) beliau dengan sukanya meraikan kek mentega hasil tangan mama nya....
Babak 1(b)- Mama5hz belanja 5hz versi tanpa abah semua ke restoran terdekat pada petangnya.....suka nya Wanie dapat makan ayam goreng KFC...rasanya 'Afni baru 37 hari ....
Babak 2 - Abah5hz sampai dari Miri pada malam hari lahir Wanie, dia sudah tertidur sewaktu abah tiba di rumah, ini hadiah yang abah5hz bawa pulang dari Miri.....buat masa sekarang memang Wanie obses dengan PlayDoh......suka sangat dia dapat hadiah dari abah nya........
Babak 3- Mama5hz belanja makan tengahri versi dengan abah5hz pada hari ke 40 'Afni di restoran kegemaran mama5hz...Secret Recipe yang berhanpiran dengan rumah...
Babak 4- Kami sekeluarga membawa pulang kek untuk dimakan bersama keluarga abah5hz di kampung waktu pulang ke Tanah Merah masa cuti raya cina baru-baru ini...( ooops beli di bandar Tanah Merah daaa....)
Babak 5- Akhirnya, hajat Mama5hz menjamu kenalan dan jiran terdekat tercapai pada 15hb Feb lepas. Mohon maaf bagi yang tidak terjemput. semuanya ada justifikasinya tersendiri....
Jamuan secara kecil2an sahaja, termasuk majlis tahnik si montel 'Afni.....

Kek ditempah dari Rani Cakes Changlun
Tuesday, 18 February 2014
Wanie dan 'Afni....
Nantikan cerita babak2 sambutan hari lahirnya....
Juga nantikan cerita Afni yang semakin cerdik dan bistari....
Subscribe to:
Posts (Atom)