Saturday, 9 May 2015

Cerita Jun 2014

Sebenarnya terasa rindu sangat untuk jejakkan kaki ke sini...namun mustahil rasanya atas beberapa kekangan.
Bersama takaful agen mama5hz @ isteri rakan sekerja sesampai di klia2

Di Rumah Mode

Seronok dapat mencuci wang rupiah di sini....


Di Pasar Baru.....

Tempat membeli kek tersohor di Bandung

Window shopping....

Seronok ajer kanak2 ribena....

Check out time from Golden Flower Hotel

Afni yg masih terserlah montelnya waktu ini...

Sampai jumpa lagi...kawan baru mama5hz  di sana....walhal se UUM.....

Cuma nak berkongsi gambar ke sana membawa 5hz atas urusan seminar bagi mama5hz dan abah5hz,
terjumpa pula rakan sekolah menengah ketika membeli belah di sana ....

Macam mimpi terjumpa kawan lama AIGS ....Suriani Jamil,hampir 20 tahun tidak ke temu

Friday, 24 April 2015

Dah mula ke?????


Aim to FIT not because aim to follow anybody nor to be skinny mom or thingy woman...just wanna FIT....for 5 months from now...Insyaallah....still in induction...still in study diet ATKINS and diet suggested by KEVIN ZAHRI and lately I turn love in zumba exercise if possible...my aim wanna be healthy mom for my girls even though I know the challenges is there. Thank you.

Current weight: 64 kg (last check 21 mac 2015)
Aim to loose: 15kg after 19 Nov 2015

Antara link yang menjadi rujukan mama5hz untuk Diet Atkin adalah:
1- Apa itu Diet Atkin
2- Atkins Menu
3- Apa itu Diet Atkin? Best ke?
4- Atkins Diet
5- Resepi Masakan Atkins
6- Ulasan 5 Diet Paling Popular

Hari ini, secara spontan,mama5hz berminat untuk mengetahui tentang Diet Atkin berikutan terperasan beberapa rakan FB mama5hz yang mengamalkan diet Atkin ini dan mendapat tindak balas yang amat singkat, dalam masa 2 bulan.

Sebelum ini, mama5hz lebih banyak mengetahui tentang diet yang disarankan oleh Kevin Zahri sahaja. Diet yang disarankan beliau lebih holistik dan lebih sihat, mama5hz rasa. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang sentiasa mahu belajar dan mencabar diri, tidak salah untuk mengetahui jenis-jenis diet yang ada di dunia ini.....

Secara seriusnya, mama5hz belum lagi mulakan mana2 jenis diet, cuma sudah meningkatkan aktiviti fizikal seperti zumba jika ada masa dan ruang, banyakkan menaiki tangga di ofis, makan semestinya 5 kali sehari semalam. Mama5hz masih lagi bertoleransi untuk mulakan diet kerana masih menyusukan si comel 'Afni yang baru mencecah 16 bulan 17 April lepas. Waima diet yang akan diteruskan kelak,seharusnya tidak menjejaskan penyusuan untuk si comel 'Afni nanti.

Jika mama5hz memilih Diet Atkins sekalipun kemungkinan akan diintegrasikan dengan diet jenis lain..... iaitu diet seimbang dan diet detox(rujuk artikel ini).....

Wallahualam....

Doakan mama5hz......



Semua gambar di atas adalah gambar awal tahun 2013(walhal ilusi optik je pun)....
nak kembali seperti wajah2 di atas je la..gambar # 2 dan # 3 di Bandung tu masa masih di awal kehamilan si comel 'Afni........
tapi, takla mahu kurus sangat!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 15 April 2015

JOM FIT......



Insyaallah, setelah si comel Afnie sudah mencecah hampir 16 bulan April ini, sudah tiba masanya mama5hz perlu menurunkan berat badan yang ideal  (sekurang2nya BMI normal) demi kesihatan mama5hz yang semakin tidak menentu.

Boleh dikatakan pelbagai faktor menyumbang kepada 'kelestarian' berat badan yang tidak menunjukkan tanda2 untuk menurun selepas melahirkan si comel Afnie.Namun Afnie bukan faktor utama. Antara sebab utama adalah tekanan perasaan yang agak ekstrem, ekzema yang agak kronik dan juga tidak ada disiplin dalam pemakanan dan juga kurang bersenam.Faktor keturunan dan juga gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang. Berat badan sekarang adalah berat badan ketika mengandungkan Afnie pada minggu2 terakhir sebelum melahirkan si comel manis tu.....

Maka, harus dibulatkan azam untuk kembali FIT supaya mama5hz kekal sihat demi anak2 yang tersayang.

Doakan ya....

Sebelum ini pernah berusaha untuk kurus dan alhamdulillah berjaya capai matlamat sebelum mengandungkan si Afnie.Insyaallah, apapun perlu fikirkan yang positif2 aja. Insyaalah

Wajah terkini tengah berpeluh (09.04.2015) selepas bersauna kaki buang toksin di salah satu gerai{kebetulan auntie tersebut adalah auntie yang mengurut mama5hz sewaktu berpantang} sempena Hari Wanita dan AGM  Sutranita di tempat mama5hz kerja

Friday, 27 March 2015

Selamat Berjuang Abang Zaim

Abang sepupu 5hz sudah pun berlepas ke Tokyo,Jepun 21 Mac lepas untuk melanjutkan pengajian sarjana muda nya dalam kejuruteraan mekanikal di Kumamoto University, Kyushu.
Moga selamat di rantau orang dan pulang dengan kejayaan tahun 2017 insyaallah...










Tuesday, 24 February 2015

Jln2 ke negara Gajah Putih...

15-18 Jan  2015

Kami sekeluarga mengikuti lawatan kelab kebajikan dan rekreasi tempat mama5hz  ke Hadyai,Krabi dan Phuket....

Suatu pengalaman yang menarik....tidur dalam bas, mandi di masjid, menaiki bot panjang mengelilingi pulau2 di Krabi......Subahanallah sungguh indah dan mengagumkan ciptaanNya....








Thursday, 22 January 2015

back-dated Entry : Happy 4th birthday My wanie

Ya....walaupun entri ini bertarikh 22 Jan 2015 di mana hari lahir Nurhazwani, namun sebetulnya mama5hz berpeluang 'update' pada 24 Feb 2015...

Ya, masa terlalu mencemburui mama5hz sehinggakan aktiviti berblogging terhenti hampir 2 bulan lamanya......
Minggu ini sudah bermula kuliah pelajar tempat mama5hz bekerja.....

Niat untuk selalu berblogging terhenti lagi buat seketika....

Layan gambar-gambar Nurhazwani ketika menyambut hari lahirnya ...beliau kelihatan sangat ceria......
Moga kak chik sentiasa ceria dan kekal solehah....

Alhamdulillah, dia mahu ke tadika walaupun adakalanya dia akan 'berdrama swasta' sebelum ke tadika.....Akhirnya mama5hz memilih Little Caliph Centre di Jitra sebagai tadika Wanie walaupun pada awalnya maktok agak menentang kerana lokasinya yang di luar kawasan perumahan kami.....Namun akhirnya maktok akur atas faktor kualiti tadika hendaknya...

maktok tidak kelihatan kerana kurang sihat dan afnie sedang tidur......


Kek untuk kawan di tadika...

Saturday, 20 December 2014

Cuti yang masih bersisa ....

Tinggal tidak kurang 2 minggu cuti sekolah akan berakhir....

Persiapan untuk ke sekolah hampir 75% selesai, tinggal buku2 latihan sekolah yang akan dibeli di koperasi sekolah minggu hadapan

Perancangan yang telah mama5hz nyatakan dalam entry sebelum ini telah berjaya dilepasi..

Antara potret terhad yang ada(masih bersisa didalam smartphone & DLSR...target transfer sebelum mama5hz memulakan semester baru Feb ini 2015 insyaallah...)

Cuti2 mengikuti mama5hz berseminar di Johor /Melaka di awal cuti persekolahan lepas 23-27 Nov 2014


Cucu2 Arwah Sulaiman dan Hajah Kamariah
Famili Sulaiman berjaya berkumpul di homestay Feldajaya Utara Sungkai pada 12 &13 Dis 2014 lepas.....hanya ada 3 orang anak saudara mama5hz @ sepupu 5hz tidak dapat hadir(ada aktiviti kampus/kerja).....
Meraikan kejayaan abg Zaim(baju ungu) yang akan fly ke Jepun Mac 2015 kelak, insyaallah................
Meraikan kepulangan kak Husnun daripada Mesir 11 Dis dengan gelaran Dr Husnun bersama suami dan bayi comel mereka...Iskandar Zaki Anwar Azhari yang baru mencecah 3 bulan

anak mama5hz yang semakin berani dlm PCS AMPAC 14-18 Dis 2014- gambar sebelah kiri...cik hanie yang semakin yakin dan kental........