Anak ketiga yang masih manja dalam keluarga dan cerewet dalam bab makan serta pemakaian.Sangat minat dengan karakter Barbie dan Princess. Menampakkan kematangan walaupun saiz dia tidak seiring dengan kematangan dia. Boleh dikatakan seorang budak yang kental dan tidak mudah patah semangat. Tahun ini, dia sudah mula pra-sekolah di sekolah yang sama dengan kakak2nya, tetapi selalunya Hanie akan pergi sekolah 10-15 minit lebih lewat daripada kakak2nya, memandangkan kelas pra-sekolah hanya bermula jam 8.00 pagi, kecuali hari Ahad, beliau perlu datang lebih awal untuk perhimpunan jam 7.30 pagi.
Tahun depan Hanie akan bergelar pelajar darjah satu. Berat badan normal walaupun nampak ringan, mungkin juga sebab ketinggian juga tidaklah seadanya, jadi BMI nya adalah normal.Besar harapan mama4hz, Hanie akan menjadi anak solehah dan berdikari seperti Zimah dan lincah serta lasak bagaikan Mizah. Sifat kemanjaan dia sememangnya sukar dibuang memandangkan dia dan adiknya Wanie, jarak yang agak jauh(hampir 3 thn 1/2) tetapi dia tetap sayangkan Wanie walaupun sifat cemburu sememangnya ada tetapi terkawal. Dua bulan lagi Hanie pula genap 6 tahun.Moga impian anak mama menjadi pendidik suatu hari nanti akan tercapai.Amin..........................
This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Tuesday, 30 April 2013
Sunday, 28 April 2013
Hamizah
Dua bulan lagi Mizah akan berusia 8 tahun. Mizah memang agak kontra dengan Zimah; rasanya sebagai ibu, mama4hz tidak perlu dihuraikan sikap dan atitudnya terlalu perinci.Sesungguhnya, Mizah mempunyai kelebihan yang tersendiri walaupun dia tidak sama dengan kakaknya,Zimah. Namun dia mempunyai banyak persamaan dengan sepupu baiknya, Imanina..
Lahir hanya selang seminggu, Mizah(28.06.2005) anak kedua dari atas(dari 4 beradik), Imanina(05.07.2005) anak kedua dari bawah(dari 5 beradik).Kedua-duanya selalu bergantung kepada kakak masing2, si Mizah selalunya memang banyak mengharap pada Zimah dan Imanina pula banyak mengharap pada Irdina. Dulu pernah suatu ketika, ketinggian juga agak sama, tapi sekarang Imanina lebih tinggi sedikit, bersaing dengan adiknya yang juga lebih tinggi sedikit daripadanya.Tahap kecerdasan dan kematangan juga agak seiring,cuma sekarang nasib Imanina lebih baik bersaing dengan pelajar kelas ranking pertama dari atas, Mizah masih di kelas pertama dari bawah.
Jika balik rumah maktok, pasti permintaan Mizah untuk ke rumah Imanina....dengan alasan, nak main sama2, tak kisahla ipad atau main bola dengan adik dia sekali Udin(Izuddin)...Kalau di lihat gambar di atas, tudung pun memang sama tapi tak serupa.Kedua2nya gemar memakai tudung tersebut.
Kekuatan Imanina pula disebabkan ibunya, mak uda adalah guru bahasa melayu, percakapan dia dalam bahasa melayu lebih teratur dan lebih meyakinkan. Mizah pula lebih malu dan adakalanya tidak yakin dengan kebolehan beliau, tapi dia suka mengaji dan menghafaz serta melaungkan azan. Mizah juga suka memakai songkok atau ketayap abahnya. Dia sememangnya agak lasak dan lincah serta seakan2 gaya lasak leaki, mungkin faktor pembawaan Mizah dulu, semangnya mama4hz lasak dan licah sewaktu mengandungkan dia.
Walaupun beliau agak manja dan sederhana dalam pelajaran , mama4hz tetap sayangkan Mizah sepenuh hati.Cita2 nya tinggi,mahu menjadi doktor gigi katanya dan didoakan Mizah akan berjaya mencapai cita2nya dewasa kelak. Insyaallah.
Friday, 26 April 2013
Akhirnya ....
Selepas 2 tahun tidak menjamah, akhirnya rezeki kami sekeluarga ......Alhamdulillah.
Sempena hari ulangtahun abah4hz Isnin lepas, mama4hz dengan berbesar hati mengajak dan berbelanja kami semua menikmati mee udang yang tidak ada tandingannya kesedapannya di Teluk Kumbar ini Jumaat lepas. Walaupun harga sepinggan mee sudah meningkat( dulu RM16 sekarang RM18 sepinggan), tidak mengapa, udang2 nya besar dan sangat berpuas hati dengan kesedapan dan harganya.
Gambar di atas, di lokasi yang sama 2 tahun yang lalu, Wanie masih baby dan pada waktu itu, kami baru sahaja pulang ke tanahair.....

Monday, 22 April 2013
27 bulan dan 36 tahun
22.04.2013
Hanya salin dari status FB mama4hz hari ini....
Hari ini wanie genap 2 thn 3 bulan(masih menyusu bdn...erm...)
dan abah wanie genap 36 tahun...selamat ulangtahun sayang..
.
Moga insan2 kesayangan mama4hz ini sentiasa dalam lindungan Ilahi(tambahan)...Amin..
dan juga moga Mizah cepat sembuh dari muntah dan demam nya....
(petang ini abah nak belanja...alhamdulillah.....)

Wednesday, 17 April 2013
Banyaknya nak update TETAPI
Masa sangat terhad......insyaallah bila ada lebihan masa di mana, akan dikemaskinikan beberapa perkara yang telah berlaku di dalam famili 4hz dalam bulan april ini, insyaallah... .....
Saturday, 16 March 2013
Hazimah
Tahun ni si zimah akan menginjak usia 9 tahun.
Namun pemikiran beliau adakalanya seakan budak yang sudah menginjak 11 tahun.
Harapan keluarga.
Harapan mama4hz dan juga harapan abah4hz.
Bertanggungjawab, suka berfikir, suka menulis dan rajin juga menyuarakan segala ketidakpuasaan hatinya....
mama4hz suka dia suka bertanya itu ini malah beliau juga suka mempertikaikan sesuatu perkara yang beliau tidak setuju.
Ini bagus untuk pengasahan minda beliau ke arah pemikiran kritikal dan inovatif.
Mudah-mudahan beliau akan menjadi contoh yang baik untuk adik-adiknya sehingga beliau dewasa kelak....
Minggu lepas, beliau menyertai aktiviti bercerita di sekolahnya dan kata beliau lagi, esok cikgu akan memaklumkan siapa pemenangya- hal ini agak mengelirukan mama4hz memandangkan menurut Hazimah, hanya dia seorang dari Tahap 1 dan ada seorang lagi dari Tahap2.
Masakan ada pemenang?hmmmm esok petang tunggu apa kisahnya nanti....
Mama4hz mempunyai harapan yang agak ke awan juga buat beliau, namun tidak terlalu mengharapkan....asalkan beliau akan berjaya dengan acuannya tersendiri.
Sebagai mama, mama4hz berazam akan sentiasa menyokong dan memberi galakan untuk beliau dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar di alaf millenium ini...

![]() |
| Gambar terkini Hazimah bersama adik-adiknya- ehsan Abang Baahir(abang sepupu mereka...) |
Tuesday, 12 March 2013
Wednesday, 6 March 2013
Misi untuk 35 hari....
Sebenarnya hasrat untuk kurus sentiasa ada,namun sebelum ini ibarat hangat2 tahi ayam....niat suci murni ini adakalanya dilupakan saja dan mama4hz sengaja mengikut hati dan perasaan dalam hal makan...namun kebelakangan ini baru tersedar dari lamunan menghayati kehidupan yang fana ini, maka mama4hz nekad untuk mencabar diri kurus secara sihat....mungkin juga entri sebelum ini ada kaitan juga dan menyuntik semangat mama4hz untuk membuat langkah2 pencegahan sebelum terlambat.Namun kalau ajal mama4hz pendek, penyakit kronik datang mengundang jua masa2 akan datang, mama4hz pasrah dan berserah kepada Yang Maha Esa jawabnya, sekurangnya mama4hz sudah berusaha untuk menjadi lebih baik....wallahualam...
Nak kongsikan pengalaman mengikuti kursus "jom Kurus' oleh Kevin Zahri Sabtu lepas di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas......mujurlah abah4hz sangat sporting....dia menghantar mama4hz selepas menghantar zimah ke AMPAC Bertam, dan abah4hz hantar mizah,hanie dan wanie di rumah mak uda, sebab abah4hz juga ada urusan dengan 'kuda jazz' mama...
Pengisian yang penuh lawak jenaka dan mudah difahami cukup mengujakan peserta sehingga masa 3 jam berlalu begitu pantas ......insyaallah doakan mama4hz akan mencapai sasaran untuk kurangkan 5kg dalam masa 5 minggu; bermula semalam-5 Mac 2013, dengan pelan dan menu yang 'dirancang' mengikut kapasiti kalori yang diperlukan oleh badan mama4hz dan keperluan kalori yang perlu dibuang......
Gambar di bawah (ihsan daripada FB Kevin Zahri) adalah ilusi optik sahaja...walaupun nampak mama4hz 'agak' kurus namun tidak benar semua itu....masih montel dan sangat 'comel', berat terkini 62kg...sasaran berat dalam masa 5 minggu akan datang 57kg-55kg insyaallah!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)