Thursday, 11 September 2014

Jaga Dia Untukku....


Mama5hz tidak tahu bila masanya Allah akan menjemput kelak...waima adakalanya mama5hz perlu berpisah sementara atas tugas2 yang tidak dapat dielakkan...

Ya Allah, jagakan dia untukku....

Sunday, 17 August 2014

Alhamdulillah si 'Afni sudah 8 bulan....


Masa berlalu begitu pantas...si montel ni dah menginjak 8 bulan hari ini.
Sudah banyak tempat dan destinasi yang 'Afni jejaki dan kunjungi[antaranya KL/Selangor{Batu Caves, Cheras,Putrajaya dan juga Damansara},Tanah Merah- kampung abah5hz...,Kuala Terengganu, Bkt Mertajam - kampung mama5hz,Sg Petani, Georgetown,Langkawi dan juga Bandung,Indonesia{ceriteranya kemudian ...}. Gambar di atas 'Afni di puncak Gunung Machincang, Langkawi menaiki 'cable car' yang kali pertama untuk 'Afni baru-baru ini, alhamdulillah 'Afni tidak menangis......

Ketahuilah mama5hz amat menyayangimu sayang..............juga kakak2 'Afni....kalianlah 'nyawa' mama5hz dan amanah Allah buat mama dan abah.....


Monday, 4 August 2014

pelbagai ceritera

Doakan supaya mama5hz dapat konsisten semula menjadi seorang blogger yang menulis bukan kerana nama........tetapi hanya kerana semangat untuk berkongsi PENGALAMAN HIDUP

Apapun................ perasaan mama5hz Aidilfitri kali ini hampir sama dengan kakak sulung mama5hz yang sudah berkongsi perasaan beliau di blogs nya

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum

سلامت هاري راي
موهون ماءف ذاهير دان باتين

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ "

"Taqabballallahu minna wa minkum" - Eid Mubarak.

#SelamatHariRaya #MaafZahirdanBatin #MyFamilyAndI

Wednesday, 23 July 2014

1001 kisah mahu dikongsi NAMUN.................

Sudah 21 hari selepas entri terakhir dicatat namun mama5hz masih belum dapat menukilkan sebarang entri terkini . Di keheningan malam ni, ingin di nukilkan sedikit 'sneak preview' entri-entri yang akan di kemaskinikan sebelum Aidilfitri menjelang......wallahualam...

Sebelum itu ucapan takziah buat keluarga penumpang MH17 yang telah terkorban pada 17hb Julai lepas...tragedi berlaku sehari sebelum zimah menyambut hari lahirnya yang ke10,18 Julai 2014.

Sesungguhnya tragedi ini sekali lagi menyentap hati mama5hz dimana tidak sampai 6 bulan tragedi Mh370 berlalu, dugaan kedua buat MAS dan Malaysia khusunya. Moga kita sebagai rakyat malaysia semakin kuat mengharungi ujian Allah ini.Sejujurnya kefobiaan menaiki kapal terbang kembali menjengah diri mama5hz.....

Perkembangan terkini MH17 di Astro Awani

Saturday, 19 July 2014

Sudah 10 tahun..................



'Sewaktu berbuka dan menyambut hari jadiku' status zimah.....18 Julai 2014
(mama5hz ambil daripada FB zimah...saved from samsung tab abah.....)

Selamat hari lahir yang ke 10 buat anakanda sulung mama ...moga sentiasa menjadi anak yang solehah..penyejuk hati mama dan abah serta sentiasa dalam kerahmatan Ilahi — with Nurhazimah Hanan and Che Mat Seribu.

Terasa masa berlalu begitu cepat, rasa baru je semalam melahirkan zimah...kini beliau juga merupakan kakak kepada 4 adik perempuan comel dan mempunyai 1001 ragam......

Wednesday, 9 July 2014

Mizah sudah 9 tahun dan Hanie pula baru je 7 tahun

Sehari sebelum puasa kebetulan di hari jadi Mizah...28 Jun 2014, kami sekeluarga buat sedikit makan2 di rumah maktok sempena hari lahir Mizah dan Hanie 30 Jun 2014(juga sempena hari lahir beberapa orang yang sudah dan akan menyambut hari lahir termasuklah abg Ammar [20.06.2014],abg Fauzul[22.06.2014], abg Fakhrul[03.07.2014],Zimah[18.07.2014],Imanina[05.07.2014],mak uda sendiri[14.07.2014]....)......
maaflah gambar makanan lain lupa untuk diabadikan...hanya gambar kek yang ada


...inipun hanya 'sneak preview' dahulu......maktok ada masak sedikit pulut kuning dan juga laksa untuk famili yang ada...kebetulan kak nisah dan suami pulang...dan juga famili mak uda dan famili mak ngah....


Wednesday, 2 July 2014

Sudah enam tahun mama5hz menjadi blogger

Jika diamati semula blog ini dibuka pada 02.07.2008 dan kini sudah genap enam tahun blogs 182830.blogspot.com ini wujud. Bagi blogs PhD mama hanya awal enam bulan dibuka ..........
masih lagi dalam tahun 2008.

DAN blogs ini juga sudah tidak dikemaskini hampir dua bulan lamanya, atas alasan yang sangat normal......- tidak cekap menguruskan masa....ini pun mama5hz mencuri masa ......tiada lagi masa yang boleh diperuntukkan untuk berblogging.

Dalam masa 2 bulan pelbagai peristiwa suka duka, kejayaan dan kemenangan, hari lahir Mizah dan Hanie yang baru sahaja berlalu minggu lalu dan kisah 3hz berpuasa di awal ramadhan.

Insyaallah akan diceriterakan secara ringkas tapi signifikan.

Masih belum terlewat untuk mengucapkan :
..★)
....人______________★)
...(◎)_____________ 人
..║∩║__________ .-:'''"''';-.
..║∩║________ (*(*(*|*)*)*)
..║∩║_____..║∩∩∩∩∩∩∩∩∩∩∩║
▓─▓─▓ ▓─▓─▓
▓▓▓▓▓▓▓───────────────▓▓▓▓▓▓▓
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★
★★★★★★★★
••Marhaban Ya Ramadhan••
Ampun dan maaf dipohon sekiranya ada salah dan silap selama ini. Semoga
Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan rahmat
untuk kita semua.. Amin yaa rabbal alamin.. Marhaban
Ya Ramadhan...
Ikhlas Dari Intan sekeluarga

akhir kalam,