Thursday, 2 August 2012

Akhirnya......

Si montel cilik ni dah mahu berjalan...Sebenarnya dia dah mula menapak sebaik sahaja usianya menginjak setahun  di awal tahun lagi, namun mungkin  kami sekeluarga terlalu memanjakan dia di tambah wanie dikelilingi kakak2, maka kebolehan dan kemahiran berjalan beliau hanya terungkap beberapa minit sebelum kami memasuki perut pesawat A380 Emirates pada 15hb Julai lepas....dan sesampainya kami sekeluarga di tanah kelahiran si montel cilik ini, wanie tidak lagi takut2 untuk berjalan.

Tahniah anak mama.....walaupun seakan gaya robot, wanie tetap hebat!!!!!!!!!!!!!!!!!pada hari graduasi mama...wanie pantang diberi peluang, mesti beliau mahu berjalan sepuasnya.....walaupun comel dan cilik, gaya jalannya tak ubah macam kanak2 sudah berusia 3 tahun...wanie wanie....dan kebolehan 'menyimpan dan mengemas' juga semakin hebat sekarang....banyak2kan bersabar ye mama4hz dan maktok wanie....kami semua harus bijak menyorokkan barang2 yang menjadi perhatian wanie........

Saturday, 21 July 2012

Potret keluarga.








Alhamdulillah......

Impian mama4hz untuk ber'graduasi' bersama abah4hz menjadi kenyataan, syukur Ya Allah.....klik link di sini dimana inilah impian mama4hz 3 tahun lepas.. impian (wishlist) yang kedua telahpun tertunai sejak balik Malaysia tahun lepas,terima kasih byk-byk buat abah4hz...sekarang sedang fikir-fikir untuk samsung galaxy SII...hmmmmmm...

Wednesday, 11 July 2012

Kek2 3hz

Kek yang besar semuanya dibawa ke tadika hanie dan kelas zimah dan mizah...pada 28hb lepas..kek yang comel dan putih melepak sahaja di sambut secara kecil2an bersama jiran dan rakan terdekat.....Hajat di hati nak jemput ramai namun tika itu abah4hz masih belum kembali ke tanahair.....28hb jun sebenarnya adalah hari lahir mizah,,,,sekalikan untuk hanie yang sambut 30hb jun dan juga zimah yang akan sambut pada 18hb julai akan datang.....




Thursday, 28 June 2012

Ulang tahun kelahiran Mizah dan pemergian sahabat buat selama2nya...

Hari ini, 28.06.2012    alhamdulillah Mizah dah genap 7 tahun.....mama4hz ambil cuti 'meraikan' ulang tahun Mizah baik untuk di sekolah mahpun di rumah....akan dinukilkan kisah hari ini di entri seterusnya....

Dan dalam masa yang sama, mama4hz menerima berita pemergian sahabat abah4hz melalui FB ketika beliau di UiTM hari ini. Beliau sebaya dengan abah4hz dan mempunyai anak2 yang kecil  malah yang bongsu masih menyusu....Takziah dan sedekahkanlah surah AlFatihah buat allahyarhamah Roslina salleh yang telah pergi buat selam2nya akibat barah otak/tumor....Sungguh tidak disangka insan yang sangat 'caring' dan penyayang bagi mama4hz telah pergi,kami memang berniat nak melawat beliau hujung minggu di Hosp Sg Buloh,namun takdir Ilahi,beliau telah pergi buat selama2nya .Ini blogs beliau. Boleh lawati dan kami sekeluarga juga pernah beraya ke rumah mereka pada tahun 2009 ketika pulang sekejap ke Malaysia....Moga beliau ditempatkan bersama golongan yang soleh dan solehah amin...............

Monday, 25 June 2012

Sebelum terlena....

Kebelakangan ini mama4hz sukar nak melelapkan mata....tambah2 malam ini, England main dalam Eurocup 2012 ...sebelum inipun hanya berpeluang menonton Germany- vs Greece....tonton dalam tidur...setiap kali gol je, mama4hz terlelap...rasa mahu menonton, tapi jam sudahpun menunjukkan 1.00 pagi, seharusnya mama4hz perlu tidur sejenak sekurang2nya dari 11 mlm td...apapun mama4hz sekadar mahu berkongsi lagu nasyid yang amat indah melodi dan liriknya......

Thursday, 14 June 2012

Doakan abah4hz moga selamat.....

LULUS VIVA VOCEnya  yang akan ditempuhnya pada hari ini jam 2.30 petang waktu UK......9.30 malam waktu Malaysia................


Kami,mama4hz,4hz dan seluruh keluarga mendoakan yang terbaik untuk abah4hz.......amin amin ya rabbal al amin................

KEPUTUSAN ABAH4hz

Monday, 11 June 2012

Gambar tertunda....

Gambar2 ini sebenarnya untuk melunaskan janji mama4hz yang sepatutnya dikemaskinikan pada link ini, sehingga ke hari ini barulah teringat dan ada masa untuk ini.....
dalm feri menuju ke Pangkor....
Mizah dengan aksi 'canggihnya'...
Hanie teruja bila nampak air laut....

sungguh tenang air laut...sesuai untuk yang mahu lari dari hiruk pikuk kota



wanie yang sungguh gembira dapat masuk dalam air...
Percutian 'tidak dirancang' bersama maktok...lihat gaya kaki Zimah,stylo tu....
Ada 'shooting drama' ketika kami berada di sini Teluk Dalam Resort...nampak 2 pelakon popular
(bintang AF;Zarina Zainuddin & Marsha Milan), tapi malas nak bergambar dengan mereka...hehehe...
sebenarnya resort ini memang selalu ada 'shootiong drama@filem' menurut peniaga 'mini market ' kat situ...


Sebenarnya kenangan berbulan madu 9 tahun lalu di Pulau Tioman mengasak mama4hz untuk melunaskan janji yang ditabur dalam entri sebelum ini hampir 2 bulan lepas.....Gambar2 yang dipilih ada persamaan ciri2 percutian mama4hz bersama abah4hz 9 tahun yang lalu. Minat mama4hz pada pulau2 di Malaysia menimbulkan azam, masa-masa akan datang untuk membawa 4hz ke pulau2 lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian,Pulau Sibu, Pulau Tioman(lagi...) insyaallah....[yang pastinya Pulau Pinang memang lah selalu sebab mama4hz memang orang Pulau Pinang....] Langkah pertama ke Pulau Pangkor pastinya menimbulkan keterujaan buat 4hz...Mungkinkah destinasi berikutnya Pulau Langkawi(walaupun pernah membawa mereka(masa tu baru 2hz) hampir 6 tahun lepas, tatkala Zimah dan Mizah masih kecil ketika itu...wallahualam....segalanya tertakluk atas apa yang tersurat dan tersirat....di hari-hari yang mendatang...