Gambar2 ini sebenarnya untuk melunaskan janji mama4hz yang sepatutnya dikemaskinikan pada
link ini, sehingga ke hari ini barulah teringat dan ada masa untuk ini.....
dalm feri menuju ke Pangkor....
Mizah dengan aksi 'canggihnya'...
Hanie teruja bila nampak air laut....
sungguh tenang air laut...sesuai untuk yang mahu lari dari hiruk pikuk kota
wanie yang sungguh gembira dapat masuk dalam air...
Percutian 'tidak dirancang' bersama maktok...lihat gaya kaki Zimah,stylo tu....
Ada 'shooting drama' ketika kami berada di sini Teluk Dalam Resort...nampak 2 pelakon popular
(bintang AF;Zarina Zainuddin & Marsha Milan), tapi malas nak bergambar dengan mereka...hehehe...
sebenarnya resort ini memang selalu ada 'shootiong drama@filem' menurut peniaga 'mini market ' kat situ...
Sebenarnya kenangan berbulan madu 9 tahun lalu di Pulau Tioman mengasak mama4hz untuk melunaskan janji yang ditabur dalam entri sebelum ini hampir 2 bulan lepas.....Gambar2 yang dipilih ada persamaan ciri2 percutian mama4hz bersama abah4hz 9 tahun yang lalu.
Minat mama4hz pada pulau2 di Malaysia menimbulkan azam, masa-masa akan datang untuk membawa 4hz ke pulau2 lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian,Pulau Sibu, Pulau Tioman(lagi...) insyaallah....[yang pastinya Pulau Pinang memang lah selalu sebab mama4hz memang orang Pulau Pinang....]
Langkah pertama ke Pulau Pangkor pastinya menimbulkan keterujaan buat 4hz...Mungkinkah destinasi berikutnya Pulau Langkawi(walaupun pernah membawa mereka(masa tu baru 2hz) hampir 6 tahun lepas, tatkala Zimah dan Mizah masih kecil ketika itu...wallahualam....segalanya tertakluk atas apa yang tersurat dan tersirat....di hari-hari yang mendatang...
2 comments:
wow bestnya dpt bwk anak jln ke pangkor. anak2 akak pun tak penah lagi p sana
kak intan,
banyak2 pulau dalam malaysia ni saya paling suka pulau langkawi...kikikiki
Post a Comment