Tuesday, 21 February 2012

Alhamdulillah.................

Sebenarnya nak kemaskini sejak Isnin lepas, keterbatasan masa dan fizikal mengekang aktiviti penulisan entri sejak akhir-akhir ini.

Mama4hz bersyukur dengan pencapaian.................................mama4hz?
pencapaian apa dia tu?Ini bukan untuk bermegah-megah,  hanya sekadar berkongsi kegembiraan dengan rakan2 maya di sini,walaupun nampak kecil, ia tetap signifikan bagi mama4hz sebagai seorang yang sukakan menulis;apa dia???....................

...............................................................................................................................................................
Mama4hz memenangi tempat kedua dalam Pertandingan menulis esei anjuran UUM Press sempena Pesta Buku Utara d tempat mama4hz bekerja,mulanya tatkala menerima email jemputan untuk menghadiri Majlis perasmian Pesta Buku, mama4hz menjangkakan hanya untuk menerima sijil penyertaan bukan sebagai pemenang,namun tatkala diumumkan pemenang,tergamam juga boleh dapat tempat kedua(hantar agak 'last minute' dan ada syarat yang tidak dapat dipenuhui),apapun syukur sangat, hadiah yang agak lumayan,nilainya hampir menyamai baucer buku 1Malaysia dan juga hamper.Sebelum pulang, beli juga buku2 dan majalah yang menarik perhatian dan akan dikunjungi lagi pada hari terakhir Pesta buku, Khamis nanti.

Maka, petangnya mama4hz belanja makan malam untuk 4hz, abah4hz dan juga mak mama4hz tercinta di restoran kegemaran kami, D'Bendang Kelubi,10 minit sahaja dari rumah.

Mungkin rakan2 maya mama4hz yang juga rakan FB boleh agak kenapa status FB Isnin lepas  berbunyi
alhamdulillah....'tak dpt rotan,akar pun berguna' juga...............
maknanya, sebelum ni mama4hz pernah menghantar artikel jurnal dan kertas kerja seminar,namun ada yang ditolak....jadi esei diterima pun satu pengiktirafan juga bagi mama4hz. Insyaallah akan dikongsikan artikel@esei itu di dalam blogs akademik nun yang satu ini. Esei tersebut adalah bertemakan 'Sebuah buku seluas lautan'.

No comments: