Untuk sekian kalinya, mama4hz membawa Hanie berjumpa doktor pakar untuk pemantauan 'lump'@cystic hygroma yang beliau alami sejak lahir selepas 6 bulan tidak ada 'appointment'....
Selepas hampir 2 jam menunggu, dapat berjumpa doktor tidak mencecah pun lebih 10 minit, namun apabila doktor amati, bengkak bawah ketiaknya sudah tiada langsung.Syukur sangat.
Selepas ini, Hanie tidak perlu berjumpa doktor pakar lagi kecuali jika ada bengkak semula. Selepas ini dia hanya perlu jumpa doktor pakar kulit sahaja.Mudah2an masalah kulitnya juga akan menemui jalan penyelesaian,seiring dengan masalah mama4hz, yang kini sedang 'kritikal' dengan ekzema di tangan.Segan nak perincikan, gusar dikatakan mengada-ngada, namun hanya Allah yang tahu. Ini mungkin satu ujian dariNya.Terima dengan redha dan tidak mahu mengeluh.Ada insan lain yang lebih susah dan lebih derita.
Sebagaimana yang mama4hz janjikan, ramai lagi orang di sekeliling kami yang menderita sakit kronik seperti bekas pengasuh 3hz, Mak Siti, yang kini terlantar di wad hospital sudah lebih 2 minggu akibat komplikasi darah tinggi(kuman memasuki darah beliau) dan doktor juga sahkan beliau mempunyai kecing manis yang agak kritikal, insyaaallah nekad untuk melawat beliau lagi esok, insyaallah.
Sepupu mama4hz pula kini terpaksa di atas kerusi roda selepas terlibat dengan kemalangan pada hujung Januari lepas, dimana doktor mengesahkan beliau menghidap beberapa penyakit kronik apabila beliau menerima rawatan akibat kemalangan.Penyakit kronik beliau bukan disebabkan kemalangan, namun sudah sedia ada, namun apabila kemalangan, baru dia disedarkan hal itu. Moga abg@Pakcik Kashful akan lebih stabil selepas ini. Mama4hz sentiasa mendoakan adik2nya @sepupu mama4hz tabah melalui semua ujian ini....
Mo' kami (mama abah)... masih terlantar di rumah kakak mama4hz@mak muda 4hz di Tanah Merah.Walaupun beliau stabil, namun keadan strok sebelah badan beliau menyebabkan beliau masih belum boleh bercakap dan masih terlantar atas katil.....Antara sebab utama, kini kami perlu balik sekurang-kurangnya sebulan sekali menjenguk mo' di kampung.....
Maktok kami yang kami sayang dan tinggal dengan kami(4hz) pun sebenarnya mempunyai kencing manis(walaupun terkawal....namun adakalanya tahap kolestrol beliau naik,,,,dan kadang2 dia mudah penat....)
Mama4hz sedang berkira-kira untuk menghantar wanie ke 'nursery' walau dilarang keras oleh maktok...alasan beliau kesunyian di pagi hari.Namun, mama4hz masih dalam dilema atas alasan maktok itu dan masih dalam pertimbangan yang rapi.
Kenapa? kerana mama4hz tidak penah mengahtar 4hz ke mana2 pusat asuhan kecuali tadika.Jadi, memang diakui, cerewet adalah perlu kerana mama4hz mahukan yang terbaik untuk si wanie.Doakan wanie akan dapat tempat yang terbaik untuk dirinya.'Nursery' yang ada aktiviti pengembangan minda untuk kanak2 seusia wanie.Wallahualam....
This blog is about 4 girls's life in UK (9 Jan 2008 until 24 March 2011) NOW already have other 2 new edition in Malaysia...
Tuesday, 26 February 2013
Sunday, 24 February 2013
Bukan mudah....
Sebenarnya sasaran untuk menulis blog sekurang2nya seminggu sekali masih tidak tercapai di atas beberapa faktor.....
- kekangan masa
- terlalu berhati-hati( cuba kurangkan, namun tak berjaya, tetap terlalu berhati-hati)
- adakalanya pengolahan ayat mungkin nampak terlalu skema...rasanya itu antara sebab
pengujung malas nak datang selalu.....tapi mama4hz tak kisah sebenarnya....
- tak banyak aktiviti unik atau lain dari yang lain ....biasa-biasa sahaja mungkin....
walau apapun...mama4hz tetap kuatkan semangat supaya blog ini tidak terkubur atau jarang ditulis....walau tiada peminat mahupun kurang pengunjung.....kalau pandai berfikir 'di luar kotak fikiran'..sebenarnya boleh sangat ditulis 2 atau 3 kali seminggu.....tetapi mama4hz akui kadang2 tidak cukup kreatif dan inovatif dalam penulisan blogs.....
kadang2 boleh di tulis satu atau dua ayat sebab kebuntuan idea........wallahualam.....
ini status terkini di FB mama4hz.....
'ramai sangat orang di sekeliling aku sakit kronik...aku yakin aku juga akan menyusul seperti mereka...wallahualam...aku cuba nak follow gaya hidup sihat seadanya tapi macam agak mustahil..'
(hanya 'close friend' di Fb yang boleh baca...) sebab menyentap perasaan sikit.....siapa orang sekeliling mama4hz yang dimaksudkan....akan dikongsikan di enrti seterusnya...

Transit sekejap...
Cuba buat sesuatu kelainan ketika pulang ke kampung abah4hz sewaktu cuti raya cina yang lalu.
Singgah bermalam di Lake Side Inn Banding. Alhamdulillah...panorama subuh ke pagi nya cukup indah tambahan pula bilik yang disewa menghadap Tasik Banding....aktiviti mandi kolam tetap tidak diabaikan...4hz sempat juga mandi kolam sebelum terus bergerak ke Tanah Merah.....

Sunday, 27 January 2013
Sambutan bersama....UPDATED 12 02 2013
Alhamdulillah tahun ini hajat nak belanja mak tok tercapai dan juga hajat nak 'sambut bersama2' dengan Anis Umariah dan Nurhazwani tercapai.....
Pada 2 Jan lepas...kami sekeluarga belanja maktok di SR.....ada 3 potong kek berlainan jenis dan pelbagai juadah mengikut selera masing2...masyaallah ....
Dan semalam, 26 Januari 2013 selepas tertangguh beberapa hari, kami semua makan tengahari beramai2 di Restoran Qasar Hadramawt di Bandar Perda meraikan hari lahir wanie dan sepupu2nya, kak syakirah(12.01.2001, tahun ni dia genap 12 tahun..) dan kak anis umairah(birthday anis memang sama tarikh lahir dgn wanie...22.01..tapi tentunya lain tahun...) anis genap 6 tahun..dan wanie genap 2 tahun....
Dan mama4hz juga bersyukur sangat sebab dapat juga belanja sepupu wanie yang perolehi 5A dalam UPSR 2012 yang lalu..kak sakinah yang suatu ketika dahulu merupakan anak saudara kesayangan mama4hz, yang kebetulan pulang ke rumah maktok pagi semalam.....jadi semua sekali 5 keluarga anak2 maktok(keluarga kami, keluarga mak uda, kelurga mak ndak, keluarga pak teh dan juga keluarga mak ngah...), cucu2 maktok saja dah ada dalam 20 orang..tu tak termasuk abg ammar dan anak2 mak njang dan anka mak long....kalau tidak 29 orang fuh.....agak 'havoc' juga restoran tu dengan keletah masing2.....
Sebenarnya 28 Dis 2012 lepas..mama4hz juga ada buat kejutan utk hari lahir abg Islah dengan kek aiskrim Baskin Robbin yang comel ajer...kekonon bersekali dgn semua yg sambut untuk Januari 2013...hehehehe...

Tuesday, 22 January 2013
Sunday, 6 January 2013
'Terapi Minda' di awal tahun baru 2013
Kali ke tiga ke sana(Lumut)...tapi kali pertama untuk tahun ini...
Ya, ke sana lagi walaupun baru saja ke sana Nov 2012 lepas..tapi tempat penginapan yang berbeza...mama4hz ada urusan rasmi di Gopeng semalam, Jumaat pagi, seusia selesai saja urusan rasmi, maka kami sekeluarga terus sahaja menginap ke sini..yang sungguh mendamaikan....kebetulan sahaja mama4hz baru sahaja ter'beban' dengan tekanan kerja di pejabat yang mengasak jiwa dan menguji kesabaran serta emosi......mujurlah mama4hz mempunyai teman hidup dan 'boss' satu lagi yang juga memahami....sebenarnya hajat memang ke sini Nov lepas, namun jika waktu cuti sekolah kadar sewa di sini lebih mahal...alhamdulillah...walaupun lokasi nya lebih terpencil berbanding Best Western..namun ianya tetap mendamaikan.....untuk makan...kebetulan mama4hz ada sepupu yang menetap di Seri Manjung, kali ini makan malam kami ditaja oleh sepupu mama4hz..Makteh Rahmah....terima kasih banyak2 ..sebelum ke Lumut juga, kami singgah di Seri Iskandar, berjumpa acik Siti yang pernah menjaga Hanie di Manchester suatu tika dulu...mujur beliau sekeluarga ada di rumah..suaminya baru saja pulang dari UK dan lulus viva di universiti yang sama tempat mama4hz belajar..tahniah diucapkan...kami dah pernah ke rumah acik 2 kali sebelum ini....jadi kali ini, saja buat sesi terjah sahaja....nasib baik ada....
Ke sini sememangnya tidak di rancang...untuk tahun 2013, pelbagai rancangan 'cuti2 msia' sedang dirangka supaya masa yang berlalu tidak pergi begitu saja...walaubagaimanapun perancangan percutian memang tidak sesuai dimaklumkan sebelum tiba waktunya kerana semuanya berkemungkinan akan berubah sebagaimana dalam lagu yang di dendangkan oleh Zainal Abidin Headwind ini.......
Monday, 31 December 2012
2013...aku datang....
suka sangat cerita ini bukan kerana ceritanya namun penataan warna dan latarbelakang lokasi penggambaraan yang membuatkan mama4hz jatuh hati waima pelakon utama yang sangat 'cekal dan komited' dalam mencari cintanya...berazam untuk ke sana(Istanbul) insyaallah.....
Saturday, 22 December 2012
Selamat pengantin baru .....selamat hari lahir mama4hz
Seperti biasa....entri mama4hz memang tak pernah sesegar keluar daripada oven....dah lebih sebulan barulah nak diceriterakan alkisah perkahwinan sepupu mama4hz yang comel ini...sepupu mama4hz ni anak bongsu bertemu pasangannya yang juga anak bongsu..macam mama4hz dan abah4hz jugalah ni.....mama4hz memang kenal benar sepupu mama4hz seorang ni...manjanya lebih kurang macam mam4hz juga...
Tiada banyak sumbangan yang diberikan..adalah sikit2.... memandangkan kenduri kahwin ini adalah yang terakhir untuk tok njang...maka...kami luangkan masa yang agak lama di rumah tok njang pada 17hnb Nov lepas di Kulim....tapi gambar kurang banyak sebab mama4hz agak kepenatan hari itu...

Asma' Nisak dan Mohd Nasir...
mama4hz bersama pengantin juga bersama kakak mama4hz..mak uda...dan sepupu2 kami....
bilik pengantin bertemakan gabungan 'greenerish creamish'
ni apa pulak ni???mama belanja kek sempena hari lahir mama4hz (2 hari lebih awal dari tarikh sebenar iaitu 19hb nov) sebab hari kenduri tu bolehla berjumpa saudara mara kami yang ada dan yang pulang dari KL iaitu mak njang......tapi mama4hz beri penghormatan untuk kami yang memotong kek...kek chocolate indulgence SR...
kenduri sebelah suami maksu asma pada 24hb nov...di alor setar......gambar di atas pengantin bersama mak tersayang serta kakak2 dan kakak iparnya.....mak long yoon,mak ngah husna dan mak teh julia..(mama4hz hentam je pangkat2 tu..hehehe...)
mam4hz ada jugak nak bergambar bersama toksu nah dan anak2nya yang merupakan bapa2 dan mak2 saudara sepupu kami....
Sekian...semoga maksu asma berkekalan dan bahagia hingga ke hujung nyawa.....
Subscribe to:
Posts (Atom)