hampir sepurnama mama4hz tidak bersiaran...masa begitu mencemburui mama4hz dengan pelbagai peristiwa dan aktiviti2 kerja seharian yang tidak pernah ada titik noktahnya........ya mama4hz akui, blogs ini kurang popular jadi mama4hz tidak kisah jika sawang banyak terhasil disini......
selepas 19hb feb lepas,semester baru bermula dan mama4hz tidak dapat menumpukan perhatian kepada blogs 4hz ini lantaran komitmen yang ada masih kekok untuk diuruskan dan masih bertatih dari segi pengurusan masa.
walaubagaimanapun,dalam kekalutan dan kesibukan kerja, mama4hz tetap cuba meluangkan masa untuk membawa kami jalan2 cuti sekolah minggu lepas.percutian ke pulau pangkor yang singkat tapi menarik memang menggamit hati kami adik beradik.(gambar, seperti biasa, memerlukan 'proses tapisan', maka sedikit masa diperlukan...)
namun kegembiraan kami tidaklah seadanya sangat, memandangkan bapa saudara kami terlantar sakit di hospital hampir 2 minggu lebih sehingga saat waktu dan tika ini.kami difahamkan pak ndak demam akibat jangkitan kuman, dan kini jangkitan kuman telah menyerang ke anggota2 penting tubuh badannya, dan masih dirawat rapi di hospital kulim.mohon pembaca mendoakan kesihatan pak ndak kami agar sihat seperti sediakala....amin......
No comments:
Post a Comment