Sunday, 27 April 2014

Doakan Zimah berjaya.........

Minggu lepas,19 April 2014 kami sekeluarga memberi sokongan untuk Zimah mewakili sekolah masuki saringan pertama untuk program Spell It Right anjuran RHB-NST ini di Star City Hotel, Alor Setar....
Mudah2an Zimah terpilih untuk peringkat seterusnya.....Amin.....








Gambar ini waktu beliau sertai pasukan nasyid mewakili sekolahnya sebulan yang lepas....

nota: azam mahu 'update' seminggu sekali masih tidak kesampaian, waktu terlalu mencemburui....

Wednesday, 2 April 2014

Sebelum,semasa dan selepas Cuti sekolah

Sebelum cuti sekolah(hari terakhir persekolahan)-
Alhamdulillah, Mama5hz dapat  menghadirkan diri ke SKDH untuk berjumpa cikgu2 3hz(ZiMiHa) untuk sesi interaksi bersama waris....Alhamdulillah pencapaian2 mereka memuaskan, tidak kecewa dengan mereka kerana mereka adalah cerminan mama5hz dan abah5hz....
Zimah yang kini darjah 4 mendapat no. 1 dalam kelas- allahuakbar, sangat terkejut dan bersyukur setelah naik kelas yang lebih baik dan lebih kuat persaingannya
Mizah pula sekarang sudah darjah 3 mendapat no.23 setelah naik kelas yang lebih baik tahun lepas.....dan Hanie yang darjah 1 pula mendapat no.19 dalam kelas.
Menurut guru kelas Zimah yang juga guru B.Melayu soalan ujian adalah mengikut standard UPSR,untuk darjah 4 walaupun penilaian baru di peringkat ujian, bagi darjah 3 dan darjah 1 kurang pasti...

Semasa cuti sekolah-
Mereka dibawa bercuti ke destinasi yang tidaklah jauh sangat dari rumah, masih dalam negeri Jelapang Padi, iaitu The Carnivall Water Park dan Cinta Sayang Resort sebagai 'reward' atas pencapaian mereka. Mama5hz pun perlukan 'reward' setelah hampir 3 bulan banyak masa dihabiskan di rumah dengan kerja2 yang tidak pernah berkesudahan

Selepas cuti sekolah-
ZiMiHa nampak lebih bersemangat untuk ke sekolah.....
Mam5hz mula masuk kerja..Afni pula sudah  mula dihantar ke rumah pengasuh dan Wanie masih dalam pertimbangan untuk dihantar ke nurseri.......

Monday, 31 March 2014

Anak adalah cerminan ibubapa.....

Secebis perkongsian.....

Hati2 dan waspada menajdi ibu bapa dewasa ini

Percayalah...

Apabila membaca mutiara2 kata dari Profesor Dr Muhaya ini, hati seharusnya menjadi lebih tenang dan lebih kuat dalam membesarkan anak2 dewasa ini dan juga menjadi anak yang sentiasa mengenang jasa ibu bapa yang telah menginjak senja. Wallahualam...

Sekejap saja....

Pencarian MH370 masih belum berakhir.....

Mama5hz perlu mempersiapkan mental seadanya untuk masuk kerja 1hb April ini selepas bercuti hampir 100 hari.Banyak agenda yang menanti untuk dilaksanakan.

'Pemanasan mood' bekerja  sudah bermula semalam dan hari ini.Moga mama5hz mempunyai semangat positif lebih kental dan jitu sekental pemimpin2 negara tercinta ini dalam mengendalikan isu luar jangkaan tika ini....#pray for mh370

Monday, 10 March 2014

Pray for #MH370....

#Sehari selepas pemergian bonda mertua mama5hz....Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370....tertarik untuk berkongsi nukilan dari laman sosial.....#
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MH370...
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370

 ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.

Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...


 Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

#prayformh370


Tetiba teringat memori bercuti di Dublin pada Dis 2009 
Masih segar di ingatan. Insyaallah akan cuba dikongsikan jika ada kekuatan..... 

Sunday, 9 March 2014

Al fatihah...

Akhirnya...setelah setelah 3 tahun terlantar separa koma. ..kau pergi jua pada malam Jumaat, 6hb Mac 2014 bersamaan 5 Jamadilawal 1435 yang barakah dan disemadikan seusai solat subuh. ...moga rohmu dicucuri rahmat...

Ternyata Allah lebih menyayanginya....

Al Fatihah buat bonda mertua ku, Che Zainab binti Che Mat



Surah Yaasin


Wednesday, 26 February 2014

Selamat Maju Jaya sayang mama...........

Gambar berlima@5hz di awal tahun 2014- sebelum 'afni dicukur rambutnya...


Ya...minggu depan, Zimah,Mizah dan Hanie akan menduduki Ujian 1...
Kebimbangan menduduki ujian terserlah bagi Zimah melalui blogsnya.....apatah lagi mama5hz cuba merehatkan beliau dari menggunakan laptop sepanjang hari2 ujian kelak.
Mama5hz tenang sahaja dan hanya mengetahui mereka bertiga akan ada ujian minggu ini setelah mereka mendapat jadual ujian semalam(Zimah) dan hari ini(Hanie). Si Mizah pula keracunan makanan semalam dan diberi cuti sakit oleh doktor.Dan alhamdulillah dia sudah kembali pulih hari ini dan esok, beliau harus ke sekolah, untuk mendapat maklumat2 terkini dari guru sebelum ujian yang bermula hari Isnin nanti....


Apapun seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk anak2nya dan tidak akan menekan mereka untuk sentiasa cemerlang. Biarkan mereka berusaha secara alami(semulajadi keinginan mereka untuk ingin berjaya) dan tidak ada unsur2 paksaan untuk mereka.

Monday, 24 February 2014

Kisah 'Afni

Sebenarnya tidak tahu kisah apa yang hendak diperihalkan tentang 'Afni.
Rasanya cukuplah Mama5hz nyatakan bahawa selepas beliau pulih dari jaundis, beliau sihat dan merupakan bayi yang sangat aktif.
Pada usianya menginjak 30 hari, beliau alami selesema dan hampir 3 minggu lebih untuk sembuh, namun beliau tetap aktif seperti biasa.
Alhamdulillah, beliau sering juga menerima kunjungan dari sahabat2,jiran2,saudara mara terdekat sejak beliau lahir hingga sekarang.

Tidaklah setiap kali tetamu datang Mama5hz teringat untuk mengabadikan memori. Tatkala ingat, adalah memorinya, jika tidak ingat waktu kunjungan tetamu yang datang, memori terpahat dalam ingatan sahaja nampak gaya....

Auntie Shima[03.01.2014]

Auntie Ery dengan anak teruna nya Irham berusia 5 bulan[04.01.2014]

Auntie Coknin [14.01.2014]
Datin Pah{mama aktor terkenal Farid Kamil}, Auntie Gee dan Auntie Nani[18.01.2014]
Pelajar2 sarjana mama5hz; Aini,Akma,Fazlini dan Sharifah

Isteri Timb Dekan pejabat 1 Mama5hz, Auntie Hajar[06.02.2014]

Auntie Lily [08.02.2014]
Juga Auntie Win,isteri Timb Pengarah pejabat 2 Mama5hz.......
Tahnik selamat disempurnakan oleh Ustaz Hamdan, jiran hadapan rumah....[15.02.2014]
Aunties@ rakan sepejabat
{Auntie Syery/Auntie Deqta@ pelajar phd mama5hz/Auntie Neda/Auntie Fiza/Auntie Sha/Auntie Jas}...
.terima kasih sangat2 sebab sudi berkunjung....