This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Wednesday, 15 April 2015
JOM FIT......
Insyaallah, setelah si comel Afnie sudah mencecah hampir 16 bulan April ini, sudah tiba masanya mama5hz perlu menurunkan berat badan yang ideal (sekurang2nya BMI normal) demi kesihatan mama5hz yang semakin tidak menentu.
Boleh dikatakan pelbagai faktor menyumbang kepada 'kelestarian' berat badan yang tidak menunjukkan tanda2 untuk menurun selepas melahirkan si comel Afnie.Namun Afnie bukan faktor utama. Antara sebab utama adalah tekanan perasaan yang agak ekstrem, ekzema yang agak kronik dan juga tidak ada disiplin dalam pemakanan dan juga kurang bersenam.Faktor keturunan dan juga gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang. Berat badan sekarang adalah berat badan ketika mengandungkan Afnie pada minggu2 terakhir sebelum melahirkan si comel manis tu.....
Maka, harus dibulatkan azam untuk kembali FIT supaya mama5hz kekal sihat demi anak2 yang tersayang.
Doakan ya....
Sebelum ini pernah berusaha untuk kurus dan alhamdulillah berjaya capai matlamat sebelum mengandungkan si Afnie.Insyaallah, apapun perlu fikirkan yang positif2 aja. Insyaalah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment