This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Sunday, 26 January 2014
Adakalanya kerinduan bertandang.....
Nor Intan Saniah Sulaiman
26 January
'Dengan Basikal Aku Menjelajah':Siri 4- Scotland(TV AlHijrah).....
terubat sikit rinduku pada UK....
Wednesday, 22 January 2014
Wanie sudah 3 tahun....
Selamat hari lahir wanie ku sayang yang ke 3....22.01.2014
kini wanie sudah bergear kakak@kak chik.
.namun mama5hz tetap melihat dirimu sebagai 'my little girl' yang semakin cerdik dan montel...

Tuesday, 14 January 2014
3 hari sebelum bersalin....
Masih sempat ke walimah terakhir di Sg Petani sebelum bersalin
(walaupun tanda2 sakit untuk bersalin sudah terasa....)..kenduri kahwin adik sahabat tempat sekerja- auntie Faiezatul Akmar... alhamdulillah...rasanya kali terakhir juga makan laksa kegemaran mama5hz di tempat walimah tersebut selain nasi minyak ..
Selamat pengantin baru yang ceria....pengantin lelaki adalah adik auntie Faiezatul...
senyum kekenyangan bersama kakak pengantin sebelum pulang ke Jitra .....
baju besar..tak nampak perut walhal dah 37+++ minggu....

Monday, 6 January 2014
Alhamdulillah...mama4hz wanita terpilih...............
17hb Disember 2013= 14 Safar 1435
Secara rasminya mama4hz kini bertukar kepada mama5hz dan syukur ke hadrat Ilahi kerana menjadi wanita terpilih untuk melahirkan ' 5 girls in a row' (5 anak perempuan berturut-turut).....syukur ya Allah.....
06.01.2014- genap 21 hari usia ahli baru dalam keluarga kami...
Nurhazmi 'Afni binti Muhammad. Dilahirkan di Kedah Medical Center
Baru ada kekuatan untuk meng'update' blogs selepas merehatkan diri daripada blogs mama5hz....untuk menumpukan kepada 'Afni yang mengalami normal jaundis(selama 7 kali perlu diambil darah baby'Afni sebaik saja selepas discaj dari wad untuk tujuan pemantauan...) ;
19/12[bacaan 8.7],ulang......
20/12[bacaan 11],ulang...
21/12[bacaan 13.3],dah cuak....
22/12[bacaan 14],mama5hz 'stress'!!!!!!!!
23/12[bacaan 15-hampir di tahan, namun merayu untuk tidak ditahan...mujur baby 'Afni 'semangat'],
24/12[bacaan 11]-di KMC DAN
26/12[bacaan 7.6]) di KMC# hari ke 10 ......
dan doktor maklumkan dah tak perlu ulang ambil darah lagi...l ,kini sudah pulih sepenuhnya.....
alhamdulillah....
Maaf gambar baby 'Afni belum boleh disiarkan lagi...sebabnya??? boleh klik di sini...

Wednesday, 4 December 2013
Janji ditepati untuk 4hz tersayang...
Lost World of Tambun.....
Menunaikan janji buat zimah dan adik2nya pada 22 Nov lepas ...di mana sepatutnya zimah menyertai rombongan sekolah ke sini pada 6 Nov lepas, namun mama4hz tidak dapat izinkan atas sebab2 yang tertentu(tarikh tersbut, kami semua ada di Penang...)....Alhamdulillah...zimah beritahu trip bersama keluarga lebih bermakna dan lebih seronok....kami bermalam di hotel 'rasmi' kami di Ipoh dan boleh pusing2 semua tempat di Lost World ini selain mandi manda yg menjadi agenda utama. Walaupun mama4hz memang sudah sarat(sudah mencecah 34 minggu saat itu....), demi 4hz....alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Berposing 4 beradik sebelum masuk...cuaca yang redup sangat mendamaikan...
Wanie tak mahu mandi di hotel...masih berbaju tidur versi cantik....

Hampir 2 jam berendam...memang puas hati...
| Burung kakak tua di Petting Zoo..... |
Tuesday, 19 November 2013
Terima kasih mak(maktok 4hz)...Monolog hari lahir ke34 tahun untuk kesekian kalinya......
Saya=mama=mama4hz
Mak= maktok 4hz
Hari ini, 19.11.2013 cukup sudah 34 tahun mak melahirkan saya walaupun ayah telah pergi ketika seusia saya dalam kandungan mak mencecah 4bulan, namun mak tabah melalui liku2 kehidupan sepanjang mengandungkan saya dan juga selepas melahirkan saya. Terima kasih mak sebab terlalu banyak bersabar membesarkan saya sehingga kini......dengan karenah saya yang tidak menentu mood dan tidak seperti kanak2 lain yang sentiasa riang ria, saya di waktu kanak2 memang sangat pemalu dan tidak mempunyai ramai kawan sepermainan, mungkin sifat pemalu yang diwarisi dari arwah ayah menghadkan aktiviti sosial bersama rakan sebaya, namun semakin meningkat dewasa, sifat pemalu yang masih menebal cuba diasimilasikan dengan sikap yakin diri dan sentiasa mencabar diri sendiri dengan suasana sekeliling, sikap ini rasanya saya warisi dari mak yang cekal orangnya dan tabah serta kuat semnagat....
Di usia yang semakin menginjak ke 40an beberapa tahun lagi, masih banyak kelemahan dalam diri dan azam untuk berubah sentiasa ada dan sentiasa segar tersemai di hati. Namun, saya memerlukan sokongan dan dorongan dari sekeliling saya untuk sentiasa memperbaiki sikap dan diri yang ada terutamanya sikap dan atitud negatif yang memang amat mencabar untuk dikikis.
Terima kasih mak kerana mak adalah pengkritik setia untuk saya dan mak juga pendorong setia untuk saya mengharungi kehidupan mencabar ini. Tidak lupa juga untuk teman hidup tersayang serta kakak2 saya (k.wa,k.na,k.ni, k.a dan k.ina) serta abang yang tidak pernah hipokrit mengritik saya dalam memperbaiki hidup ini.Insyaallah setiap teguran dan nasihat sentiasa tersemat di hati, namun untuk berubah sekelip mata adalah sesuatu yang mustahil.Insyaallah sekeras2 kerak nasi, dicurahkan air, lama-kelamaan akan lembut jua.
Buat srikandi2 mama yang amat disayangi, kalian juga adalah kekuatan hidup mama. Mama sentiasa doakan srikandi mama sentiasa adalam lindungan Ilahi.Andai kata mama tidak sempat melihat kalian semua membesar, redhalah dan pasrah serta ikut cakap abah serta insan2 yang akan menjaga kalian kelak.
Maaf, entri di adalah monolog spontan seorang insan yang bernama Nor Intan Saniah Sulaiman.
Orangnya tegas dan keras hati tapi dalam hatinya ada bunga2 yang indah.....lembut hati dalam sesetengah keadaan........

Sunday, 17 November 2013
Cuti sekolah sudah bermula....
Walaubagaimanapun, mama4hz tidak ada perancangan khusus untuk 4hz memandangkan mama4hz dah semakin mengah dan kurang mampu untuk berjalan jauh.Sementelahan lagi, 4hz dah jln2 ke sana sini sebelum cuti sekolah lagi. Insyaallah minggu hadapan 4hz akan dibawa ke tempat yang pasti menggembirakan mereka- tidaklah jauh sangat dan tidaklah terlalu dekat...cukup untuk mengembirakan mereka......Insyaallah...jika diizinkanNya....
Minggu terakhir persekolahan, Zimah dan Mizah mendapat berita gembira dengan pencapaian pentaksiran akhir tahun dan kedua2nya akan naik kelas yang lebih baik daripada tahun ini.
Tahniah sayang berdua ....Hanie pula akan lalui ujian saringan hujung tahun nanti sebelum masuk darjah satu awal tahun 2014.
Cabaran bagi mama juga dengan persediaan dan persiapan ke sekolah untuk 2014 dan juga persiapan 'orang baru' yang dijangka lahir hujung tahun nanti.Alhamdulillah,semuanya mama4hz terima dengan penuh keredhaan.
Nampak gaya persiapan 'orang baru' perlu diberi keutamaan memandangkan sejak2 akhir2 ini sering mendapat alamat waktunya yang sudah semakin hampir melalui mimpi, .....wallahualam.
Alhamdulillah, persiapan untuk 'orang baru' dah hampir 85% lengkap. Tidaklah terlalu keterlaluan dan tidaklah terlalu ketidaktahuan. Sekadar yang mampu dan sekadar yang selayaknya. Wala
upun doktor sudah sahkan jantinanya untuk sekian kalinya, namun mama4hz tetap mengharapkan sesuatu keajaiban, dan meletakkan pergantungan kepada Allah s.w.t., yang menjadi keutamaan di sini adalah sihat dan selamat semuanya.
Persiapan keperluan persekolahan 3hz pula, insyaallah akan disediakan berperingkat-peringkat. Memandangkan 3hz baru sahaja cuti sekolah, aktiviti2 di waktu cuti sekolah perlu diberi perhatian. Jika ada rezeki, mama4hz akan menghantar Mizah dan Hanie ke Program Cuti Sekolah(PCS) anjuran AMPAC Dis nanti.Zimah dah bergraduat bergandingan sepupunya, Nur Irdina dengan program AMPAC - bagi PCS Dis 2012 lepas dan Program BEEZ sepanjang Jan-Jun lepas. Maka, kali ini, mama4hz mahu beri peluang kepada adik2nya pula. Insyaallah...
Gambar2 di bawah ketika Zimah dan sepupunya bergraduasi program BEEZ awal Julai lepas
Thursday, 14 November 2013
Jalan sana sini sebelum cuti sekolah....
Sekali lagi ikut abah4hz menghadiri tugas rasmi(seminar) di Gurney Hotel pada 5 dan 6 Nov lepas....Kolam di sini ala2 taman tema air....kami mandi sekejap sahaja....memandangkan abah perlu melaksanakan tugas rasmi sebelum kami ke KL(juga atas tugas rasmi abah4hz) pada 6 Nov petang..................
.
Berikutnya, kami 'menemani' mama4hz ke Langkawi juga atas tujuan tugas rasmi ....11 dan 12 Nov...gambar terlalu sedikit...masih dalam smartphone lagi...tungggu..........

Subscribe to:
Posts (Atom)