Thursday, 14 June 2012

Doakan abah4hz moga selamat.....

LULUS VIVA VOCEnya  yang akan ditempuhnya pada hari ini jam 2.30 petang waktu UK......9.30 malam waktu Malaysia................


Kami,mama4hz,4hz dan seluruh keluarga mendoakan yang terbaik untuk abah4hz.......amin amin ya rabbal al amin................

KEPUTUSAN ABAH4hz

Monday, 11 June 2012

Gambar tertunda....

Gambar2 ini sebenarnya untuk melunaskan janji mama4hz yang sepatutnya dikemaskinikan pada link ini, sehingga ke hari ini barulah teringat dan ada masa untuk ini.....
dalm feri menuju ke Pangkor....
Mizah dengan aksi 'canggihnya'...
Hanie teruja bila nampak air laut....

sungguh tenang air laut...sesuai untuk yang mahu lari dari hiruk pikuk kota



wanie yang sungguh gembira dapat masuk dalam air...
Percutian 'tidak dirancang' bersama maktok...lihat gaya kaki Zimah,stylo tu....
Ada 'shooting drama' ketika kami berada di sini Teluk Dalam Resort...nampak 2 pelakon popular
(bintang AF;Zarina Zainuddin & Marsha Milan), tapi malas nak bergambar dengan mereka...hehehe...
sebenarnya resort ini memang selalu ada 'shootiong drama@filem' menurut peniaga 'mini market ' kat situ...


Sebenarnya kenangan berbulan madu 9 tahun lalu di Pulau Tioman mengasak mama4hz untuk melunaskan janji yang ditabur dalam entri sebelum ini hampir 2 bulan lepas.....Gambar2 yang dipilih ada persamaan ciri2 percutian mama4hz bersama abah4hz 9 tahun yang lalu. Minat mama4hz pada pulau2 di Malaysia menimbulkan azam, masa-masa akan datang untuk membawa 4hz ke pulau2 lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian,Pulau Sibu, Pulau Tioman(lagi...) insyaallah....[yang pastinya Pulau Pinang memang lah selalu sebab mama4hz memang orang Pulau Pinang....] Langkah pertama ke Pulau Pangkor pastinya menimbulkan keterujaan buat 4hz...Mungkinkah destinasi berikutnya Pulau Langkawi(walaupun pernah membawa mereka(masa tu baru 2hz) hampir 6 tahun lepas, tatkala Zimah dan Mizah masih kecil ketika itu...wallahualam....segalanya tertakluk atas apa yang tersurat dan tersirat....di hari-hari yang mendatang...

Monday, 4 June 2012

Cuti sekolah???cuti2 Msia ke mana???











Dah lebih seminggu cuti sekolah berlalu...hujung minggu lepas, mama4hz ada urusan rasmi di Shah Alam, sambil2 mama4hz menjalankan tugas rasminya, abah4hz bawa kami jumpa kawan2 lama di sana....kami sangat teruja dan gembira.....

Esok pagi, kami akan balik Kelantan, melawat mo' yang masih terlantar di atas katil...insyaallah kami di sana sehingga ke penghujung cuti sekolah....

Dia 'hilang' jua..............

Sudah lebih seminggu......

Mudah2an kami akan mendapat pengganti yang lebih baik dan mampu menjaga wanie serta membantu maktok.....dugaan dan cabaran yang datang menguji kekuatan diri....

Wednesday, 30 May 2012

9th Anniversary

happy 9th anniversary to my lovely hubby@abah4hz....Muhammad Mat Yusof...moga kasih sayang kita hingga ke syurga.......

 another 1 year to achive 10 years anniversary....then another 15 years to gain 'silver jubilee'.......(amboi!!!!!!!!!!!!!tingginya impian....)

Moga mahligai ini kukuh sekukuh2nya persis chalet di Teluk Dalam Resort di bawah.....amin.........

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Status mama4hz di FBTerima kasih buat semua guru/pendidik/pensyarah (Cikgu Mazanah Yusoff;William Sir Chong; Mar Ibrahim;Rose Alinda Alias dan ramai lagi yag tidak dapat dikesan di FB ini...) yang pernah mendidik ku dari tadika,sek keb,sek men,ppp/ausmat,matrikulasi dan universiti....tanpa insan yang bernama guru...tidak mungkin aku mampu menjadi apa yang aku tempuh sekarang....Alfatihah juga buat Allahyarhamah Cikgu Hajjah Fatimah Hj Mustapha(guru sejarah mama4hz 95/96)..... Ku dedikasikan lagu ini buat semua insan yang bernama GURU yang aku kenali termasuk sanak saudara mahupun rakan2 seperjuangan...
Kisah 4hz;ooopps 3hz sebab wanie belum bersekolah..hanya zimah sahaja ke sekolah..dia sangat seronok melihat sambutan hari guru di sekolah....mama4hz belikan 4 hadiah unuk guru2nya dan zimah hanya berikan kepada 2 orang gurunya sahaja....dua lagi mizah akan beri kepada gurunya esok sebab tetiba aje hari ni dia 'kurang sihat'...ada la sesuatu yang menyebabkan dia malas ke sekolah...hmm dahla 'cerdik' sungguh dia.....selalunya kalau mizah tak esekolah, secara automatik,hanie pun tak mahu ke tadika...hmmmmm,budak2 generai Y,macam ni ler.......banyakkan sabar je la..... Tidak lupa juga....terima kasih banyak2 buat Cikgu Hajar sebab sudi berikan tart yang sangat sedap......sempena hari guru...Apapun mama4hz tetap mengagumi kredibiliti Cikgu Hajar........(bukan membodek dek kerna suaminya orang penting di tempat mma4hz kerja..,memang ikhlas dari hati..).......

Wednesday, 9 May 2012

Tahniah kak long!!!!!!!!!!!!!!

Kak long sepupu 4hz...... Dia baru sahaja bergraduat daalam bidang kaunseling di UPSI semalam 8 Mei 2012....
maaf kak long....po'su je dapat pergi...mo'su ada kuliah yang tidak boleh dibatalkan sesuka hati....... moga kak long akan menjadi kaunselor yang berdedikasi nanti insyaallah!!!!!!!!!!

Saturday, 5 May 2012

nak update tapi no idea...macamana????????????

Sebenarnya mama4hz kagum dengan 'bloggers' yang mampu update setiap hari dan mampu berkongsi segala apa yang berlaku saban hari dalam kehidupan mereka.Ya, mama4hz sebenarnya agak berhati2 untuk berkongsi cerita mahupun apa yang berlaku kepada kami sekeluarga.Kenapa ye boleh jadi sedemikian?Ini mungkin disebabkan mama4hz secara kebetulan mendalami kajian yang ada kaitan ' knowledge sharing behaviour' maka, salah satu faktor orang tak mahu berkongsi, adalah 'lack of trust' iaitu kurang percaya dengan orang yang hendak dikongsikannya......juga 'lack of time atau kekangan masa....

Ikutkan hati, ingin saja mama4hz mahu berkongsi segala yang berlaku setiap hari dalam meniti kehidupan ini, namun terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Pertimbagan ini bukan terjadi dengan sendiri, tetapi atas dasar pengalaman....mama4hz pernah dituduh macam2 sejak menjadi 'bloggers'.....pernah dituduh ingin menunjuk-nunjuk,dituduh ingin meniru si polan si polan,dituduh ingin beritahu dia lah yang bagus, org lain tak bagus......lantas memang setiap kali nak 'update' apa2 yang berlaku, mama4hz perlu berfikir panjang.

Ya, diakui...ini blogs mama4hz, jadi terpulang kepada mama4hz nak luahkan apa sahaja yang dirasakan wajar, namun mungkin sifat semulajadi mama4hz selalu memikirkan perasaan orang lain, akhirnya diri sendiri ter'perangkap'...kadang2 ingin saja mahu berkongsi hobi mama4hz yang suka mengumpul magnet peti ais(fridge magnet)-aad pemintaan dari sahabat baik di SU3 nie...,yang susah nak buang2 barang2 yang tak digunakan (sentimental value konon)-kena share sbb ingat nak let go few stuf, yang suka beli barang anak2 melebihi keperluan sendiri- sama macam tadi, mahupun tatahias rumah yang mama4hz tak pernah rasa cantik pun, sampai sekarang asyik menukar style dan gaya hiasan yang ada......untuk hal ini, ada rakan yang mohon update..tapi hati masih belum terbuka untuk berkongsi sebab memang mama4hz akui  'interior style' rumah masih banyak  yang perlu diperbaiki....

Minggu ni..alhamdulillah 'porch rumah' dan pintu pagar dah berubah wajah...terima kasih abah4hz atas usaha beliau selama ini.......


Bukan semua 'kuda' milik kami...ada yang dah menjadi milik org lain....CBT1000..kebetulan menerima kunjungan anak saudara semalam yang mahu bercuti ke Langkawi............ Mungkin juga mama4hz perlu rajin menjenguk blogers 2 lain yang tak kisah apa orang nak kata kepada mereka...malah, mereka menjadi blogger yang popular.....


Insyaallah mama4hzz akan cuba menepis segala 'langau2' jika masih ada...andaikata tiba2 mama4hz mentransformasikan diri menjadi bloggers yang ikut suka hati saya apa yang ingin kongsikan ....boleh?????????????????

p/s boleh terfikir sebegini sejak diamanahkan menjadi 'webmaster' website sekolah tempat mama4hz bekerja........macam terer, tapi sekali dah diamanahkan, akan cuba yang terbaik..walaupun cabarannya lebih besar daripada menjadi blogger.