Thursday, 28 June 2012

Ulang tahun kelahiran Mizah dan pemergian sahabat buat selama2nya...

Hari ini, 28.06.2012    alhamdulillah Mizah dah genap 7 tahun.....mama4hz ambil cuti 'meraikan' ulang tahun Mizah baik untuk di sekolah mahpun di rumah....akan dinukilkan kisah hari ini di entri seterusnya....

Dan dalam masa yang sama, mama4hz menerima berita pemergian sahabat abah4hz melalui FB ketika beliau di UiTM hari ini. Beliau sebaya dengan abah4hz dan mempunyai anak2 yang kecil  malah yang bongsu masih menyusu....Takziah dan sedekahkanlah surah AlFatihah buat allahyarhamah Roslina salleh yang telah pergi buat selam2nya akibat barah otak/tumor....Sungguh tidak disangka insan yang sangat 'caring' dan penyayang bagi mama4hz telah pergi,kami memang berniat nak melawat beliau hujung minggu di Hosp Sg Buloh,namun takdir Ilahi,beliau telah pergi buat selama2nya .Ini blogs beliau. Boleh lawati dan kami sekeluarga juga pernah beraya ke rumah mereka pada tahun 2009 ketika pulang sekejap ke Malaysia....Moga beliau ditempatkan bersama golongan yang soleh dan solehah amin...............

Monday, 25 June 2012

Sebelum terlena....

Kebelakangan ini mama4hz sukar nak melelapkan mata....tambah2 malam ini, England main dalam Eurocup 2012 ...sebelum inipun hanya berpeluang menonton Germany- vs Greece....tonton dalam tidur...setiap kali gol je, mama4hz terlelap...rasa mahu menonton, tapi jam sudahpun menunjukkan 1.00 pagi, seharusnya mama4hz perlu tidur sejenak sekurang2nya dari 11 mlm td...apapun mama4hz sekadar mahu berkongsi lagu nasyid yang amat indah melodi dan liriknya......

Thursday, 14 June 2012

Doakan abah4hz moga selamat.....

LULUS VIVA VOCEnya  yang akan ditempuhnya pada hari ini jam 2.30 petang waktu UK......9.30 malam waktu Malaysia................


Kami,mama4hz,4hz dan seluruh keluarga mendoakan yang terbaik untuk abah4hz.......amin amin ya rabbal al amin................

KEPUTUSAN ABAH4hz

Monday, 11 June 2012

Gambar tertunda....

Gambar2 ini sebenarnya untuk melunaskan janji mama4hz yang sepatutnya dikemaskinikan pada link ini, sehingga ke hari ini barulah teringat dan ada masa untuk ini.....
dalm feri menuju ke Pangkor....
Mizah dengan aksi 'canggihnya'...
Hanie teruja bila nampak air laut....

sungguh tenang air laut...sesuai untuk yang mahu lari dari hiruk pikuk kota



wanie yang sungguh gembira dapat masuk dalam air...
Percutian 'tidak dirancang' bersama maktok...lihat gaya kaki Zimah,stylo tu....
Ada 'shooting drama' ketika kami berada di sini Teluk Dalam Resort...nampak 2 pelakon popular
(bintang AF;Zarina Zainuddin & Marsha Milan), tapi malas nak bergambar dengan mereka...hehehe...
sebenarnya resort ini memang selalu ada 'shootiong drama@filem' menurut peniaga 'mini market ' kat situ...


Sebenarnya kenangan berbulan madu 9 tahun lalu di Pulau Tioman mengasak mama4hz untuk melunaskan janji yang ditabur dalam entri sebelum ini hampir 2 bulan lepas.....Gambar2 yang dipilih ada persamaan ciri2 percutian mama4hz bersama abah4hz 9 tahun yang lalu. Minat mama4hz pada pulau2 di Malaysia menimbulkan azam, masa-masa akan datang untuk membawa 4hz ke pulau2 lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian,Pulau Sibu, Pulau Tioman(lagi...) insyaallah....[yang pastinya Pulau Pinang memang lah selalu sebab mama4hz memang orang Pulau Pinang....] Langkah pertama ke Pulau Pangkor pastinya menimbulkan keterujaan buat 4hz...Mungkinkah destinasi berikutnya Pulau Langkawi(walaupun pernah membawa mereka(masa tu baru 2hz) hampir 6 tahun lepas, tatkala Zimah dan Mizah masih kecil ketika itu...wallahualam....segalanya tertakluk atas apa yang tersurat dan tersirat....di hari-hari yang mendatang...

Monday, 4 June 2012

Cuti sekolah???cuti2 Msia ke mana???











Dah lebih seminggu cuti sekolah berlalu...hujung minggu lepas, mama4hz ada urusan rasmi di Shah Alam, sambil2 mama4hz menjalankan tugas rasminya, abah4hz bawa kami jumpa kawan2 lama di sana....kami sangat teruja dan gembira.....

Esok pagi, kami akan balik Kelantan, melawat mo' yang masih terlantar di atas katil...insyaallah kami di sana sehingga ke penghujung cuti sekolah....

Dia 'hilang' jua..............

Sudah lebih seminggu......

Mudah2an kami akan mendapat pengganti yang lebih baik dan mampu menjaga wanie serta membantu maktok.....dugaan dan cabaran yang datang menguji kekuatan diri....

Wednesday, 30 May 2012

9th Anniversary

happy 9th anniversary to my lovely hubby@abah4hz....Muhammad Mat Yusof...moga kasih sayang kita hingga ke syurga.......

 another 1 year to achive 10 years anniversary....then another 15 years to gain 'silver jubilee'.......(amboi!!!!!!!!!!!!!tingginya impian....)

Moga mahligai ini kukuh sekukuh2nya persis chalet di Teluk Dalam Resort di bawah.....amin.........

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Status mama4hz di FBTerima kasih buat semua guru/pendidik/pensyarah (Cikgu Mazanah Yusoff;William Sir Chong; Mar Ibrahim;Rose Alinda Alias dan ramai lagi yag tidak dapat dikesan di FB ini...) yang pernah mendidik ku dari tadika,sek keb,sek men,ppp/ausmat,matrikulasi dan universiti....tanpa insan yang bernama guru...tidak mungkin aku mampu menjadi apa yang aku tempuh sekarang....Alfatihah juga buat Allahyarhamah Cikgu Hajjah Fatimah Hj Mustapha(guru sejarah mama4hz 95/96)..... Ku dedikasikan lagu ini buat semua insan yang bernama GURU yang aku kenali termasuk sanak saudara mahupun rakan2 seperjuangan...
Kisah 4hz;ooopps 3hz sebab wanie belum bersekolah..hanya zimah sahaja ke sekolah..dia sangat seronok melihat sambutan hari guru di sekolah....mama4hz belikan 4 hadiah unuk guru2nya dan zimah hanya berikan kepada 2 orang gurunya sahaja....dua lagi mizah akan beri kepada gurunya esok sebab tetiba aje hari ni dia 'kurang sihat'...ada la sesuatu yang menyebabkan dia malas ke sekolah...hmm dahla 'cerdik' sungguh dia.....selalunya kalau mizah tak esekolah, secara automatik,hanie pun tak mahu ke tadika...hmmmmm,budak2 generai Y,macam ni ler.......banyakkan sabar je la..... Tidak lupa juga....terima kasih banyak2 buat Cikgu Hajar sebab sudi berikan tart yang sangat sedap......sempena hari guru...Apapun mama4hz tetap mengagumi kredibiliti Cikgu Hajar........(bukan membodek dek kerna suaminya orang penting di tempat mma4hz kerja..,memang ikhlas dari hati..).......